Assalamualaikum wbt.


Esok, Jumaat 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430, seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha. 
Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban ini adalah satu perayaan yang aku rasakan penuh simbolik apabila dikaitkan secara langsung dengan kisah hidup keluarga Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan juga isteri baginda Nabi Ibrahim, Siti Hajar. Banyak pengajaran yang dapat aku belajar dari sejarah yang ternama ini. Semoga perayaan Aidil Adha kali ini dapat kita sama-sama hayati dan kita sambut dengan penuh kesyukuran.


Apapun, esok aku ada kelas. O.O
Kena berkorban untuk ke kelas ataupun mengorbankan kelas itu. huhu. Masih ragu-ragu mana satu yang nak dibuat. Kalau ke kelas, solat sunat terlepas, tapi raya masih boleh disambut. Lafaz takbir masih boleh diucap. Entahlah, agak bingung. Tapi kebarangkaliannya mungkin aku ke kelas sebab esok ada ward tutorial selain case-bases teaching pukul 8.30pg esok. hm....


Semoga kalian semua gembira menyambut Hari Raya Aidi Adha ini. 
Di kesempatan ini jugak, aku ingin memohon kemaafan atas segala salah dan silap. (Mohon maaf bukan khusus untuk hari raya sahaja, tapi sangat digalakkan bersempena hari-hari yang penting macam hari raya ni....^__^)


Ok lah, dah nak stop dulu. Tulis pendek saja sempena hari raya esok hari. Buat yang memandu pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Makan daging pun jangan lebih-lebih, nanti kolesterol naik mendadak. Ada pulak yang masuk ward nnt. :p
Pendek cerita, bersederhanalah dalam segala perkara termasuklah memandu dengan kelajuan yang sederhana. :D


Wassalam.