Assalamualaikum and selamat pagi semua,

Sempena bulan Ramadan yang mulia ni, saya nak kongsi sedikit ilmu memasak/bancuh air. ^^
Hari ni jom kita belajar cara-cara membuat manggo lassi. Mudah saja sebenarnya. Jauh lebih jimat dari beli di Medina atau Kebabish. dengan hanya berbekalkan 4 euro, anda telah boleh membancuh 1 jug besar manggo lassi. Di Kebabish Original, satu jug besar berharga 7 euro. itupun harga hingga 31 ogos ni saja. Kedai baru... :)

Mari kita lihat bahan-bahannya.
1. Jus mangga (manggo) yang pekat. Saya cadangkan anda beli jus magga Enjoy. 1.95 euro
2. Satu bekas kecil yogurt segar. 2 euro. Boleh didapati dengan mudah di Dunnes ataupun Tesco (bagi yang tak boikot) :p
3. gula? sebolehnya yang sudah dicairkan.

Cara-cara membuatnya:
1. masukkan bahan 1 dan 2 dalam pengisar yang dah dibasuh terlebih dahulu serta bebas dari bau-bauan cabai, bawang, halia dan lain-lain. haha
2. Putarkan sehingga campuran sebati.
3. Masukkan bahan 3 bagi penggemar gula. (sebenarnya tak diperlukan langsung sebab jus mangga manis banget!)
4. Sedia untuk dihidang.


Gambar hiasan
Ulasan:
A. Campuran 1 dan 2 dimasukkan mengikut citarasa sendiri. Kalau rasa kurang rasa mangga, lebihkan jus dari yougurt. Untuk lebih sedap, anda boleh masukkan soda, mangga sebenar dan lain-lain. Anda juga boleh putarkan sekali ketulan kecil ais bersama-sama campuran bahan 1 dan 2.

B. Sesungguhnya yang lebih penting untuk membancuh manggo lassi adalah kerajinan...sebab kalau malas nak membeli semua bahan-bahan dia atas (konon macam banyak), tak jadi jugak...
Selamat mencuba... :D
Selamat berpuasa dan beramal ibadah