Exam tinggal less than 2 month from now. tapi study masih slow siput. mcm tak jalan langsung sebenarnya. Bila baca one of YM's status belong to one of my friend, rasa macam kena batang hidung sendiri. Dia tulis lebih kurang macam ni la, "not studying consistently or consistently not studying?". for me, the later is much suitable i reckon. Apalah nak jadi nih. Kesan terbakar belum sembuh. Api dah padam tapi, belum sejuk lagi kot tanah tu orang kata. Aku manusia, tipu gila kalau terus-terus takdak kesan terbakar macam superman.


Exaggerated effect

kalau dulu masa dekat kampung, selalu saja orang bakar sampah. Pembakaran terbuka. aku dan kawan-kawan nih kadang-kadang suka jugak main api nih. Nenek-nenek yang tinggal kat pondok tu selalu pesan, "jangan main dengan api. nanti terbakaq". apa lagi nak dikata, fitrah kanak-kanak kampung rasanya, lagi dihalang, lagila...dia nak buat. Yang bestnya, pandai pulak menjawab, "takpa Tok, kami duk jauh saja...guna kayu panjang kacau api tu...". Bila nasib kurang baik, bahang panas tu pun dah cukup untuk membakar. Tak perlu kena api secara terus pun. haha, ambik sebijik. kan dah terbakar! Inflammed due to heat. ^-^


Inflamed tissue

Kalau dalam pathology, bila dah inflammed ni, banyak neutrophil akan muncul di kawasan yang inflammed tu. Inflammatory mediators akan dirembeskan. Inflammation nih penting. Satunya, it helps in healing. Kira macam starting point la. tanpa inflammation, wound healing tak mula sebab nanti sel-sel yang perlu untuk proses penyembuhan tidak akan diaktifkan. Sebelum boleh sembuh, tu masa yang agak lama kadangkala diperlukan bergantung kepada tahap keseriusan inflammation tuh. Sakit dulu baru boleh sembuh. ^o^. oh, kenapakah begini? sebab manusia perlu belajar dari kesakitan?

Sakit menguji kesabaran, tahap kematangan, kesungguhan untuk sembuh serta turut menguji tahap keupayaan badan untuk melawan kesakitan. Redha sajalah. Tapi itulah, kalau dah terbakar teruk sangat, lama la nak sembuh...pasti ada kesan terbakar nanti. Kalau untuk wound healing bagi cut, sehebat mana pun proses penyembuhan tu, kekuatan kulit asal tidak akan dapat kembali 100%, the best is 80%. Itupun selepas 6 bulan!! oh, lamanya. Nasib baiklah ini bukan kesan potongan. Terbakar saja barangkali. Dalam masa yang sama jugak, hidup mau jalan beb. walaupun kurang produktif!!! Contoh paling jelas, weekend kali ni. Sampah! Next time, no more staying at home harapnya. tak jadi kerja. U know what i mean kan? :)


Berbalik kepada kisah zaman dulu-dulu. Oh, seronok sungguh bila dikenang semula. Hidup di kampung. Pagi ke sekolah, petang kalau tak di padang bola, samada bermain wau, guli, gasing ataupun 'aci ligan' di keliling kampung. Waktu kelas Quran Tajwid petang-petang, main jugak, kalau tak sempat habiskan, lepas tu boleh sambung terus. XD best lagi kalau main 'police entry' which i think police and thieves kot. haha. tah la. lain dari tu, berlari-lari dalam hutan renek sambil mencari buah getah untuk 'berlawan' pun best jugak. Tengok siapa punya buah getah yang lebih kuat.


batu nisan di kampung aku bertarikh 3 Rabiulawal 291 Hijrah bersamaan hari Rabu 25 Januari 904 Masehi

Haha, kenangan sungguh. Rindu kampung. Aku nak balik!!! Tinggal lagi dua bulan penuh sebelum aku berangkat menuju ke kampung halaman. Sudah dua tahun aku tinggalkan. Ya Allah, panjangkanlah umur ini semoga aku dapat menatap wajah kedua-dua ayah dan bonda yang dah lama aku tinggalkan. Oh, rindunya. Ditambah dengan rasa sunyi ini, adoila...tak mampu aku fokus dua tiga hari lepas. Rosak hujung minggu aku!

Adios.

Nota:
1. Selamat Hari Jadi ke-47 buat ayahanda tercinta, Mohd Nabil Bin Haji Fadzil. Semoga baba dan mama sentiasa berbahagia, murah rezeki dan sihat-sihat selalu. Jaga makan. Cholesterol tak sihat. Ubat doktor bagi jangan tak makan. nanti cek balik, kita buat pemeriksaan cardio percuma. Hehe

2.Pech, ingat lagi aku ligan hang dalam hujan, pastu baling-baling selipar masa Quran tajwid? Esoknya mak hang marah aku kat kantin. haha, tak mampu aku lupakan. dah 13 tahun tragedi berlalu.

3. Aduhia hati ini, cukuplah mengharapkan sesuatu yang tak mungkin dicapai. Macam mana nak ke marikh kalau memang dah tahu tak mampu nak beli sut angkasa dan jugak bayar tambang kapal. Apatah lagi masa yang sangat lama perlu untuk ke sana. Cukup-cukuplah oh hatiku yang satu.