Pagi ni lepas dah beberapa hari mendapat kabar kurang baik berkenaan ustaz Hassan yang koma, aku terbaca satu status kat YM yang menyebut tentang kematian ustaz aku ni.

Pengalaman Allahyarham ketika mengajar aku di SMKAK masih segar walaupun secara jujurnya aku katakan, beliau bukanlah antara guru yang disukai ramai oleh kerana ketegasannya. Namun, sebagai seorang murid, beliau adalah segala-galanya bagi kami di kelas 3 Mawaddah.

Aku doakan semoga roh Allahyarham Ustaz Hassan bin Don ditempatkan di kalangan roh2 para alim ulama. Semoga segala jasa beliau sentiasa menjadi ingatan buat kita semua.

Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Hassan Bin Don.