Ini cerita zaman dlu. Masa sekolah menengah dan jugak KMB sikit2. Begini cerita dia.
Dulu aku main basketball...

Sebelum masuk MRSM Beseri, aku pernah siap wakil sekolah lagi. Tapi kami kalah teruk la. Budak2 sekolah Keat Hwa dan sekolah2 cina lain tu pandai main. Kami ni team belasahan saja. Cikgu Pian siap cakap lagi awal2, kita masuk ni memenuhi jemputan...haha. Lawak betul. Sebelum lawan lagi macam dah mengalah. Adoila...



Lay-up or dunk? Your choice!!!

Tapi walaupun macam tu, kami berlatih sungguh2 la. Setiap petang tu berlatih! Masa tingkatan dua aku sempat main lama jugak la. Sampai masa suka keempat tu, aku masih boleh main lagi. Dalam suku kedua rasanya, skor masih lagi 0-30 kot. macam tu la. Cikgu Pian dengan selamba ja jerit dekat Syafia ka sapa tah, katanya kalau kalah smpi kosong, nanti semua balik jalan kaki. Tapi sebab tengah main, kami pun buat dono jela. Main ja... depa kata. Lepas separuh masa, waktu nak masuk suku ke 3, waktu rehat budak2 sekolah Keat Hwa tu. Depa mai la turun skali tengok game yang tengah berlangsung. Aduh.. sedih masa ni. Kami masih lagi kosong....haha. Cmanya sebelum masa rehat, xdak penonton, so x kisah sangat la walaupun main macam sampah sikit kan. haha. Sekolah ni special sket sbb ada court yg mcm mini stadium, tu pasal depa ja jd host every year.

Sampai la sekali tu, dalam suku ketiga tu a. sapa tah shoot 3 point. MASUK!!!! so kami pun dapat la 3 mata awal....dan lepas2 tu. kami ada la tambah sikit2 lagi. kalah keseluruhan 100+ berbalas 13 kot kalau tak salah. Main kalah mati kan, so kalah tu, terus balik la. Dalam bas balik tu depa duk sembang2. pakat2 tnya berapa kali hg kena block? Dalam erti kata lain ialah how many of your last shot was rejected. Semua pakat2 duk kira, kebanyakannya semua kena reject dalam berbelas2 kali jugak la. aku pun tak terlepas. ya la, dah kita ni pendek, nak jugak buat lay-up, kena la block. yg shoot jauh pun sama jugak nasibnya, hantar straight to the basket, tak naikkan bola ke atas, kena la jugak block... :p Semua duk gelak2 la. Aku pun tumpang sekali walaupun aku junior lg dalam team. Baru form two masa tu kan..haha

Dalam duk gelak2 tu, depa tanya lagi. Tak rasa malu ka kalah teruk sgt? Syafiq dengan tenang dan muka penuh tak bersalah senang ja cakap, "biasa la tu. mmg dah tradisi..." pecah lagi kami bergelak dalam bas tu. Lepas tu syafiq sambung lagi, dia kata "aku tak kisah kalah, tapi malu gila bila kena block bawah basket tu. dah nak masuk dah tu, damn....rejected!" Lebih pedih ialah ketika suku ke-3. Ada penonton pulak masa ni...sebab awal tu bukan masa rehat budak2 sekolah tu. Sekarang waktu rehat. Dekat nak penuh jugak la mini stadium usang tu. Awal tu kalau shoot tapi kena reject pun, tak dak orang luar (ie: penonton) tengok. tapi bila dah ada orang tengok, pergh...sedih seh. haha. Kalau sama2 pemain, depa tak kisah la cuma kalau pemain2 tu cakap2 kat belakang kutuk kata kami tak pandai main ka apa, terpulang la. Tak dak semangat sportsmanship la kalau camtuh. Semua benda relax2 dalam gelanggang sudah la. Kan kan? Penonton bukan main lagi la. siap ada yang duk perli2 tuh. aduh...lebih dari pemain kalau bab2 nak mengata belakang.


Rejected!!!

Tapi bila ada penonton, diorng pun tumpang gelak la sbb kami main mmg hancus...tambah pulak shoot yg last minute kena block kan, aduh la... sungguh2 nmpk smpah org yg shoot tu. Tapi tak pa ja sbb kami ni memang dah diketahui umum jenis yang kalah ja every year, so sebelum masuk wakil tu pun kira dah pekakkan telinga la. Main sudah..we try our best. Ada rezeki dpt jd mcm team perempuan SAINA tahun tu. Menang dengan team Keat Hwa tu....amik satu korang...haha.

Tahun lepas tu pun aku join lagi. Biasa la, once dah wakil sekali, selalunya wakil lagi la tahun depan. Tapi nasib lebih malang buat aku tahun tu (masa form 3). aku sempat main smpi separuh masa ja sbb aku dah buat 5 fouls. Damn... bnyk seh buat foul. Haha, rezeki tak dak tahun tu walaupun kami kalah dengan lebih bergaya (20-63) setelah Sofi dan Azri banyk membantu. Depa tak main last year, aku yang ajak depa join sebab tgk duk main bola tampaq saja walaupun depa boleh la jugak main basketball ni kan. haha.

Dekat Beseri aku tak wakil sebab Nashriq Awe, Rahman, Fira, Afiq mustahil and the geng sgt2 hebat. Tak terlawan aku. so aku pun main waktu petang2 jela dgn classmates aku mcm kimi, haziq, abang hakem hensem (phewwit, sori hakem :P) Ada jugak sekali sekala macam masa minggu aktiviti game basketball mcm tu, tapi aku tak pernah menang kot masa kat Beseri, tak dak medal la pulak seingat aku. ^-^


Kenangan. KMB basketball court

KMB, bermula kembali la zaman kenaikan sikit2. ^^ Aku noob jgk kat sana, tapi layan jelah. Aku selalu main petang2. Bertukar-tukar dgn bola, jogging bersama-sama ijoi, faiq (bukan faiz bob ye :p) faimee dan lain-lain. Waktu sukan rumah tu, aku satu team (Team Ungu) ngan Skepang, Abraham dan semua2. Kitorng johan... Basketball 3 on 3 competition pun kami menang gak. Yang tu masa first year. Skepang jambu abang ref tu kot. haha. mcm berat sebelah aku rasa. tp no worry, asal menang. yeeha. Dekat sini pulak, aku jarang2 main, kdang2 ada la duk shoot dua 3 kali kat RCSI baskteball court tu. Tapi dah lama jugak tak try shoot ni. Malas dah nk ke gelanggang tu sbb dah base kat Beaumont saja sekarang ni. huhu

So, macam tu saja la cerita aku tentang basketball ni. Saja menulis sbb tiba2 teringat kawan2 lama yang duk main sekali tapi dah lama tak jumpa...semua pun duduk jauh2 skrg ni. Nashriq awe, bila mu mau mari sini? Dekat molek German tu... :p summer nnt eh kalau ada rezeki kita jumpa. ^^
okes, adios...

P/s: Pesanan buat pemain lawan, kalaupun dah reject masa kami nak score tu, xyah la nk bising2 dekat penonton pulak. Sedih dowh kami yang memang sedia kalah ni. ^0^