Salam wbt,

Harini nak kongsi sikit satu teknik penting. Dalam pengamatan aku, ramai antara kita yang dah agak lanjut ( 20an ke atas) masih lagi gagap dalam membaca Al-Quran. Aku pun bukanlah lancar sangat, cuma, aku rasa tengin nak berkongsi teknik yang aku gunakan selama ini.

Adapun sesetengah orang sangat mementingkan tentang mengenal hukum-hukum tajwid namun begitu, aku rasa dalam usia yang macam ni, agak sukar untuk sesetengah orang bagi mendalami ilmu-ilmu tersebut. Mungkin sesetengahnya segan (malu/malas). Aku sendiri pun kalau ditanya, tah ingat tah tak ingat hukum-hukum tajwid. Tetapi, hal tersebut tidaklah sepatutnya menjadikan alasan untuk kita terus tidak memperelokkan bacaan kita. Bagi yang masih berkesempatan, adalah sangat baik untuk mendalami ilmu pembacaan Al-Quran. Namun begitu, apabila zaman semakin maju, teknologi juga semakin hebat. Al-Quran sendiri telah mengalami perubahan dari segi pembukuannya untuk memudahkan pembacaan.

Kalau kita perasan, kadang-kadang dalam sesetengah mushaf (or..is it mashaf? :D) di belakangnya ada dilampirkan sekali pelbagai bentuk baris/tanda yang terdapat di dalam Al-Quran. Ada antranya yang apabila kita jumpa baris tersebut, bacaan elok dipanjangkan hingga 3 alif (enam harkat) dan lain-lain. Semua itu boleh dirujuk di bahagian belakang mushaf yang anda miliki. Selain itu, diajarkan juga cara untuk kita membaca bahagian-bahagian tersebut. Kalau tak jumpa di belakang, barangkali di celah-celah Al-Quran anda ada dikepilkan sekali kad kecil seperti kad nama. Fungsinya kadangkala sama saja.

Contoh sebuah Al-Quran yang concise untuk memudahkan bacaan

Untuk lebih memudahkan lagi, ada sesetengah ayat Al-Quran ditandakan dengan warna tertentu dan setiap warna mempunyai cara bacaan tersendiri mengikut hukum-hukum bacaan tertentu. Hal ini juga boleh dirujuk di bahagian lampiran dalam Al-Quran tersebut. Jadi, sebagai contoh, warna merah adalah untuk bacaan satu alif (dua harkat) bagi hukum mad asli, jadi, setiap kali anda menjumpai perkataan yang ditandakan dengan warna merah, anda tahu bahawa bacaan perlu dipanjangkan sehingga dua harkat. Begitulah juga dengan hal-hal yang lainnya. Contoh mudah boleh diperolehi di sini. (cohtoh lain ialah dalam perenggan ini). Bacaan yang memerlukan anda berdengung pula mungkin ditandakan dengan warna biru dan begitulah selanjutnya.

Selain itu, untuk memudahkan pembelajaran Al-Quran juga, terdapat pelbagai software yang anda boleh gunakan apabila tiba-tiba anda tidak pasti cara untuk membaca bahagian tertentu. Quran Explorer sebagai contoh boleh digunakan untuk mendengar bacaan pada ayat tertentu dan pada masa yang sama, anda juga boleh mempelajari cara bacaan di bahagian tersebut. Sama seperti ada melirikkan lagu inggeris supaya tune dengan muziknya, anda juga boleh tunekan bacaan anda agar selari dengan yang dibaca oleh sheikh-sheikh dalam software tersebut. Anda juga boleh berulang kali mendengar cara bacaan tersebut sekiranya sekali dengar masih lagi tidak dapat dibaca dengan betul. Jangan risau, anda takkan bosan kerana bacaan sheik-sheikh tersebut sangat sedap sekali.

Sebagai contoh, satu ayat dimulai dengan huruf alif. Huruf alif di permulaan ayat tersebut pulak tidak berbaris. Jadi dengan tiba-tiba anda sudah tak tahu lagi nak meneruskan bacaan. Kaget, takkan nak hantam bagi bacaan dengan baris diaatas pulak kan? nanti lari maksud, berdosa pulak. Jadi, apa yang anda boleh buat, anda boleh search ayat tersebut di dalam mana-mana software Al-Quran yang anda suka (ie: Quran Explorer) dan kemudiaannya dengar bacaan ayat tersebut. Tada...then you should know how to read it. Lepas tu, ambil pen dan letak la baris supaya next time anda baca semula ayat tersebut, anda kini sudah tahu cara nak baca ayat tersebut. Mudah kan?

Jika setiap hari anda boleh mendengar muzik sambil cuba melirikkan lagu yang sepanjang 3 minit, anda juga sepatutnya boleh membaca satu muka Al-Quran setiap hari sambil mendengar bacaan berlagu dari Sheikh Saad Said Al-Ghamidi. Yang paling utama adalah mashaf itu sendiri. Jadi, next time, bila nak beli Al-Quran, pilihlah yang dapat membantu bacaan anda agar bacaan anda lebih lancar selepas ini. 
Why not give it a try? Menarik kan? 

Ma'assalamah.

Kurangkan sikit entry memasak kali ni. ^____^