1 Ramadhan 1431,

Checklist Ramadhan

Harini (11/08/2010) mula posa di kebanyakan tempat termasuk di Dublin.
Posa tahun ini lebih mencabar kerana jatuh pada 11 Ogos dimana siangnya masih panjang (17 JAM!)  kerana masih dalam cuaca musim panas (walaupun banyak hujan dan mendung musim sejuk). Dublin oh Dublin.

Sekarang ni baru mula posa beberapa jam. So far semua okay lagi, perut saja yang dah grumbling. Huhu. Aku sendiri pun macam belum pernah posa terlalu lama. Harapnya semua okay lah. Ya Allah, engkau jauhilah En. perut, dari berbuat onar terhadap diri yang lemah ini. Amin...

Tahun lepas, walaupun posa kat sini, waktu berbuka dah agak awal sedikit. Walau macam mana pun Alhamdulillah...tahun ni, dekat-dekat sebulan, masa posa makin pendek selama hampir dua jam!! Phew. 'O_O
Soq (sahur) pagi tadi cuma sempat makan roti paratha (ala-ala roti canai) separuh dan ayaq melo (milo) beserta ayaq sejuk secawan.



Alhamdulillah bangun jugak sebab semalam tidoq lambat sangat. Almost pukoi 2. So pahala sunat melewatkan soq tu dapat la kan? Awai tu ingat nak makan nasik, tengok-tengok Tun bagitau yang nasik dah habeh. Takdak rezeki la nampaknya. Ayam bakaq pun takdan nak masak. huhu

Berbuka nanti insyaAllah di Masjid Dublin yang sememangnya ditunggu-tunggu. Apa yang best? Ha...nasik beriani pakcik Yusof la jawabnya. :) Kalau mai Dublin, tak rasa yang ni rugi la...hehe. Bestnya sebab bila buka posa, depa jamu free....makan ramai-ramai dalam talam. Mengeratkan ukhuwah...best kan?? Sebulan buka posa makan nasik tu...boleh jimat pastu boleh banyakkan sedekah kan? :)

Oh, jadi dengan panjangnya masa berpuasa ni, harapnya lebih banyak dapat berbuat amal. Azamnya tahun ni nak qatam Al-Quran dan mantapkan hafazan sedikit sebanyak tu insyaAllah. Lain-lain cuma nak habiskan sebijik dua lagi buku yang dah lama sangat tak habis-habis. haha. Plus kena baca banyak lagi buku sebab ada exam nanti. :(

City of Makkah in the future insyaAllah
Buat sorang kawan yang ada kat Makkah la ni, banyak-banyakkan berdoa untuk kami semua. Selamat beribadah jugak. Untung sungguh dapat buat umrah dan posa sekali kat sana. ^__^

Selamat beribadah untuk semua sempena Ramadhan ini. Jangan dok posa makan dan minum saja no...kalau taktau apa nak buat, boleh tengok kat poster atas tu

Ha...ni ambik quote sikit dari email En. Kamis (Pegawai Mara Di Ireland) sempena Ramadhan. Sebuah Hadith.
"Jika hamba-hamba Allah mengetahui apa ada didalam bulan Ramadhan, sudah tentu mereka bercita-cita supaya Ramadhan berpanjangan selama setahun " Riwarat At-tabarani

Selamat beribadah dan bermujahadah di bulan yang mulia ini untuk semua umat Islam.
Wassalam.

P/S: Semalam pi briefing (tutorial) di 'white house'. Dapat la input-input sedikit sebanyak tentang exam nanti. Depa ubah lagi sususan exam dan dapat tengok sendiri marking scheme yang sangat berbeza compare dengan exam sebelum-sebelum ni. Untuk history taking (clerking) semuanya base on impression. Pergh...sakit sungguh la. Examiner tu mintak cakap yang dia pissed off dengan orang-orang yang tak mai semalam. Ada 4 orang saja dari 30+?? Ish ish...
Oh, lagi satu nanti ada sorang doctor Malay rasanya yang bakal ajar (tutor) all clinical student. She's very nice.  ^__^ Doa-doakanlah semuanya okay nanti no.