Minuman Special untuk berbuka
8/27/2009 08:59:00 AM
By: Muaz Nabil
Assalamualaikum and selamat pagi semua,
Sempena bulan Ramadan yang mulia ni, saya nak kongsi sedikit ilmu memasak/bancuh air. ^^
Hari ni jom kita belajar cara-cara membuat manggo lassi. Mudah saja sebenarnya. Jauh lebih jimat dari beli di Medina atau Kebabish. dengan hanya berbekalkan 4 euro, anda telah boleh membancuh 1 jug besar manggo lassi. Di Kebabish Original, satu jug besar berharga 7 euro. itupun harga hingga 31 ogos ni saja. Kedai baru... :)
Mari kita lihat bahan-bahannya.
1. Jus mangga (manggo) yang pekat. Saya cadangkan anda beli jus magga Enjoy. 1.95 euro
2. Satu bekas kecil yogurt segar. 2 euro. Boleh didapati dengan mudah di Dunnes ataupun Tesco (bagi yang tak boikot) :p
3. gula? sebolehnya yang sudah dicairkan.
Cara-cara membuatnya:
1. masukkan bahan 1 dan 2 dalam pengisar yang dah dibasuh terlebih dahulu serta bebas dari bau-bauan cabai, bawang, halia dan lain-lain. haha
2. Putarkan sehingga campuran sebati.
3. Masukkan bahan 3 bagi penggemar gula. (sebenarnya tak diperlukan langsung sebab jus mangga manis banget!)
4. Sedia untuk dihidang.
Gambar hiasan
Ulasan:
A. Campuran 1 dan 2 dimasukkan mengikut citarasa sendiri. Kalau rasa kurang rasa mangga, lebihkan jus dari yougurt. Untuk lebih sedap, anda boleh masukkan soda, mangga sebenar dan lain-lain. Anda juga boleh putarkan sekali ketulan kecil ais bersama-sama campuran bahan 1 dan 2.
B. Sesungguhnya yang lebih penting untuk membancuh manggo lassi adalah kerajinan...sebab kalau malas nak membeli semua bahan-bahan dia atas (konon macam banyak), tak jadi jugak...
Selamat mencuba... :D
Selamat berpuasa dan beramal ibadah
Minuman Special untuk berbuka
This entry was posted under
Resipi Masakan
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aug 27, 2009, 6:33:00 PM
selamat cikgu bace tengah malam. kalau siang. mahu telan ayaq liuq ni =p
Aug 28, 2009, 11:06:00 PM
woi..guna gmbr hiasan.
x aci a.
Aug 29, 2009, 10:58:00 AM
cikgu nadia: tula...nasib baik....haha. btw dah cuba ka belum ni? :P
pech:a la...awat x gna gmbaq hiasan pulak. aku mana ada kamera dah la ni. tambah plak last time aku buat air ni sblm posa haritu. la ni mcm aku kata la, tgh malas gla. so, kalau malas apa pun x jd. :D
Aug 29, 2009, 11:39:00 PM
Kalao mangga depan umah cikgu masak cikgu buat. heheh
ps/: cikgu memang selalu buat ayaq ni kalau beli mangga kat pasar malam tu =)