Kes satu
Ada someone yang telah banyak melakukan kejahatan menolong anda pada suatu hari.
Anda berterima kasih dengan mengucapkan jutaan terima kasih lalu menasihatinya agar tidak lagi melakukan kesalahan dan penindasan yang sering dilakukannya.

Kes dua
Ada someone yang juga telah banyak melakukan kejahatan telah menolong anda pada suatu hari.
Anda berterima kasih dengan mengucapkan jutaan terima kasih lalu beredar begitu sahaja.

Apakah dalam kes satu, individu yang mengucapkan terima kasih itu tidak mengenang budi? Ataupun sebenarnya dia cuma menurut perintah Allah untuk melakukan amal kebaikan dan mencegah kemungkaran?

********

Ada dikalangan kita memilih untuk terus melihat kemungkaran sambil melakukan kebaikan. Tak ramai yang sanggup berjuang dengan lebih dari hati untuk mencegah kemungkaran termasuklah diri ini yang amat lemah.

Bukankah anda sebenarnya telah mengenang budi dengan memberikan teguran ikhlas supaya dia tidak lagi beramal dengan kemungkaran yang dilakukannya.

Ramai di kalangan kita termasuklah diri ini yang begitu lemah hanya mampu menuding jari dengan kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita. Berapa kerat sebenarnya yang mampu untuk mengubah atau mencegah. Jadi oleh itu, kalau kita melihat seseorang yang lain cuba mencegah kemungkaran, eloklah dibantu, bukan dihina, dicerca dan sebagainya dengan alasan kononnya cuba menunjuk baik ataupun lebih teruk lagi, hanya kerana kita tak sependapat??!!

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا

اجْتِنَابَهُ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ 

Allahumma arinal-haqqa haqqan warzuqnat-tiba'ah, wa arinal-batila batilan warzuqnaj-tinabah, bi rahmatika ya arhamar-rahimeen.

O Allah! Let us see the good as good, and bless us with following it. And show us the falsehood as falsehood, and bless us with staying away from it, with Your mercy, O Most Merciful!


Selamat beramal. Wassalam.