Salam and good morning kepada semua.

Tadi pagi aku baca blog Dr. Sarah. Blog doktor ni dah lama aku follow. Sejak dia masih lagi student di Moscow. Best baca blog dia sebab gaya bahasa dia menarik dan jugak pengalaman dia memberikan aku semangat untuk terus berjuang. Aku tertarik dengan 2nd latest entry blog tersebut. Boleh rujuk sini.

Jadi aku pun saja la check-check kat sitemeter, nak tengok gak apa yang orang search di search engine dan kemudiannya suggested untuk melawat blog aku yang semakin bersawang ni. Tiba-tiba satu benda ni menarik perhatian. Hehe.


Lepas teliti betul-betul, baru aku perasan. Entiti ni samada baca atau tak aku tak pasti la, tapi memang bersungguh-sungguh la. Dia buka every entry aku sampai ke entry yang pertama!!! Ini kerana setiap page dalam blog ni, maximum entry per page adalah 7. Jadi, 7 entries darab 21 page views = 147 entries which is equal to 16 entry tahun 2010 ditambah dengan 58 tahun 2009 dan 70 di tahun 2008. Tapi sebab page terakhir tu hanya ada 4 entry saja termasuk yang pertama, maka jadi la 144. ^__^ Woah...kita berkira-kira mathematik la pulak. ^O^

Berbalik kepada apa yang orang search di search engine lalu kemudiannya muncul blog ini di result search adalah seperti, 'contoh karangan percutian di kedah', 'city of amaranthine castle' dan lain-lain lagi la. (tak caya cuba la search guna keyword ni. ^__^) Walau bagaimanapun,  kebanyakan pengunjung sebenarnya adalah orang yang memang selalu baca blog ni pun... Jadi tak ramai la yang sebenarnya search apa-apa pun. Kebanyakkan search tu dibawa ke blog ni secara tak sengaja. Tak sama la macam entry doktor sarah tu. ^__^

Apapun, terima kasih daun keladi kepada anda wahai encik/tuan/puan/adik/abang/kakak yang telah sanggup menghabiskan sejam lebih untuk browse through all my entries. Ada masa datanglah lagi. Terharu saya. Apapun kesungguhan anda untuk buka setiap page memang mengagumkan. InsyaAllah lepas ni saya akan cuba untuk cari jalan untuk letakkan 'button search' khas untuk blog ni. Kesian kena browse semua sekali. huhu.

Kepada kawan-kawan lain yang masih lagi melawat walaupun dah makin bosan, terima kasih berjuta-juta saya ucapka. :) InsyaAllah saya akan terus istiqamah menulis perkara yang bermanfaat dan kurangkan cerita kontroversi. O.O Terimalah untuk anda semua.


Wassalam. 
Adios!

1. Hari ini hari jumaat, jom baca surah Al-Kahfi. :)
2. Kepada encik/tuan/puan/adik/abang/kakak entiti, jangan anda SB sudah. *-*