newspapers and lies
8/02/2009 06:04:00 AM
By: Muaz Nabil
i give you an article plus a few pics and you make your own judgement.
KUALA LUMPUR 1 Ogos - Langkah awal polis mengadakan sekatan di setiap pintu masuk ke ibu negara berjaya menghalang perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dirancang berlangsung hari ini.
Tindakan pihak polis 'membendung' kemasukan penyokong Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) itu menggagalkan cubaan kumpulan tersebut untuk berkumpul dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.
Sekatan polis bermula sejak pukul 12 tengah malam tadi.
Walaupun 100,000 penyokong disasarkan menyertai perhimpunan haram itu, hanya lebih 5,000 orang menghadirinya.
5000?
Mereka berhimpun di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu seperti pekarangan pusat beli-belah Sogo, Masjid Negara, Dataran Merdeka, stesen LRT Masjid Jamek dan Pasar Seni.
Tindakan kumpulan terbabit tidak mengendahkan larangan pihak berkuasa daripada berhimpun bukan sahaja menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di pusat bandar bahkan menyusahkan orang ramai yang ingin membeli-belah di sekitar kawasan berkenaan.
Beberapa premis perniagaan termasuk pusat beli-belah Sogo dan Kompleks Pertama terpaksa ditutup bagi mengelak kejadian tidak diingini ekoran kedegilan mereka.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, pihaknya terpaksa melepaskan gas pemedih mata, bom asap dan semburan air ke arah penyokong setelah mereka enggan bersurai.
"Kami mohon maaf atas kesulitan orang ramai. Ini bukan yang dirancang pihak polis tetapi direncanakan pihak-pihak tertentu sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyusahkan banyak pihak," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati perhimpunan haram itu turut disertai pelajar dan pemimpin pembangkang.
Kehadiran ribuan anggota polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang berkawal di semua lokasi perhimpunan bagaimanapun berjaya mengekang perarakan kumpulan tersebut ke Istana Negara.
Sehingga pukul 6 petang, masih terdapat penyokong yang berkumpul di Sogo menyebabkan polis terpaksa menahan mereka yang enggan bersurai. Seramai 589 orang ditahan dalam perhimpunan itu.
Pakatan pembangkang dalam sidang akhbar di ibu pejabat Pas petang ini mendakwa perhimpunan itu berjaya mencapai matlamatnya. Bagaimanapun, mereka difahamkan gagal menyerahkan memorandum ke Istana Negara.
Sementara itu, perhimpunan menyokong ISA anjuran Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang juga dijadualkan hari ini, dibatalkan atas arahan polis.
Penasihat Undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara, Khairul Azamdin berkata, pihaknya akur dengan arahan pihak berkuasa tetapi berjaya menyerahkan memorandum kepada Istana Negara melalui seorang wakilnya petang ini.
Sebelum itu, seramai 2,000 penyokong Perwaris dan Perkasa berhimpun di Padang Merbok sebelum berarak ke Dataran Merdeka dan Pasar Seni.
------------------------------------------------------------------------
there are lots of videos which you can find especially on youtube about the rally.
its not that i'm totally agree with it but somehow in a democratic country, i think the people should have some space to voice out their thought. why dont the police just control the situation and make sure that the rally run smooth instead of hurting the protestor?
i joined a rally here in Dublin last year but somehow it seems totally different that we had in Malaysia. they even gave us a space to pray on the street? why couldn't our police do that?
i had to put this video coz it involves the whole lot of family of a junior of mine in MRSM Beseri who's in germany at the moment.
i pray that all his family will be released soon.
newspapers and lies
Aug 2, 2009, 8:54:00 AM
dah agak dah..paper selalu repot camtu..kes tu kna tgk2 gak tenet verify...bagos la depa tolong tutup jalan..senang ckit org nk belarak..hahahha
Aug 2, 2009, 11:35:00 AM
ramai yang datang. sampai LRT pon tamo behenti kat stesen masjid jamek. senget betol. hehe
paper news mmg suka belit2 sket
cari bahan dari amatur yang betol =)
Aug 6, 2009, 5:36:00 PM
adeyh ko nih..
kdg2 paper tpaksa mnipu klo x abes laa kua impression buruk kt foreign investor..
ko hnya akan sedar cm beguna nye bnda nih klo ko keje yg bekaitn ngn bisnes cm aku.. haha!!
but u cannot trust newspaper 100% kna critical read sket
Aug 7, 2009, 7:40:00 AM
aku rasa la, foreign investor tu tntu akan rasa lebih selamat kalau polis jaga keselamatan and guide the protestor instead of block the roads, tembak gas and sembur air. kalau la investor tu from european country, dia mesti pelik sbb apa xleh nk kumpul dan berarak kat malaysia sebab rasanya kat negara dia smooth ja nk kumpul2 camni. xdak pun alasan bodoh macam ganggu orang nak berniaga la, jalan raya sesak la. Orang yang taknah join perhimpunan besar2-an secara aman saja yang termakan dengan alasan bodoh macam tu. :)
Aug 10, 2009, 12:33:00 PM
haha!! ko pnah g reformasi ke.. mslh nye dlm grup reformasi tuh pn ada gang2 polis..klo nk bekumpul samp suma jln kt KL samp lumpuh tuh kra perhimpunn aman ke?? aku pnah join satu prhmpunn yg aku ley kta berjaya kt masjid sepang psl palestin.. tuh br dikira aman.. rmai owg join atas satu tujuan.. xde huru hara bt kecoh sana sini.. ko kna tau mntaliti owg cni yg kmpul n kra nk bgado ja.. klo kt lua dorg mmg beradab.. dgr ckp polis.. tarak maki2 polis.. kt cni adeyh!! nk jd ngara maju.. tp mentaliti kelas bwh..
Aug 10, 2009, 12:37:00 PM
erkk.. nk tmbh sket lg.. skang srt khabr or news or blog.. sbg owg yg bepelajarn a.k.a graduan.. u've to know how to read the news critically.. bkn just amek blat n pecaya.. dua2 paper same je baek pmbangkang ngn krajaan.. ada je bnda yg dorg smbnyi.. ko dok lua bc bnda dr blog kdg2 ko just bc owg luah prasaan.. bkn fact sbenar.. but u cn trust it if ada statistic ngn graf yg mmg ada bkti yg sah
Aug 11, 2009, 9:31:00 AM
kenapa kena kumpul sampai jalan lumpuh?
- sapa suruh polis tak kawal trafic dan org ramai instead of kalut2 block jalan dan halang org berkumpul.
yela...sbb susah nak jmpa org yang pandai baca secara kritikal la yang kebanyakan rakyat digula-gulakan kerajaan. RAkyat ada hak dan kerajaan juga ada hak. Hak kerajaan jaga rakyat tak kira parti, tapi kalau cuma nak jaga kroni, ssh la kn? :) Hak rakyat ialah menentukan kerajaan, tapi since tak ramai orang yang sedar which one yang patut disokong la kena ada kempen2 kesedaran macam ni. which i think ada ja baik buruknya. blogs and news for sure xleh baca and ambil mcm tu saja. No one in this world is neutral. percayalah. So instead of gaduh2 dalam perbezaan tu, baik carik persamaan dan menjurus kearaha kemajuan. kn?
Aug 11, 2009, 12:48:00 PM
haha!! tuh laa ko yg xpnah join reformasi tuh yg ko xtau.. gang nk bt riot nih pn lg gempaq.. sbelum stat dorg pkai cm owg biasa je.. lepak2 kt jln tar.. tp bla dh samp time 50 000 tuka baju srentak pkai tshirt.. polis ada bapa kerat je.. nk cntrol 100 000 owg... klo ko kta tmbh lg byk polis.. ley je bt tp still xdpt kawal suma owg fanatik2 nih.. jom join skali klo nk feel cmna owg2 anuar yg mmg ska bt riot nih.. mmg sng nk ckp.. tp ssh nk bt.. mari kta ubah mentaliti rkyt m'sia ke arah yg lebey baik.. cm protes kt kertas undi ke.. bnda tuh nmpak cm xnyush kn owg sgt..
Aug 29, 2009, 12:12:00 PM
haha. xyah kutuk org mana2 pun...anwar ka sapa ka. masalah sini ialah bukan org nk buat riot ka apa, org cuma nk berkumpul secara aman hantaq memorandum. cba tgk malaysiakini, tv3 ka. apa kes smlm yg kat shah alam tu, jalan2 smbil pegang kepala lembu bai? tu x ggu ketenteraman ka? ganggu peniaga x? oh lupa, kawasan tu xdak kedai kn? :)