Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada semua.

Skema sikit setiap kali nak mula. Macam ala-ala bagi ucapan gitu. O.O

Ok lah, tengok tajuk pun mesti kebanyakan orang dah tahu kan.
Syurgamu Ramadhan is a title of a drama series sempena bulan Ramadhan yang baru lepas beberapa hari lalu. Seperti yang dirancang semalam, harini aku menulis berkenaan drama ni.
Drama ini yang awalnya ditayang di Malaysia mungkin lepas ni akan ke negara jiran since mendapat rating yang agak tinggi.
Tahniah tuan direktor which is Shahrulezad Mohameddin! Tak pernah tau pun nama nih. Haha.

So, kalau korang belum tengok drama ni. Meh sini aku bagi sedikit insight untuk masa yang bakal dibazirkan/  dimanfaatkan. 15 episode altogether. 1 episode +/- 22 minutes. so...overall dalam 330 minit. dalam 5 jam plus minus berhenti keluar masuk jamban, berenti makan etc. Ada la dalam 6 jam. Walao! Banyak gila masa. Cuti lagi..sempat la. Huhu. Maaf ye yang rasa saya banyak masa lapang (kenapa saya tak study) sebab saya korbankan malam saya untuk drama ni. ^___^ Siangnya dah sibuk semula. Hoooray!

Jadi...jom kita tengok. Apa yang bestnya drama ni?

1. Storyline. Jalan cerita...pergh...melekat aku dari pukul 10 malam sampai 3 pagi. Walaupun ada cliche (yelah...nama pun drama ma...) tapi pengarah begitu bijak untuk menggunakan banyak teknik penceritaan semula di awalnya dan kemudian bersambung dengan plot masa sekarang. Campur aduk plot penceritaan menjadikan cerita ini menarik berbanding drama-drama lain. Lagipun, aku bukan jenis layan drama sangat. Tambah pulak TV3...al-maklumlah...brita-britanya semua boleh buat masuk dalam tong sampah, so...nak buka pun malaslah. Jadi, ni merupakan drama terbaik lepas Nur Kasih (sebab drama jiwang) yang aku tengok. See....dah lama kan tak tengok drama. ^___^

2.  Pelakon dan perwatakan. Fulamak, terbaiklah. Muka semua baru-baru belaka. Fresh from factory kot. hehe. Yang adik-adik tu pun, pandai betul belakon. Sapa perasan something. Watak Along tu. Budak perempuan tu...yang jadi anak yatim tuh. Muka dia macam sapa? Cuba teka? Kalau tak salah aku macam sorang pelakon melayu tu. Maybe anak dia kot.
Well, anyway, pengarah memang pandai la. Last-last tu, dengan twist storyline semua, dia masukkan awek cun pulak...Adora...Jenuh stalk, baru jumpa nama dia. LOL. Siti Saleha Mohd Baharum.
Orang cakap hero dia tak hemsem. Ala bang...perempuan ni bukan tengok muka je hensem, kalau baik hati, cair jugak....ye tak kak? Lagipun mat tu punya lakonan ok la. Not bad. Apapun, pelakon-pelakon dia memang terbaik. Geram habis dibuatnya tengok nenek yang sebegitu rupa plus mak cik yang garang mengalahkan mak tiri gitu. Itulah tandanya lakonan menjadi....kan kan? 
Part yang paling menarik ialah pengarah dan penulis skrip bijak menunjukkan ketidaksempurnaan manusia. Walaupun pada awalnya tengok hero yang tak hensem tu (Yasin) macam innocent dan taat semua, last-last dekat-dekat nak habis tu dia still bongkarkan salah laku Yasin. Walau bagaimanapun, tahniah sebab berjaya menunjukkan bahawa seburuk-buruk mana manusia itu pun, perubahan kearah yang lebih baik is still possible. Teruskanlah berdoa. Hidayah itu milik Allah. Adora pun last-last pakai tudung. Comel lagi kn? ^___^ Puisi suami isteri masa episod terakhir tu memang cool.

3. Air mata. Aduh...ni part yang paling tak tahan sekali. Plot dia...wa...menyentuh hati...orang kata, kalau lelaki macho (bukan macha ye!) tengok dengan family tu, orang kata jatuh la saham sebab tersentuh dengan jalan cerita drama macam ni. Haha. Apa aku kira, aku manusia, punya hati dan perasaan. Bayangkan kalau betul-betul jadi macam 4 orang adik beradik tu kat korang. Dah la dengan aku jauh dari family pulak kan. Huhu. Last time aku rasa tengok drama air mata ni masa lepas KMB. Tu pun tengok drama jepun, One litre of Tears. Cerita jepun ni memang sedih sebab base on true story. Tapi drama ni pun tak kurang hebatnya. Rasanya pengarah patut letak tajuk Litres of Tears. Adik-adik yang berlakon pun memang pelakon air mata lah. Orang kata, kalah la jaguh pelakon air mata Malaysia tu. Sapa nama dia. Lupa da. Apapun, jangan tumpah ait mata kat sini saja, cuba juga tumpahkan dengan menginsafi dosa-dosa lama. Kalau yang dah tengok tengah-tengah malam macam aku, lepas je drama tu, terus tahajjud. Pergh...sure masyuk!

4. Sound track. Dia punya lagu tema tu memang kena sungguh la! Pandai betul pengarah musik dia. Aku suka sungguh. Lagu tu memang sedap habis lah. Dia punya lirik pun memang nice! Untuk yang macam aku, memang kena sangat lah. "Ku takkan pernah cuba berhenti...." sambunglah sendiri ye. ^___^. Apapun, nasihat aku,carilah cinta kearah akhirat (Ilahi) kerana cinta dunia (manusia) itu mudah-mudahan akan jatuh dengan sendirinya. Yakinlah walaupun letih menunggu. Jangan bisa putus asa dong. Jom terus berusaha.



Walau macam mana pun. Since ini kritikan drama atau movie review, so aku rasa kena la bagi negative sama kan. Baru adil.

Apa yang kurangnya drama ni?

1. Jumlah episod. Oleh sebab nak cut budget atau mungkin percubaan ka apa tah, diorang cuma letak 14 episode eh? Ka 15 sebab last episode tu kalau tengok online memang panjang habis. 48 minit lebih kurang lepas tolak intro dgn final punya footage. So...banyak la adegan yang patutnya lebih mendalam dan melengkapkan cerita dimansuhkan. Maybe kalau abang pengarah boleh panjangkan kepada 20 episod okay kot...ni bab nenek dia insaf tu kejap sangat...macam kurang lojik pulak. Patutnya ada a few event yg lead to tamparan pedas di muka menantu tu pun nice jugak ye tak? ^__^ Banyak lagi scenes lain yang boleh dimasukkan untuk menambahbaikkan lagi mutu cerita yang dah memang gempak!

2. Realisma. Unsur ni banyak hilang sikit dari drama ni. Pada pendapat aku la. Kalau korang perhatikan betul-betul, masa Marlia (ka marlina tah) dia ke KL tu, dia macam perak habis. haha. Bukan pear-rak, tapi pe-rak or in other word, jakun. 17 tahun saja bai. KL tu takde la berubah sampai ko tak cam langsung. Ko pun masa  keluar KL tu, bukan zaman 60-an. Adohai...Pastu konon duduk jauh dari KL, tapi masa nak ke KL tu, pergi nak balik hari saja? Naik kapal terbang ke makcik kiah? =_=
Lagi satu, si adora tu, alhamdulillah dah bertudung. Tapi...apa kes ke pejabat guna tudung warna pelangi???!! LOL. Tak professional langsung kot. Confirm takde orang ke pejabat macam tu sekarang ni! Atau memang ada orang macam tu? Meh sikit aku nak gelak. ROFL
Satu lagi, se se orang kaya, rumah...mak aih...mesti besar bagak macam datok-datok wakil rakyat yang banyak makan duit rakyat punyalah. Yang kayakan perut sendiri tak fikir orang lain. Sederhana cukup la. Berapa ramai yang macam tu sangat??! (Oh lupa, negaraku penuh korupsi sejak sekian lama). Kalau nak cakap si nenek tu berjaya sekalipun, tak perlu la rumah sampai macam tu...dah jadi macam kat cerita-cerita hindi pulak gayanya. Kaya saja....pergh, duduk istana. Miskin, mak aih, duk dalam paya saja??
Banyak la contoh lain kalau korang perhatikan. Tapi itulah klise drama melayu. Takde dah unsur realisma. Susah sungguh mau cari yang macam itu.

3. Klise. Ala..korang ni...ini drama la...Macam aku cakap la. Mesti la ada dan in fact dalam drama ni, klise dia takdak la teruk sangat. Dia masih sempat putar twist jugak jadi lebih menarik...apapun, kalau boleh kurangkan okay jugak abang pengarah. Meniggal eksiden la. Buat la cara lain sikit ka apa ka. Sure tak habis berkarat lagi idea tu kan? :D 

4. Dialog. Biasa sahaja, cuma bagusnya kena dengan tempat dan situasi. Intonasi suara juga pandai dimainkan para pelakon. CUmanya, kadang-kadang watak nenek tu macam over-reacted sekali pandang. Haha. Kawan aku budak baling (Leh) cakap geli tengok watak nenek dalam drama tu. LOL. Walaupun tak secantik dialog dalam drama jiwang Nur Kasih, tapi memang kena dengan drama ni la aku kira. Tapi maybe lebih boleh menyentuh jiwa kot disamping tak menepikan unsur realisma. Kalau ayat cair-cair drama macam ni, nanti hilang pulak realisma ya tak? Hehe.
********

Pergh...panjang betul review kali ini. Tapi confirm lah. Terbaik dan sangat menarik ceritanya pun. Banyak pengajaran dan keinsafan sebab memang bila muka-muka innocent yang berlakon, lagi la lentok ye tak?
Pengajarannya, kena tengok sendiri lah kalau nak tau. Boleh saja aku listkan semua kat sini. Tapi tak menarik nanti sebab takde feel. Setakat dengar dan tak rasai sendiri, apa kes ye tak?
So, overall, aku grade 8/10. Ye ye, aku tau, bukannya sapa nak kisah pun aku punya grade ni. Tapi ni my review...so...haha.

AnywaY. Selamat menyambung puasa 6 bagi yang tekun mengejar redha dan pahala dari Allah SWT dan buat yang menggantikan puasa juga, selamat menggantikan puasa diucapkan. 
Kepada yang terkena cirit birit serta muntah-muntah selepas hari raya pertama di bumi Dublin ini, semoga Allah memberikan kesembuhan kepada kalian semua. Kesian budak-budak Dublin cik kiah, kena keracunan makanan pulak. Alhamdulillah aku dah lega.

Okay. Pen-off.
Salam wbt