Berterusan
6/17/2008 04:45:00 PM
By: Muaz Nabil
C.A.R.I
Diri ini gelisah bila waktu berbicara,
Mendesak langkah mula,
Dikala jasad belum bersedia,
Minda seolah bermain teka,
Jawapannya juga belum pasti ada.
Pencarian bersambung semula,
Dibantu malap cahaya,
Ditengah laluan penuh sesak,
Dihimpit kenangan neraka,
Diri lemah hampir tumbang.
Hasrat hati bukan mudah,
Mencari segala satu macam perkara,
Semua yang dirasa mampu,
Apa sahaja yang dirasa perlu,
Buat mencapai matlamat satu.
Walau paksiku satu,
Jalan kesana tak singkat,
Apatah lagi penuh berliku,
Direntangi titian kaca,
Yang retak bila tersalah langkah.
Aduh,
Letih dan gelisah,
Kesabaran kian gundah,
Keazaman makin lelah,
semoga diri kekal tabah,
Mencari jalan penyudah.
Diri ini gelisah bila waktu berbicara,
Mendesak langkah mula,
Dikala jasad belum bersedia,
Minda seolah bermain teka,
Jawapannya juga belum pasti ada.
Pencarian bersambung semula,
Dibantu malap cahaya,
Ditengah laluan penuh sesak,
Dihimpit kenangan neraka,
Diri lemah hampir tumbang.
Hasrat hati bukan mudah,
Mencari segala satu macam perkara,
Semua yang dirasa mampu,
Apa sahaja yang dirasa perlu,
Buat mencapai matlamat satu.
Walau paksiku satu,
Jalan kesana tak singkat,
Apatah lagi penuh berliku,
Direntangi titian kaca,
Yang retak bila tersalah langkah.
Aduh,
Letih dan gelisah,
Kesabaran kian gundah,
Keazaman makin lelah,
semoga diri kekal tabah,
Mencari jalan penyudah.
Berterusan
This entry was posted under
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)