Tajuk serius kali ni sebab memang akan bercakap tentang perkara yang serius. Persahabatan. Menurut tafsiran aku ialah suatu bentuk hubungan yang lahir antara dua individu hasil perkenalan untuk suatu jangka masa tertentu. Hubungan yang lahir tu tidaklah melebihi dari apa yang umum selalu sebutkan sebagai kawan.

Entry kali ini aku tujukan khas buat seorang kawan lama. Hampir dua tahun dah tak jumpa sebenarnya. Kali terakhir mungkin masa hari-hari terakhir di KMB. Ya, dia rakan sekelasku. Pernah kami sama-sama bertungkus lumus, berusaha untuk menghabiskan program IB. Alhamdulillah, rezeki kami di luar negara cuma belum sempat lagi berjumpa setelah masing-masing ke uni yang berlainan. Dia antara individu yang sangat aku hormati di kalangan rakan-rakanku. Tiada apa lebihnya barangkali rakan aku yang sorang ni melainkan peribadinya aku kira. Dia tidak seperti kebanyakan mereka yang aku kenal. Namun setelah hampir dua tahun dalam kelas yang sama, aku kenal sikit-sikit tentang kawan aku yang sorang ni. Mungkin jugak apa yang aku nampak hanyalah cebisan dari diri sebenar kawan aku ni, tapi kalau cebisan cebisan inilah yang menyembunyikan kumpulan emas di bawahnya, aku yakin tak rugi bersahabat dan berkawan dengan orang yang macam ni.

Sesuatu sebenarnya telah merangsang aku untuk menulis kali ni. Bukanlah untuk memuji dan menyajung seorang kawan. Tapi sebenarnya kerana terkejut setelah aku baca reply YM kawan aku yang sorang ni. Betapa walaupun sudah lama tak jumpa, tapi aku dapat kesan keikhlasan kawan lama aku ni dalam bersahabat. Bagaimana dia tidak langsung teragak-agak untuk menyatakan TIDAK kepada seorang kawan lain yang cuba untuk mengorek rahsia peribadi seseorang. Terserlah di situ suatu ciri individu muslim. Pastinya aku barangkali pun sukar untuk jadi macam tu. Kalau bab bergosip ni, susah la sikit kan. Cuma baiknya, kita jangan mula. Peringatan untuk diri sendiri dan semua.

Akhir kata, lucunya sebuah email menjadi spam, keperibadian seorang individu dan jugak sebuah persahabatan, pastinya akan aku kenang sampai bila-bila.

wassalam.

Yang Ikhlas,
Muaz Adam Mohd Nabil