Ajal maut di tangan Allah. Dari mana kita datang, ke situlah kita akan kembali.

Pagi ni aku terima satu berita sedih. Adik kepada salah seorang sahabat (rum8) aku semasa di beseri dulu meninggal. Aku mmg ada terbaca berita di Utusan Meloya semalam berkenaan pesawat yg sedang dalam latihan terhempas, tapi x tahu pulak yg arwah adalah adik kepada sahabat aku ni. 

Apapun, aku doakan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan roh orang2 soleh. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah. Kepada keluarga arwah, aku doakan semoga kalian semua tabah dengan pemergian ini.

Kepada rakan2 yg lain, mari sama2 kita ambil iktibar dan bersedia sepanjang masa kerana ajal maut tiada siapa yg tahu. Entah esok, entah lusa kita akan kembali semula. 

Al-Fatihah buat allahyarham Mohd. Ariff Ahmad Fuad, 20.

Wassalam.