Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.


Harini,
Hari cuti 'Bank Holiday' di Ireland ni. Satu hari saja.

Ini adalah cuti pertama dah terakhir sebelum cuti panjang (Hari Natal) di semester ini. Walaupun jadualnya nampak penuh, tapi kelasnya tidaklah begitu padat. Banyak kosong di awal-awal semester ini. Secara peribadi rasanya kelas akan begitu padat di hujung-hujung semester. Seperti tahun-tahun sebelum ini. Kebiasaanya kelas akan mula padat apabila tiba di hujung-hujung semester. Pagi petang, pagi petang setiap hari. Harapnya semester ini lain. Namun berpandukan jumlah kuliah yang masih berbaki, semuanya nampak bagainya angan-angan kosong. Perkara sama bakal berulang lagi rasanya.


Semalam,
Daylight saving ended. Ramai tidak sedar dan ramai juga yang tidak tahu akan kewujudannya. Terumatanya pelajar baru. Malang sekali buat mereka. Ada antaranya sembahyang di luar waktu lantaran masih menyangkakan bahawa waktu solat belum lagi tamat. Sebagai contoh, waktu zohor semalam tamat jam 1439, bukan lagi 1539. Begitu juga dengan subuh yang tamat jam 0705 dan bukan lagi 0805. Paling malang sekali adalah bagi mereka yang sudah berada lama di sini, tapi masih terlepas waktu solat akibat perubahan masa ini. Kenapa tidak solat sahaja di awal waktu? :)
Semalam jugak adalah hari sukan PMCSA (Penang Medical College Student Association) antara RCSI dan UCD.  UCD sebagai tuan rumah menang lagi kali ini. Bagi yang kalah, mungkin tahun depan boleh cuba lagi. Aku dan rakan-rakan bola tampar berjaya memungut pingat emas. Lelaki dan wanita, keduanya dimenangi RCSI. Syabas. Juga buat pasukan bola jaring dan bola sepak serta badminton. Rasanya selagi RCSI belum mempunyai pusat sukan sendiri, UCD akan terus mendominasi hari sukan ini. Sungguh tidak adil! :P


Esok,
Kelas seperti biasa. Alhamdulillah tiada kelas awal pagi. Tapi mungkin aku terpaksa ke kedai barangan sukan terlebih dahulu sebelum ke kelas. Ada tanggungjawab yang belum selesai untuk kelab badminton RCSI.
Kalau tiada aral melintang dan ada pesakit yang meninggal esok, aku dapat observe post mortem. Ini kali ketiga kami dijadualkan. Sebelum ini semuanya dibatalkan akibat tiada mayat untuk dibedah pada sesi tersebut. Kelas pun nampak gayanya habis awal esok. Aku perlu lebih pandai menguruskan masa. Banyak yang belum dibaca. semuanya memanggil-manggil untuk diberi perhatian. Tak mahu lagi aku anak tirikan subjek mikrobiology.  Pengalam lampau terlalu pedih.


Sebentar tadi,
Aku menelefon rumah setelah hampir seminggu lebih tidak bertanyakan khabar. Alhamdulillah semuanya sihat-sihat, Gembira dapat bercakap dengan baba dan mama (serta adikku seorang yang suka buat bising itu). Namun agak kecewa apabila mama seperti tidak menyokong sesuatu. Harapnya aku kelak tidak menjadi anak derhaka. Engkau permudahkanlah urusanku ya Allah. 


Sekarang,
Aku hentikan dahulu catatan untuk beberapa hari ini. Mungkin ada masa, aku tulis lagi. Semoga kalian di luar sana dikurniakan hidayah dan diberikan kekuatan untuk terus menempuh dunia yang penuh cabaran ini.
Wassalam.