Simple cooking for today sebab:

1. On call sampai pukul 10 malam (alasan).
2. Malas! Tak sangat la sebab ada tambah2 bahan lain dalam megi tu ye dak?
3. Esok nak balik dublin?


Teh Ais Lemon dan Megi Special

So harini cuma masak megi istimewa walaupun hajat awal nak buat ayam goreng KFC. Macam mana nak masak? Baca bawah eh? :p

A. Daging ayam (chicken breast) dipotong sesedap rasa dan dicampak ke dalam air panas yang sedang dipanaskan atas dapur.
B. Masukkan perencah tomyam megi dalam air panas beserta ayam tadi.
C. Masukkan dua paket megi lepas 5 minit.
D. Sayuran campur (frozen) segera dimasukkan setelah rasa ayam dah cukup masak.
E. Masukkan potongan tofu telur (kalau rajin) atau apa2 lagi yang boleh dicampak bagi menyedapkan rasa (untuk yang lebih rajin sahaja)
F. Pecahkan beberapa biji telur (secukup rasa) dalam campuran bahan2 tadi dan teruskan didihan selama 3 minit lagi.
G. Siap untuk dihidang (dalam mangkuk besar kalau ada). Kalau takdak, makan ja terus dalam bekas tu, mudah sikit nak basuh nanti. LOL

minuman special:
Air sejuk segelas dicampur dengan serbuk teh ais lemon segera yang tak perlu air panas untuk dibancuh. Tanda2 kemalasan memuncak.

Tada...bismillah dan makan sambil tengok AFV. Jangan sembur laptop sudah ye kalau gelak tu. o_O

Wassalam


P/S: cincai cincai kira rajin jugak la ye dak sebab tak makan megi kosong? ROFL