Warkah Buat Teman
4/19/2009 09:45:00 AM
By: Muaz Nabil
Hari ini hari Ahad.
Alhamdulillah, pagi ni aku selesaikan beberapa perkara.
1. tiket kapal terbang dua hala dari KL ke Kedah. Oh! Sudah tak lama rupanya nak balik Malaysia.
2. F1 China Grand Prix. (Red Bull 1-2, Brown GP 3-4, McLarren Mercedes 5-6! What a finish. )
3. Latihan kedua sebelum akhir kelab badminton untuk semester ini.
4. Kemas bilik sikit. (sambungan semalam punya acara)
5. Sebungkus biskut maryland choc chip cookies sebagai sarapan dengan Mi Wadi sebagai jus :D
Petang semalam aku cuba masak tom yam. ^^. Mudah saja sebenarnya tapi masih gagal. Lupa pulak nak beli serai. Dah la dengan babycorn yang dah habis dekat Dunnes. Tak ceria sungguh rupa tomyam aku semalam. Sesungguhnya masih, aku tak dapat nak gunakan kaki ayam 70sen tu (kaki ditambah peha) untuk masak makanan berkuah. Seriously tak dapat nak makan! Aku gunakan dada ayam dan bebola ikan walaupun agak mahal. (if you read this, hopefully u know why i did not eat makanan berkuah yang ayamnya tak digoreng/dipanggang separuh masak dahulu. Forgive me my friend). Bukan memilih, anggaplah saja aku macam orang lain yang setengahnya tak lalu (selera/selesa) dengan makanan laut ataupun durian. :D
Warkah di bawah ini aku tujukan khas untuk kawan2 aku di luar sana.
Wahai teman,
Apa khabar dikau di sana? aku harapkan engkau sihat2 sejahtera hendaknya. Bagaimana dengan peperiksaanmu? Aku doakan semoga engkau mendapat yang terbaik.
Tujuan warkah ini aku tulis untuk menyatakan rasa kesalku dengan sikap aku barangkali. Maafkan aku atas segala kesilapan wahai teman. Aku bukanlah seorang insan yang sempurna. Aku sedar, masih banyak benda yang perlu aku belajar terutamanya dalam berhubung dan menjadi seorang kawan. Kadangkala aku melampaui batasan mungkin. sakitkah hati engkau? Maafkan aku. Semoga kemaafan engaku membawa ketenangan dalam hati ini.
Dalam pada engkau kesakitan, aku sedar aku tak mampu berbuat apa2. Malah kadangkala aku masih leka dengan urusanku. Apatah lagi melawatmu yang beribu batu jauhnya. Sedangkan yang kurang sebatu pun aku jarang2 ziarah, apatah lagi engkau. Jarak memisahkan kita hanyalah alasan. Aku tak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang kenalan dengan sempurna. Aku sedar. Hanya doa yang mampu aku utuskan semoga engkau sentiasa sihat2 di luar sana.
Kiranya sudah terlalu lama aku tidak menjenguk/bertegur sapa, (walaupun di YM), bukanlah bermaksud aku lupa akan dirimu wahai teman. InsyaAllah, masih ada kenangan silam kita bersama yang tersangkut di ingatanku. Aku pentingkan diri barangkali. Aku rasakan semua yang berkaitan dengan diri aku patut didahulukan, terutamanya pelajaran (walaupun x study 24/7). Aku akui yang aku tak mampu berada bersama walau kau yang sedang dalam keperitan. Barangkali aku hanya seorang kenalan masa senang. Entahlah. Sukar aku tafsirkan diri sendiri.
Aku mungkin tak faham situasi yang sedang kau lalui. tapi percayalah, jika sekarang masanya kau rasakan kau perlukan seserang buat teman berbicara tapi tak siapa di sisi, apatah lagi jika sekarang masanya kau rasa kau perlukan seorang teman hidup tapi tak siapa yang sudi, aku faham akan siuasimu. Keduanya telah aku lalui. Perit. Aku faham dan aku harapkan kau sabar dan kuatkan diri. Semoga Allah sentiasa bersamamu. Sesungguhnya aku tak mampu berada setiap hari bersama. Bukan tak berkeinginan, tak mampu mungkin. Semua kita mempunyai tanggungjawab. Aku. Engkau. Kita semua ada. Mungkin engkau lebih banyak bertanggungjawab, itu sahaja beza kita wahai teman.
Maafkan aku sekali lagi kiranya terkasar bahasa dan apa2 saja. Semoga perkenalan kita diberkati dan diredhai Allah. Sesungguhnya tiadalah yang lebih baik melainkan redhaNYA dalam setiap amalan yang kita lakukan. Semoga berjumpa lagi di lain masa.
Wassalam.
Ikhlas,
Muaz Adam Mohd Nabil.
Pesanan penaja:
1. ni bukan entry jiwang, tapi sekadar luahan rasa buat teman2 lama yang dah lama tak bertemu. Juga buat teman2 baru yang belum pernah bertemu.
2. Kepada kawan kat UPM yang masih exam, All the best aku ucapkan especially buat Pakcik segan_orantua. I think i know who u are. XD
3. Buat yang sudah selesai exam, selamat bercuti. Doakan kami aku dan kawan2 lain yang bakal exam tak lama lagi.
Warkah Buat Teman
This entry was posted under
catitan harian,
Current Issues,
friendship,
ikhlas,
Kawan,
Resipi Masakan,
Sahabat,
Semasa
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apr 24, 2009, 12:58:00 AM
Faiz mana neh??
aku ka?
Awwww sebab plak credit kt aku
Jan 24, 2010, 2:34:00 PM
aku cilok dari Hard disk hg la. haha