Bismillahirrahmanirrahim


Segala puji-pujian bg Allah tuhan segala makhluk yang tidak pernah lena dan tidak lalai walau sesaat. Satu hari lagi berlalu dengan penuh nikmat dalam bulan yg mulia ini, bulan Ramadhan Al-Mubarak. Entry ini hanyalah satu entry pendek. Aku cuma ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah memberikan aku peluang untuk hidup di muka bumi ini selama 21 tahun. Juga ingin aku ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan2 yg berada di serata pelusuk dunia, dari Australia nun jauh di bawah sana hinggalah ke USA dan Russia di atas sini yg mengucapkan selamat sempena hari lahir aku yg ke 21 hari ini.

Sesungguhnya apabila umor makin meningkat ni, bila kita kenang semula segala perjalanan hidup yg lampau, banyak sudah benda yg dilalui dan juga banyak perkara baru yg dipelajari. Meningkatnya umor ni jugak mengingatkan kita bahawa ajal juga semakin hampir. walaupun 'baru' 21 (muda lg tu), takdak sapa yg boleh guarantee umor ini akan menjangkau hingga 60 dan ke atas. Tambahan pulak dengan baru2 ni bnyk berita pasal kematian, sememangnya agak kecut perut sbb rasanya diri belum bersedia untuk bertemu Yg Esa. Dengan segala dosa2 lampau yg entah terampun ka tak tu, sememangnya cukup mendukacitakan kalau 'kembali' dalam keadaan mcm tu.


So, again, aku nk ucapkan syukran jazilan kepada semua yg mengucapkan selamat di Fs dan Facebook serta YM. Semoga kalian semua beroleh hidayah dan redha Allah di bulan yg mulia ini. Semoga persahabatan yg pernah terjalin akan kekal selamanya insyaAllah.

Wassalam.