Salam wbt,

Harini saja mau kongsi sedikit pengalaman beraya haji tahun ni. Kalau tahun lepas, raya haji rasanya jatuh weekend, so semua orang sempat la beraya dan tak perlu ponteng kelas. Tapi, untuk aku, tahun ni aku beraya dengan semangat raya dan tak boleh ponteng kelas (sebab dah takde kelas), kerana ada rotation di hospital. ^___^ Tahun ni jugak kali pertama tak rasa daging korban masjid sebab tak berada di Dublin.

Seminggu sebelum raya la lebih kurang, aku terjumpa sorang abang ni. dia orang Malaysia (Chef) yang tinggal di Mullingar. Dia cakap nanti kalau nak pi semayang raya, bagitau la dia, dia mai ambik sebab tempat solat tu jauh sikit dari tempat tinggal aku di Mullingar tu. Jadi, malam raya tu, aku contact la abang ni untuk arrange meeting point untuk pagi esok.

Kerrigans B&B, Mullingar, Ireland

Lebih kurang pukul 745 pagi macam tu, Abang Yaiz pun datang la ambik aku untuk ke tempat solat (ruang atas kedai halal) tersebut. Kami sampai agak awal dan sempat la bertakbir dari awal. Lainnya di sini adalah sebab irama takbirnya lain dari malaysia, so takdak la rasa sedih mendayu-dayu. Allahuakbar-Allahuakbar-Allahuakbar. La..ila...haillallah...Allahuakbar-Allahuakbar, walillah-hilhamdh.

Lebih kurang jam 8.20 pagi, solat raya pun bermula diimamkan oleh imam muda dari Mesir yang tinggal di situ jugak. Usai solat, imam pun mula la bagi khutbah. Malangnya aku cuma dapat tangkap a few point...Bukan sebab aku tido ok! tapi sebab khutbah penuh dalam bahasa arab. Kalaulah bahasa arab aku tak berkarat teruk, maybe la dapat faham lebih sikit. 0.0

Bermesra selepas solat raya
Lepas saja khutbah, semua orang pun bersalam-salaman dan berpelukan tanda ikatan persaudaraan sesama Islam...walaupun takde la kenal semua orang kat situ pun. Budaya ni rasanya tak dak sangat kat Malaysia sebab kita cuma berpelukan dengan orang yang kita kenal saja. Bukan calang-calang orang, surgeons dan doktor-doktor lain pun semua saling berpelukan dan layan orang-orang biasa macam aku seolah-olah dah lama kenal masa.. Lebih-lebih lagi sebab ada sorang registrar dalam team aku yang kebetulan solat di sebelah aku. Sedap saja dia sebut, "Adam" dalam loghat Asia Selatan dia. :)

Right after solat, Abang Yaiz terus hantar aku ke hospital untuk start rutin harian iaitu ward round...Thanks very much Abang Yaiz. Moga Allah membalas jasa baik abang.

Sekian coretan ringkas pengalaman beraya Aidiladha tahun ni. :)
Wassalam.