Harini hari istimewa. Harini hari kelahiran seorang manusia agung. Siapa dia?

Pastinya tidak lain dan tidak bukan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Rasullullah dilahirkan pada tarikh ini lebih 1400 tahun yang lampau iaitu pada 12 Rabiulawal. Atas kesungguhan baginda dalam menyebarkan ajaran Allah ini, kita yang berada begitu jauh dengan baginda masih dapat menikmati nikmat ISLAM. Bersyukurlah kita walau cara mana sekalipun kita menerima nikmat tersebut, baik secara warisan ataupun melalui hidayah.

Semoga di hari kelahiran baginda ini, kita mampu menunjukkan rasa kecintaan kepada baginda dengan memperbanyakkan selawat, membaca/menghafal Al-Quran dan mengamalkan sunnah-sunnah baginda yang lain. Semoga dengan itu kita akan dapat merasa lebih dekat dengan baginda Rasulullah SAW.

wassalam