Alhamdulillah,


Sebentar tadi aku berkesampatan mendengar kuliah dari Sheikh Yusha Evans di Trinity College Dublin.
Lain rasanya bila dah lama tak dengar kuliah live. Online kuliah dari u-tube etc. mmg tak boleh lawan la orang kata. So kat sini sekadar ingin berkongsi apa yang aku dapat masa dengar kuliah tadi. Tapi sebelum tu untuk siapa-siapa yang tiada cermin di hadapan mereka, boleh ambik cermin dan sedia dengan cermin berhampiran anda.

Kuliahnya pendek dan padat. Beliau bercakap tentang:

1. Generasi muda. Banyak diberi contoh-contoh tentang golongan muda dari zaman Rasulullah dan sahabat2 selepas baginda yang menyumbang kepada perkembangan Islam. Antara nama yang sudah selalu kita dengan seperti Saidina Ali, Mus'ab ibnu Umair, Saidina Umar, Zaid bin Thabit, Saidatina Aisyah dan lain-lain.
Betapa tanpa hasil usaha golongan awal yang memeluk Islam ini, belum tentu lagi kita dapat menikmati nikmat Islam yang jarang-jarang kita hargai sepenuhnya di hari ini. Muda mudi adalah penggerak kepada gerak kerja agama la lebih kurang macam tu. So macam mana? :) Tengok cermin kejap...fikir-fikirkan.

2. Rancangan jahat pihak bukan Islam yang mahu memisahkan muda mudi dari agama. Menurut beliau, rancangan jahat pihak kafir ini bukanlah semata- mata untuk mengkafirkan golongan muda mudi, tapi lebih kepada menjauhkan golongan ini dari pengangan agama. Kerana tanpa berpegang teguh kepada agama, tidak guna menjadi seorang muslim yang kemudiannya hanya mendatangkan fitnah untuk Islam itu sendiri. Untuk pengetahuan semua, Sheikh Yusha merupakan seorang Kristian sebelum beliau menerima hidayah dan memeluk Islam. Jadi adalah tidak mustahil hal-hal sebegini menjadi pengetahuan beliau. Bahkan sesetengah kita mungkin sedar akan kewujudan hal ini, tapi masih tidak mampu melakukan perubahan, walaupun terhadap diri sendiri. Sedih kan? :( Nak tengok cermin ka kali ni? Kalau rasa segan, tak perlulah kot. :)

3. Kuantiti dan kualiti. Kuantiti tak penting, kualiti itu lebih penting. Contoh dari sejarah sendiri sudah banyak. Bagaimana sahabat-sahabat di zaman Rasulullah mampu menang dalam peperangan walaupun jumlah mereka jauh lebih kecil. Berbekalkan keimanan dan ketaqwaan yang jitu, jumlah yang sedikit mampu melakukan segalanya. Lihat sahaja bagaimana Rasulullah melatih golongan awal yang memeluk Islam, walaupun jumlah mereka kecil pada awalnya, kualiti iman yang dipegang itu membolehkan seorang sahabat Rasulullah mengislamkan kebanyakan penduduk Yaman hinggakan ada sebuah hadith yang menyebut pujian Rasulullah terhadap keimanan penduduk Yaman. Begitu juga dengan contoh Mus'ab yang dihantar untuk berdakwah kepada penduduk Yathrib (Madinah). Kita sekarang? erk. jauh panggang dari api. Nak tau jauh ka tak panggang tu, korek lubang sedalam yang boleh, letakkan api dalam lubang yang dikorek dah letak panggang tu pulak tinggi melangit. Jauh ka tak tu?

4. Islam dan akhir zaman. Beliau menyebut tentang hadis yang menceritakan bagaimana berpegang kepada Islam di akhir zaman bagaikan menggenggam bara api. Sukar serta payah untuk berpegang teguh dan pastinya ada pelbagai cabaran. Namun begitu, Allah menjanjikan ganjaran yang lebih besar untuk mereka yang berpegang di jalan Allah di akhir zaman berbanding mereka yang berada di masa Rasulullah masih di sisi. So, sekarang cari cermin tengok dalam cermin tu, adakah kita telah menjadi seperti yang dituntut oleh agama? Terjagakah perkara-perkara asas dalam Islam dalam diri kita? Oh, kesiannya En. Cermin terpaksa digunakan lagi kali ni.

5. Distraction dan golongan muda. Sheikh Yusha Evans ada menyebut tentang beberapa perkara secara spontan seperti hiburan dan lain. Namun satu yang menarik perhatian aku adalah wanita. Begitu jualah dengan golongan wanita, the opposite sex is the greatest off all distraction. Betul ka ni? Tengok cermin lagi la. tak nak kata kat sapa2. For me, yes i have to admit it. Sadis pulak rasanya. Menurut beliau, kahwin tu macam jalan penyelesaiannya la sebab nanti pasangan hidup tu dapat meredakan distraction tu. Oh, kalaulah semudah itu. Sedangkan diri sendiri belum terjaga, macam mana la nak jaga anak orang kan? Tapi sampai bila anda baru betul-betul nak menjaga diri sendir dalam hal-hal agama kalau dalam umur 20-an pun masih belum mampu. Oh, tengoklah cermin lagi sekali. (mata kuyu dah pulak :D)

6. Hari akhirat. Semua individu akan berpanas terik dan bermandi peluh kecuali 7 golongan manusia. Sheikh Yusha cuma menyebut satu sahaja iaitu golongan muda yang dibesarkan dalam agama. Dibesarkan dalam agama yang macam mana? Ha...itu cuba la tgk cermin sekali lagi. Okaykah kita ini. jangan pandang orang lain, tgk diri sendiri dulu sebelum berani nak menuding jari kesana kesini. Masih berkesempatan kot untuk mengejar yang ini sebab golongan muda ni sampai umur 40 lebih macam tu. so...tinggal berapa tahun lagi nak mengejar yang satu ni?

7. Kehidupan dan dunia. Salah seorang alim ulama ada menyebut bahawa kehidupan di dunia ini bagaikan bayang-bayang. lagi anda terkejar-kejarkan bayang-bayang itu, lagi itulah anda tidak akan mendapatnya. Tapi apabila anda berpaling dari bayang-bayang dan berjalan kearah yang lain (mengidamkan akhirat), bayang-bayang itu akan pasti mengikut anda. Ada sebuah hadith specifically menyebut tentang hal ini. Tapi tadi tak sempat salin la, sekarang pulak macam malas nak cari sebab dah mengantuk. :P
Research sikit yeah sendiri2. hehe.

Jadi itu sajalah untuk malam ini dan mungkin juga  bagi minggu ini. Aku tak sempat menjenguk kerap sangat dah blog ni. Sudah berhabuk macam laptop kapal angkasa yang digunakan untuk menulis entry ni jugak. Semoga semua sihat-sihat dan dirahmati Allah sentiasa. 
Wassalam.


P/S: Aku menulis bukanlah sebab aku baik, tapi sekadar ingin berkongsi dan mudah-mudahan ada yang terbuka hati untuk berubah walaupun sekelumit rasa. Aku sedar saja yang aku pun banyak yang perlu diubah, tapi perubahan itu tidak hanya datang dengan kesedaran. Setuju?