Berjenis
6/29/2008 11:23:00 AM
By: Muaz Nabil
Pemikir matang
Bijak dan bermakna,
tegas lagi mendalam,
dipandu agama,
asas terutama.
Pemikir
jangan nafsu jadi pedoman,
jangan khayalan semata sebagai pegangan,
jangan juga turutkan perasaan,
apatah lagi panduan syaitan.
Manusia
Hidup ini hanya sementara,
berpijaklah di bumi nyata,
jangan hanya di alam fantasi maya,
menantikan sesuatu yang belum tentu ada.
Pelupa
jangan cuba bermuka-muka,
kalau ilmu belum cukup di dada,
jangan hanya berlagak sahaja,
jika ilmu tidak seberapa.
apatah lagi bermain cinta,
jika belum mampu setia.
Manusia
Hidup ini hanya seketika,
Jadikanlah ianya berguna,
buat bekalan alam baqa',
yang kekal selama-lamanya.
agar diri tidak merana,
bila tiba sudah masanya.
Pemburu,
KMB 2007
Berjenis
This entry was posted under
Hasil seni?
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)