Berdakwah
11/28/2009 11:57:00 AM
By: Muaz Nabil
Jelik melihat situasi sesetengah gerakan dakwah di bumi Allah ni. Claim itu ini, cakap laju begitu begini, last-last berlaku khianat sesama Muslim. SESAMA MUSLIM tu! Lemau!
Soalan ringkas kat bawah ni aku tujukan untuk semua yang terlibat secara aktif, tak aktif mahupun individu yang belum lagi kenal akan usaha dakwah di bumi ini dan secara umum untuk bacaan sesiapa sahaja yang singgah di sini. ^.^
1. APA TUJUAN ANDA PERSATUAN DAKWAH ANDA DITUBUHKAN?
2. ADAKAH ANDA BERDAKWAH UNTUK MENGAJAK MANUSIA KEMBALI KEPADA ALLAH ATAUPUN ANDA MAHU MANUSIA SERTAI PERSATUAN ANDA?
3. KALAU BERDAKWAH LILLAHITAA'LA, KENAPA PERLU KHIANAT AKAN USAHA DAKWAH RAKAN-RAKAN ANDA YANG LAIN?
4. KENAPA PERLU MERENDAH-RENDAHKAN USAHA GERAKAN LAIN!?? MENGAPA PERLU MENANAM BIBIT-BIBIT KEBENCIAN TERHADAP PERSATUAN LAIN?
Okayh, cukup setakat tu dulu kot. Fikir-fikirkan. Anda tahu siapa anda. Kalau yang rasa dia tak boleh nak faham, anggap saja ni satu renungan untuk difikirkan.
Sapa makan cili, dia yang rasa pedas.
Berdakwah
This entry was posted under
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nov 29, 2009, 4:32:00 AM
salam eiduladha muaz...
^^
Nov 29, 2009, 6:42:00 PM
Salam Eiduladha As. Semoga awak banyakkan berdoa dan bersabar. i know u dont like people to say this, tp sy xtau nk cakap apa. huhu.
Semoga Allah balas segala kesabaran awak dgn kejayaan di sana kelak.
Nov 30, 2009, 3:52:00 AM
salam
ana sokong anta
dakwah tak perlukan jemaah.
berfikirlah sama seperti para imam mazhab berfikir.
berlainan pendapat tapi mampu menerima pendapat yang lain.
moga yang berada d medan dakwah ni faham n sedar.
kita berdakwah adalah kerana Nya n ingin berkongsi nikmat tarbiyah yang kita terima sebagai tanda cinta padaNya.
insyaAllah.
Nov 30, 2009, 8:14:00 PM
maaf saudara faqir, bukan itu maksud saya.
Jemaah itu perlu kerana nabi juga berjemaah. itu sunnah, tapi dengan kewujudan terlalu bnyk jemaah di dunia sekarang ini, apa gunanya jika saling menghantam dan berlaku khianat antara satu sama lain. (baca contoh kes pelajar2 di mesir yang dikhianati dan disabotaj). Sedih.
Sungguhpun ada jemaah yg dibangunkan untuk memecah-belahkan ummah, namun kepeluan jemaah ttp ada.
Sedangkan Allah sukakan hambanya berjuang dalam saf-saf yang tersusun rapi, xkan anda tak mahu berada dalam golongan yang disukai Allah?
apakah dengan tidak berjemaah anda rasa anda mampu mengubah semuanya seorang diri?
Rasullullah jua dikurniakan sahabat oleh Allah swt. itu tandanya jemaah ini sunnatullah. Boleh saja jika Allah nakkan rasul-Nya berjaya dengan seorang diri, tapi kenapa agaknya Allah kurniakan sahabat2 di sekeliling baginda untuk membantu perjuangan baginda nabi? :)
X begitu?
Dec 1, 2009, 3:37:00 AM
persoalan dan ulasan yg baik....kita melihat kumpulan2 yg wujud kini lebih bnyk assobiyyah kpd kumpulan msg2...kalau xmsuk kumpulan mereka,kata 'xgeng' dan akan memandang enteng kpd yg 'xgeng' itu
maka kt tnya balik?ats dasar apa kumpulan itu wujud kalau bkn utk berdakwah kepada sesiapa shj even pd bkn ahli konsisten kumpulan?sdgkan nabi sendiri xpernah pilih siapa yg layak utk didakwah atau siapa yg tidak
bukankah ilmu yg elok dan kebenaran perlu dikongsi bersama2 ke?
disebabkan perpecahan2 yg wujud juga,org yg xbrapa nak fasih agama menjadi keliru,join ini ckp begini,join itu ckp begitu
tetapi,kumpulan atau sebetulnya jemaah itu memang perlu,spt kata anda "Jemaah itu perlu kerana nabi juga berjemaah"
wallahua'lam
Dec 1, 2009, 8:23:00 AM
itulah masalahnya anon bila ada yang memandang enteng individu yg x join group diorng. sbb tu jugak diorng lupa sebentar Allah bila ada yang sanggup sabotaj dan berlaku khianat dengan aktiviti kumpulan lain.
cara berdakwah itu rasanya tidak menjadi hal kerana kebanyakannya memang berdakwah kepada umum walaupun kadangkala umum tidak menyedari. :)
stuju juga dengan hujah kamu tentang berkongsi kebenaran itu. sememangnya kebenaran untuk semua dan jugak perlu berdakwah kepada umum. itu memang tidak lagi menjadi persoalan.
Hal utama yang cuba dibangkitkan adalah kewujudan jemaah/individu dalam jemaah yang kurang memahami keperluan keperluan berdakwah lantas melakukan perkara2 sabotaj dll.
Perkara yang berlaku di Mesir beberapa bulan lepas mungkin adalah satu contoh yang sangat sesuai untuk dijadikan iktibar. semoga Allah membuka hati semua pihak yang terlibat. Baik yang betul ataupun salah.
Dec 14, 2009, 1:46:00 PM
salam wbt...
setuju dgn entry ni. penting sebenarnya utk semua yang mengaku diri mereka daie utk faham atas dasar apa mereka berada di jalan nih. adakah kerana persatuan/individu/niat2 tertentu?? sepatutnya, semuanya berbalik kepada ALlah, sebab itulah dalam kita memanggil manusia kepada jalan ini, perkara pertama yang kita mst tanamkan adalah keimanan pada Allah, mengajak manusia kepada Islam terutamanya... kemudian, kita perkenalkan pada dakwah Rasulullah saw, dan setelah faham, barulah kita memperkenalkan pada konsep amal jamie dalam jemaah... jika tidak, wujudlah permasalahan sebegini; taksub dan merendah2kan organisasi2 lain..
wallahua'lam.. moga bermanfaat