Salam Aidilfitri
9/19/2009 06:52:00 PM
By: Muaz Nabil
Assalamualaikum W.B.T,
Esok, 20 September, umat Islam kebanyakannya bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, di kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam. Eid Mubarak to all. Semoga hari raya yang bakal ditempuhi disambut dengan penuh kesyukuran dan tidak disambut keterlaluan hingga hilang keberkatannya. Bersederhanalah dalam menyambutnya agar kita tidak tergolong dalam golongan yang berlebih-lebihan.
Saya jugak nak mohon jutaan kemaafan andai ada tersalah gaya, kata ataupun bahasa yang mungkin menyebabkan sesiapa saja di luar sana terasa hati dan sebagainya. Semoga di hari yang mana kita semua dianjurkan untuk bermaafan ini, kita dapat memaafkan antara satu sama lain. Semoga hidup menjadi lebih tenang dengan memaafkan orang lain (pesanan untuk diri sendiri) ^_^
Buat kaum keluarga tercinta, anakanda ingin memohon jutaan kemaafan andai ada tersalah silap disana sini, ada terkasar bahasa, termalas dan tersegan bila disuruh membuat sesuatu. Semoga tahun hadapan kita dapat beraya bersama insyaAllah. Doakan kesejahteraan dan kejayaan anakanda disini.
Khas buat Iman, jangan enjoy sangat raya. PMR dah tak lama...semoga berjaya hendaknya. Rajin-rajin berusaha. Gambatte!!! ^__^
Sampai di sini dahulu, semoga kamu semua ceria dan bersemangat di hari raya esok. Jangan lupa bayar zakat...
Wassalam.
Salam Aidilfitri
This entry was posted under
ikhlas,
Kawan,
Semasa,
Special Occasion
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sep 20, 2009, 4:18:00 PM
SELAMAT HARI RAYA MUAZ.. MAAF ZAHIR BATIN