Salam wbt dan selamat malam semua,

Aku baru saja habis dengar kuliah online (KuOn) anjuran PPIMI yang disampaikan oleh Ustaz Erfino Johari melalui medium ustream tadi. Alhamdulillah, menarik sekali walaupun aku tertidur sekejap. Letih sangat hari ni barangkali. Oh, selamat tahun baru buat para muslimin dan muslimat. Semoga Allah memberkati usia kalian di tahun baru ini dan semoga tahun baru ini lebih bermakna dalam hidup semua.

Apapun, aku dapat ikut kebanyakan isi yang disampaikan, jadi untuk tu, aku nak kongsi la sedikit sebanyak apa yang aku dapat. Isu menarik la katakan, mesti la nak kongsi ye dak? Tajuk kuliah malam ni adalah "Would You Marry Yourself?". Kesimpulan tajuk ni adalah berkenaan refleksi. Itu yang aku rasa bila mula-mula kena tag dalam poster kuliah di facebook. ^____^ Bang! sekali rasa kena ketuk kepala.

Lebih kurang dua jam lebih jugak la dan sekitar 550 hadirin mendengar secara live dari secara cerok dunia. Alhamdulillah. Jepun, German, Ireland, UK, Jordan, Malaysia dan lain-lain. Ceramah bab kawin la katakan...sapa tak minat ye dak. Especially budak-budak universiti. Umur yang orang kata dah baya-baya boleh kawin dah.

Apapun, ini kesimpulan yang aku dapat buat:

1. Jangan terikut-ikut dengan cerita cinta karut di tv dan buku. Yes, it is interesting to watch, tapi we have to reflect either it gives an impression of reality of just a another good story for sell. Kadangkala, sebagai manusia, kita lupa akan realiti bilamana terlalu asyik dengan alam khayalan. Kalau baca buku The other history of malaysia, dalam tu si penulis ada cerita pasal reality dan macam mana orang sekarang kebanyakannya tak berpijak pada bumi yang nyata.

2. Belajar betul-betul pasal hukum hakam berkenaan nikah kawin. Aku pun still kena belajar walaupun dah pernah pergi kursus kawin masa tahun satu dulu. Hal ini penting supaya nanti takdak la yang tanya soalan pelik-pelik macam, sah atau tak nikah kalau ayah wanita tu takdak semasa akad dalam majlis yang sama. erk. Kawin memang seronok. Setakat yang aku perhatikan, takdak la yang tak hepi dalam tahun pertama kahwin tu. Tapi lepas dua tiga tahun, ada saja yang datang mintak tolong dengan aku yang single nih bila ada masalah. Expect problems and learn to deal with it.


3. Perkahwinan itu satu permulaan kepada sebuah kehidupan yang panjang. Ianya bukan penamat. Kawan aku faris cakap yang ni jugak. :P Yes it is a beginning. Kalau ikut ustaz, bilamana kita memulakan sesuatu yang baru, kadang-kadang kita tak pasti samada kita boleh atau tak. Masih ada sedikit kegusaran dalam diri, sama seperti masa nak belajar bawak kereta. Awal tu memang takut, tapi bila dah lama-lama, kita dapat sesuaikan diri dan akhirnya Alhamdulillah dapat bawak kereta dengan elok. Pengalaman aku sendiri, aku tak pernah plan nak ambil lesen motor dulu-dulu. Even masa first time bawak moto kat jalan besar, ketar kot tangan aku. Masa tu lepas SPM dan baru lepas ambik lesen kereta macam tu, lepas tu ayah aku still hantar aku pergi kerja ulang alik naik motor. One day, ayah aku suruh aku drive bawak dia balik which something yang bukannya aku tak pernah buat, cumanya tak pernah di jalan besar dengan kereta-kereta saling memintas kita. Tapi, bila sekali cuba, aku terus rasa ok, and lepas tu, ambik lesen dan dah merempit pun kat Alor Setar tu. Takde la aku lumba, tapi bawak laju-laju. Haha. Adik-adik, jangan ikut perangai ini yeh. Peace!

Gulp
4. Untuk sampai ke alam perkahwinan, kita kena berusaha termasuklah membaiki diri sendiri.  Jangan mudah mengalah walaupun dah banyak kali gagal. Jangan tunggu sahaja kerana jarang orang dapat rezeki jatuh bergolek. Even Prince William dengan Kate pun lama berusaha. Haha, cakap pasal kisah diorang lagi. Kadangkala kita sukakan seseorang tapi malu-malu. Situasi ini tak hanya terpakai pada perempuan, tapi lelaki jugak. Jadi kena atasilah sedikit perasaan tersebut. Takdak la rugi apa sangat kalau kena reject melainkan kecewa sikit (ye ke sikit?LOL) dan malu ajelah. Pastikan individu yang nak dilamar tu boleh dipercayai agar tak dijadikan kita bualan orang ramai. Kalau masih rasa kita kena rendahkan kualiti diri sendiri untuk kawin, maknanya kita masih tak bersedia. Contohnya, "ala ustaz, saya nak yang jenis-jenis saya saja supaya saya tak terkongkong nanti".

5. Selain agama, aspek kewangan, keturunan dan kecantikan (sedap mata memandang) juga penting dalam memilih bakal pasangan hidup. Be realistic and not too demanding. Kita hidup di bumi nyata dan kenalah berpada-pada dalam meminta. Nak meminang, kena tengok (sekadar yang dibenarkan agama). Perlu juga rasa suka tersebut. Ustaz cakap itu penting dan rasanya, itu bukan sesuatu yang boleh dipaksa-paksa. Mungkin jugak boleh dibina bila dah berumahtangga ye dak? (dalam situasi sebelum kahwin tak pernah kenal rapat) ^__^. Just look at our parents perhaps or at least my mom and my dad. Hehe.

6. Cop cop tak terpakai (u know what i mean). Kalau nak, sila serius (jumpa family atau wakil urus). Bila bertunang, kurangkan berjumpa/berbual. Ustaz dulu pun cuma berutus surat, tapi kalau sekarang, email boleh ganti la ye dak? Satu lagi, tak perlu umum pada khalayak bila bertunang. Cukup cakap kita dah bertunang, tapi tak perlu dikhabarkan dengan siapa. Tahniah Shedot kerana dah bertunang. ^__^. Hal ini bagi menjaga nama kedua-dua belah pihak sekiranya pertunangan terputus. Bilamana kita kurang berurusan semasa bertunang, elemen kejutan akan wujud selepas berkahwin dan semua orang sukakan kejutan. Walaupun semua orang berharap yang baik-baik sahaja, namun begitu, kena reda juga dengan yang kurang baiknya kerana itulah suami/isteri kita. Bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah.

7. Bincang dengan keluarga kerana reda kedua ibu bapa juga penting dalam rumah tangga. Nikah sah tanpa kebenaran ibu bapa sekalipun, namun dibimbangi akan menimbulkan masalah kelak. Jika anda dipaksa untuk berkahwin contohnya, bincang secara elok-elok. Hak memilih masih ada walaupun anda seorang wanita. Keputusan akhir di tangan anda. Dalam memilih calon, sentiasalah beristikharah dan memohon doa agar dikurniakan yang terbaik buat diri kita. Allah maha mengetahui yang terbaik untuk setiap hambanya.

Cukup setakat tu dulu. Itu sahaja yang aku ingat buat masa ni sebab tak catat apa pun tadi. Ustaz ada jugak bagi cara-cara atau ciri untuk memilih rasanya tadi tapi tak ingat. Kalau berkesempatan, lepas ni boleh la dengar kuliah ulangan di sini. Mudah-mudahan bermanfaat. Kalau rajin lagi, boleh dengan ceramah 15 bahagian berkenaan pwekahwinan oleh Sheikh Yasir Birjas. Yang ni memang complete, sama macam pergi kursus kawin. Link file-file tu dah mati, so kalau nak, boleh personal message dengan aku.

Wassalam. 
Jom sambung baca cauda equina syndrome O.O


P/s: Tahniah to Ibtisam Ismail dan Ariff Ahmad yang bakal melangsungkan perkahwinan hujung Disember ni. Dua-dua orang ni kawan lama aku masa sekolah rendah. Satu kelas. Dulu depa kena kacau-kacau saja, tapi last-last, kawin sungguh rupanya. Jumpa balik bila tah ha hampa dua ni? Lepas SPM kot. ya ka weh? Jodoh pertemuan di tangan Allah...another love story insyaAllah turning to reality.