Setelah lama gila tringin nak makan sushi, akhirnya ada seorang kakak yang baik ni tolong ajarkan cara nak membuatnya. Walaupun pada asalnya nak tempah je kepada sesiapa yang sudi menerima tempahan sebab malas sangat nak buat, tapi akhirnya memikirkan banyak je masa lapang cuti selama 4 bulan ni, akhirnya aku pun merajinkan la diri ini untuk membeli barang-barang memasak sushi ini dan seterusnya memasak sushi tersebut... :D

Berikut adalah bahan2-nya. (Boleh didapati di Asian Market bagi penduduk Dublin)

1. Beras sushi
2. Cuka nasi
3. Seaweed
4. Gula
5. Garam
6. Carrot (Timun pun ok jugak)
7. Crab stick (boleh diganti dengan apa sahaja yang anda suka)
8. Kicap sushi
9. Wasabi

Cara memasak.

1. Masak nasi macam biasa dengan beras sushi.
2. Lepas dah masak nasi dan masih panas-panas lagi, masukkan gula dan garam beserta cuka nasi ke dalam nasi dah gaul ratakan.
3. Pastikan nasi tersebut dicampur bahan dengan secukup rasa. Kalau terlebih cuka, masukkan la gula lebih sikit dll.
4. Potong carrot dan crab stick panjang2. (rebus crab stick jika perlu)
5. Hamparkan seaweed.
6. Ratakan nasi yang telah digaul rata dengan bahan2 tadi atas seaweed. (tidak terlalu tebal supaya mudah digulung)
7. Letakkan carrot dan crab stick tadi di hujung seaweed secara memanjang.
8. Gulung seaweed tersebut.
9. Potong dan hidangkan.
10. Cicah bersama dengan kicap sushi dah juga wasabi.


-siap dan sedia untuk dimakan-


Home made Seafood Sushi

Disebabkan ini adalah kali pertama memasak sushi ni, banyak la pengajaran yang aku perolehi. Antaranya ialah:

1. Jangan fail letak nasi. Karang kalau dah terlalu lembut nasi tu atau terlalu keras, x sedap rasanya.
2. semasa campurkan bahan2 yang perlu digaul bersama nasi tu, pastikan betul2 secukup rasa. Kalau tak nanti akan rasa macam nasi biasa saja. :D
3. Jangan gulung terlalu besar, tak cantik rupa sushi tu nanti.
4. Wasabi tak sedap sangat, pelik gile rasanya. haha.

Anyway, buat rakan-rakan kat luar sana yang ingin mencuba, selamat memasak diucapkan. Pesanan terakhir, jangan malas nak basuh barang2 yang digunakan untuk memasak tu, nanti penuh pulak kat daput tu. :D
Selamat mencuba.

ps: Credit buat Kakak Yuyul Trinity. Thx.