الحمد لله
9/07/2009 10:45:00 PM
By: Muaz Nabil
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar. Sekarang ni baru beberapa jam umur aku mencecah 22 tahun. Rasa syukur aku panjatkan setinggi-tingginya kepada Allah SWT yang memanjangkan usia untuk mencecah jarak perjalanan kehidupan sejauh ini dan menikmati nikmat kurniaan-NYA. Semoga aku sentiasa bersyukur dengan segala pemberian-NYA dan menjadi hamba yang taat dan patuh dengan suruhan Allah.
Sejarah hidup
22 tahun hidup di dunia ni bila dikenangkan rasa macam singkat sangat. Teringat lagi pengalaman waktu sekolah rendah, main di kampung dan benda-benda lain yang aku buat masa aku kecik-kecik dulu. Terasa macam baru sangat semua tu. Ada antara memori tu segar lagi dalam ingatan. Bila balik ke kampung baru-baru ni, aku lalu di kawasan rumah tok, tempat aku membesar dan menghabiskan masa kanak-kanak aku. Rumah tu sekarang ni pun dah banyak berubah. Bahagian dapur tu dah runtuh, kebun belakang rumah tu pun dah tak rupa kebun lagi. Rumah tu pun khabarnya dah uzur sangat sebab budak-budak yang sewa tu tak jaga sangat. Kalau dulu raya masih berkumpul kat situ walaupun tok dah takdak, tapi sejak rumah tu disewakan beberapa tahun lepas, semuanya tinggal kenangan saja. Rasanya rumah tu paling kurang pun dah dihuni lebih 50 tahun sebelum disewakan. Mungkin lebih lama. Aku tak berapa pasti.
Aku sebagai cucu lelaki sulung (cucu kedua) memang mendapat tempat dalam keluarga.^_^ Aku ingat lagi, sebelum arwah wan Din (datuk) meninggal, aku dihantar hampir setiap hari oleh wan ke PASTI yang hanya lebih kurang 400 meter dari rumah. Kadangkala aku pergi sendiri kalau Kak Aina ada sekali (kat mana eh sekarang ni kak aina?). Cikgu-cikgu di PASTI memang semua kenal aku sebab arwah wan dan tok kedua-duanya agak terkenal dipondok tempat aku membesar. Masa umur 6 tahun, wan Din (Hj Fadzil Hj Shafie) meninggal. Tarikh pun aku masih ingat walaupun orang cakap tak elok ingat tarikh orang mati sebab katanya nanti lemah ingatan. (tak dapat dipastikan kebenarannya)
1994 aku dimasukkan ke darjah satu di Sekolah Kebangsaan Langgar. Di sini aku mula kenal dengan kawan rapat aku sampailah sekarang iaitu En. Ahmad Faris Ismail (aka PEH).Kedua-dua kami diletakkan di kelas 1 Melati. Waktu darjah 3 aku dan Faris dilantik jadi pengawas tapi Faris tolak. Dia takmau jadi pengawas. Masa tu jadi pengawas kantin saja sebab tolong jaga kantin masa budak-budak darjah 1 sampai 3 rehat. Bila dah naik darjah 4, aku dan beberapa kawan lain lagi dapat masuk kelas Mawar hinggalah darjah 6. Semasa di tahun 6, aku dilantik jadi ketua pengawas dengan Cik Ibtisam sebagai penolong. Masa tu taktau pun nak buat apa. Cikgu lantik jadi ketua, aku pun terima. Lucu kalau diingatkan kembali. Sepanjang tempoh aku jadi pengawas, cuma sekali saja aku pernah berada di pentas utama.Itupun sekadar membaca doa. Selalunya aku hanya menaikkan bendera. Mudah :)
Tahun 4 Mawar. Which one is me?
Masa di sekolah rendah jugak, awalnya aku tak sertai kelas Quran Tajwid (KAFA) pada waktu petang sebab nak tengok Gaban, Cyber Cop dan cerita superhero yang lain di kaca TV. Tambahan pulak, di rumah pun tok memang dah sedia ajar Al-Quran pun. Siap menangis-nangis lagi takmau baca masa tu. Entah la, sebab apa pun tak pasti. Aku ingat lagi, hari pertama aku di kelas KAFA tu ialah hari terakhir kelas tersebut sebelum cuti raya puasa. Masa tu baru darjah 3. In fact, satu-satunya sebab aku join kelas tu adalah untuk dapat duit raya!!! Aduhai...kanak-kanak sungguh masa ni. Namun lepas tu aku terus menerus pergi ke kelas KAFA setiap petang. Di sana aku kira aku mula belajar menjadi imam. Sebelum aku masuk, kawan aku si Hafizuddin yang selalu menjadi imam bila tiba giliran tahun kami solat. Tapi selepas tu, selalunya aku akan disuruh bergilir-gilir untuk menjadi imam. Semuanya gara-gara ada beberapa ustazah yang rapat dengan arwah tok. Cucu orang terkenal jugak barangkali aku ni. :P
Waktu keputusan UPSR diumumkan, aku hanya dapat 4A 1B. Sains dapat B! (entah macam mana sekarang ni ambik medic pulak kn? O.o) Mama memang dari awal-awal lagi plan nak hantar aku ke sekolah agama. Asas penting katanya. Lepas tu nak ambik apa pun ambiklah. Aku hanya apply ke dua sekolah saja. Maktab Mahmud dan Agama Kedah. Alhamdulillah aku dapat kedua-duanya. Mama prefer aku masuk asrama sebab katanya nanti boleh belajar berdikari sebab kalau masuk Maktab Mahmud aku tak dapat duduk asrama lantaran jarak rumah yang dekat dengan sekolah. So, tanpa berfikir panjang aku pun ikut sajalah cakap mama dan masuk ke SMKA Kedah. First time masuk asrama sedih jugak. Tapi sebagai seorang lelaki yang tabah, aku tak la pulak menangis-nangis ^^. Cool saja babe.
Sejak masuk sini aku kenal dengan dunia baru tanpa keluarga. Kebanyakan aktiviti semuanya dengan kawan-kawan. Hujung minggu saja selalunya mama dan baba datang melawat. Aku jarang outing masa di tingkatan satu tapi bila sampai di tingkatan 3, aku bukan sahaja selalu outing tapi siap buat extra outing lagi malam-malam. :P Masa tu ketagihan main counter strike dan nasik lemak 5 kupang (50 sen). Akhirnya kena sebat apabila kantoi dalam beberapa minggu sebelum PMR. (adik-adik yang baca blog ni jangan ikut ye perangai busuk ni!) Alhamdulillah la PMR semua lulus cemerlang. All A. ^__^
Sejak masuk sini aku kenal dengan dunia baru tanpa keluarga. Kebanyakan aktiviti semuanya dengan kawan-kawan. Hujung minggu saja selalunya mama dan baba datang melawat. Aku jarang outing masa di tingkatan satu tapi bila sampai di tingkatan 3, aku bukan sahaja selalu outing tapi siap buat extra outing lagi malam-malam. :P Masa tu ketagihan main counter strike dan nasik lemak 5 kupang (50 sen). Akhirnya kena sebat apabila kantoi dalam beberapa minggu sebelum PMR. (adik-adik yang baca blog ni jangan ikut ye perangai busuk ni!) Alhamdulillah la PMR semua lulus cemerlang. All A. ^__^
Tahun 2003 pertama kali aku betul-betul berjauhan dengan keluarga. Tapi kali ini hanya di Perlis. Sejam lebih perjalanan dari rumah di Langgar. MRSM Beseri banyak mendidik aku menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab. Aku dilantik jadi LDP (pengawas) lepas tewas pilihanraya (kempen bosan sangat, mananya nak menang kan!). Sewaktu di MRSM aku ditakdirkan oleh Allah untuk berjumpa kawan-kawan yang tak ubah dengan kawan-kawan lama aku di SMKAK. Kelas kami adalah antara yang paling senyap dan tak proaktif. Semuanya konon-konon segan-segan (malu) dengan perempuan. Tak ubah macam kelas di sekolah agama. Sampailah hampir-hampir SPM, baru la semua macam lebih "terbuka". SPM alhamdulillah, batch 19 MRSM Beseri telah berjaya mendapatkan tempat pertama di Malaysia. Kenangan di Beseri lebih kepada pencapaian dalam pelajaran aku kira. Sungguh aku rindui saat mendapat semula kertas-kertas peperiksaan yang tak terlalu banyak bertanda dengan pen merah dan markah tinggi-tinggi. ^___^. Namun sebagai manusia aku sedar yang ada kalanya kita di bawah dan ada masanya kita di atas. Sekarang mungkin waktu-waktu aku berada di kawasan bawah dalam roda kehidupan setelah puas mengecapi saat-saat berada di atas. Tapi itu tak bermaksud saat berada di atas itu akan hilang selama-lamanya kn? :)
LDP Batch 19 MRSM Beseri
Sementara menunggu keputusan SPM, aku bekerja sebagai juruwang untuk sebuah syarikat pembekal alat-alat tulis di Alor Setar. Pengalaman pertama aku bekerja. Lepas tu aku ditawarkan ke Kolej Mara Banting selepas puas berhempas pulas menggunakan Bahasa Inggeris menjawab soalan semasa sesi temu duga dengan pegawai MARA. Sebuah kolej yang tak pernah aku ketahui langsung! Mujurlah rupa-rupanya ada saudara aku yang anaknya pernah bersekolah di sana. Arwah Pak Chaq Yin yang tolong temankan baba untuk hantar aku ke sana. Anak arwah iaitu Abang Husnee dan isterinya adalah antara generasi terawal di KMB. Jadi mudah lah sikit nak cari jalan ke kolej mara banting tu. KMB aku kira adalah antara tempat terawal yang mengenalkan aku dengan "dunia sebenar". Aku boleh kira macam agak culture shock jugak awal-awal tu bila masuk ke sana. Bentuk-bentuk pergaulan yang tak pernah aku lalui dalam hidup aku kini menjadi macam satu kebiasaan di sana.
M05Q
Bukan apapun sebenarnya, cuma bergaul lelaki dan perempuan dalam kelas dan aktiviti yang mendesak sahaja. Sebab itu jugaklah aku rasa aku bertemu dengan pengalaman yang sangat berharga di kolej ni. Aku pertama kali jatuh cinta secara serius di sini walaupun nampaknya indah khabar dari rupa. Bukan rezeki aku, apa yang dirancang tak menjadi kenyataan. Mujurlah aku dapat bangun semula selepas tragedi tersebut. Itulah kali pertama aku kira aku dapat lihat kebenaran bila orang kata kalau putus cinta kadangkala pelajaran pun entah ke mana. Disebalik segala kesukaran di KMB, aku berjaya dengan nyawa-nyawa ikan untuk menempatkan diri aku di RCSI, Ireland. Sungguh bersyukur aku bila dapat tahu aku terpilih untuk ditemuduga ke RCSI. Terima kasih kepada Asma', Jannah, Izzah dan lain-lain yang tolong editkan essay aku untuk permohonan ke RCSI tempoh hari. Kalau korang semua tak tolong, entah di mana aku sekarang ni. Thanks a million lads. Saat keputusan temu duga keluar juga aku rasa antara saat yang tak dapat aku lupakan. Subhanallah.
30 September 2007, tarikh keramat aku menjejakkan kaki di bumi asing ini untuk terus menyambung sebuah episod perjuangan yang belum selesai. Hinggalah saat ini, masih jauh perjalanan yang perlu aku lalui sebelum aku kira aku boleh selesa dengan pencapaian aku. Semoga diri ini terus kekal tabah dan bersemangat.
Itulah sedikit sebanyak tentang sejarah hidup aku. Banyak perkara yang berlaku sepanjang 22 tahun ini. Setiap satunya ada singnifikasi tersendiri. Mengajar dan mendidik aku menjadiseorang manusia dan mudah-mudahan mendekatkan aku dengan-NYA. Makin banyak berjalan (makin lama hidup) makin banyak perkara kita belajar. Semoga semua yang berlaku dalam diari hidup aku, dapat aku ambil sebagai pengajaran dan dijadikan iktibar. Semoga korang semua pun dapat mengambil sedikit sebanyak pengajaran insyaAllah.
Ucapan Hari Lahir
Kepada mama dan baba yang dirindui serta adik-adik tersayang, terima kasih yang tak terhingga Along ucapkan atas dorongan yang tak pernah putus-putus walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Along mintak maaf sebab tak dapat nak beraya di Malaysia tahun ni. InsyaAllah tahun depan kalau ada rezeki kita beraya sekali. Terima kasih diucapkan kepada semua kaum keluarga yang terus menerus memberikan sokongan dalam meneruskan perjuangan yang penuh cabaran ni.
Suatu pagi di hari raya
Kepada rakan-rakan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan sentiasa memberi sokongan, terima kasih aku ucapkan. Tanpa kalian, aku tak mungkin aku macam sekarang sebab sejak aku 13 tahun lagi aku spend lebih banyak masa dengan korang semua berbanding keluarga sendiri. Kehadiran kalian walau untuk jangka masa yang sangat singkat dalam hidup ini sangat aku hargai. Semoga Allah kurniakan yang terbaik untuk kalian semua di dunia dan akhirat dan juga semoga kita sama-sama berubah menjadi lebih baik bersempena bulan Ramadan yang mulia ni.
Ekstra
Syukur pagi tadi aku dapat berita yang aku lulus peperiksaan yang baru aku duduki lebih kurang dua minggu yang lalu. Dapatlah naik ke tahun ke 3 perubatan di RCSI ni. Sesungguhnya inilah antara hadiah hari jadi yang paling manis pernah aku terima. ^____^
Pengajaran besar aku dapat lepas gagal dalam satu subjek tempoh hari. Semoga lepas ni aku lebih gigih dan tak lagi main-main. (aku sedang cuba sedaya upaya untuk tak main DOTA lagi dan kalau boleh nak kurangkan masa di depan komputer ni) Tekanan sungguh besar bila masa depan menjadi pertaruhan. Semoga hal macam ni tak lagi berulang di masa hadapan.
Akhir kata, selamat berpuasa dibulan Ramadan yang mulia ini dan selamat beribadah serta selamat hari raya (tak awal sangat ka? ^_^). Semoga ramadan ini mampu merubah kita menjadi individu yang lebih baik insyaAllah.Wassalam.
Ikhlas,
Muaz Adam Mohd Nabil
26 Kingsland Park Avenue,
Dublin
الحمد لله
This entry was posted under
Birthday,
catitan harian,
Current Issues,
Family,
friendship,
General,
ikhlas,
Kawan,
Kenangan lama,
love,
Peperiksaan,
Personal,
Raya,
Sahabat,
Semasa,
soal hati,
Special Occasion
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sep 13, 2009, 10:53:00 PM
salam muaz
maaflah aku terlepas birthday ko...
selamat hari ulang tahun bro...
semmoga ko akan sukses selalu
owh tahniah kerana lulus dalam exam...
risau gak aku fikir kalau ko tak lepas...
selamat berpuasa, beribadah dan selamat hari raya.... =D
Sep 18, 2009, 12:38:00 PM
terima kasih KA. :)