Akibat Bermain api + Rindu

Exam tinggal less than 2 month from now. tapi study masih slow siput. mcm tak jalan langsung sebenarnya. Bila baca one of YM's status belong to one of my friend, rasa macam kena batang hidung sendiri. Dia tulis lebih kurang macam ni la, "not studying consistently or consistently not studying?". for me, the later is much suitable i reckon. Apalah nak jadi nih. Kesan terbakar belum sembuh. Api dah padam tapi, belum sejuk lagi kot tanah tu orang kata. Aku manusia, tipu gila kalau terus-terus takdak kesan terbakar macam superman.


Exaggerated effect

kalau dulu masa dekat kampung, selalu saja orang bakar sampah. Pembakaran terbuka. aku dan kawan-kawan nih kadang-kadang suka jugak main api nih. Nenek-nenek yang tinggal kat pondok tu selalu pesan, "jangan main dengan api. nanti terbakaq". apa lagi nak dikata, fitrah kanak-kanak kampung rasanya, lagi dihalang, lagila...dia nak buat. Yang bestnya, pandai pulak menjawab, "takpa Tok, kami duk jauh saja...guna kayu panjang kacau api tu...". Bila nasib kurang baik, bahang panas tu pun dah cukup untuk membakar. Tak perlu kena api secara terus pun. haha, ambik sebijik. kan dah terbakar! Inflammed due to heat. ^-^


Inflamed tissue

Kalau dalam pathology, bila dah inflammed ni, banyak neutrophil akan muncul di kawasan yang inflammed tu. Inflammatory mediators akan dirembeskan. Inflammation nih penting. Satunya, it helps in healing. Kira macam starting point la. tanpa inflammation, wound healing tak mula sebab nanti sel-sel yang perlu untuk proses penyembuhan tidak akan diaktifkan. Sebelum boleh sembuh, tu masa yang agak lama kadangkala diperlukan bergantung kepada tahap keseriusan inflammation tuh. Sakit dulu baru boleh sembuh. ^o^. oh, kenapakah begini? sebab manusia perlu belajar dari kesakitan?

Sakit menguji kesabaran, tahap kematangan, kesungguhan untuk sembuh serta turut menguji tahap keupayaan badan untuk melawan kesakitan. Redha sajalah. Tapi itulah, kalau dah terbakar teruk sangat, lama la nak sembuh...pasti ada kesan terbakar nanti. Kalau untuk wound healing bagi cut, sehebat mana pun proses penyembuhan tu, kekuatan kulit asal tidak akan dapat kembali 100%, the best is 80%. Itupun selepas 6 bulan!! oh, lamanya. Nasib baiklah ini bukan kesan potongan. Terbakar saja barangkali. Dalam masa yang sama jugak, hidup mau jalan beb. walaupun kurang produktif!!! Contoh paling jelas, weekend kali ni. Sampah! Next time, no more staying at home harapnya. tak jadi kerja. U know what i mean kan? :)


Berbalik kepada kisah zaman dulu-dulu. Oh, seronok sungguh bila dikenang semula. Hidup di kampung. Pagi ke sekolah, petang kalau tak di padang bola, samada bermain wau, guli, gasing ataupun 'aci ligan' di keliling kampung. Waktu kelas Quran Tajwid petang-petang, main jugak, kalau tak sempat habiskan, lepas tu boleh sambung terus. XD best lagi kalau main 'police entry' which i think police and thieves kot. haha. tah la. lain dari tu, berlari-lari dalam hutan renek sambil mencari buah getah untuk 'berlawan' pun best jugak. Tengok siapa punya buah getah yang lebih kuat.


batu nisan di kampung aku bertarikh 3 Rabiulawal 291 Hijrah bersamaan hari Rabu 25 Januari 904 Masehi

Haha, kenangan sungguh. Rindu kampung. Aku nak balik!!! Tinggal lagi dua bulan penuh sebelum aku berangkat menuju ke kampung halaman. Sudah dua tahun aku tinggalkan. Ya Allah, panjangkanlah umur ini semoga aku dapat menatap wajah kedua-dua ayah dan bonda yang dah lama aku tinggalkan. Oh, rindunya. Ditambah dengan rasa sunyi ini, adoila...tak mampu aku fokus dua tiga hari lepas. Rosak hujung minggu aku!

Adios.

Nota:
1. Selamat Hari Jadi ke-47 buat ayahanda tercinta, Mohd Nabil Bin Haji Fadzil. Semoga baba dan mama sentiasa berbahagia, murah rezeki dan sihat-sihat selalu. Jaga makan. Cholesterol tak sihat. Ubat doktor bagi jangan tak makan. nanti cek balik, kita buat pemeriksaan cardio percuma. Hehe

2.Pech, ingat lagi aku ligan hang dalam hujan, pastu baling-baling selipar masa Quran tajwid? Esoknya mak hang marah aku kat kantin. haha, tak mampu aku lupakan. dah 13 tahun tragedi berlalu.

3. Aduhia hati ini, cukuplah mengharapkan sesuatu yang tak mungkin dicapai. Macam mana nak ke marikh kalau memang dah tahu tak mampu nak beli sut angkasa dan jugak bayar tambang kapal. Apatah lagi masa yang sangat lama perlu untuk ke sana. Cukup-cukuplah oh hatiku yang satu.


Share/Save/Bookmark

World Economic Crisis for Dummies


The Crisis of Credit Visualized from Jonathan Jarvis on Vimeo.


Credit to Mr. Ahmad Afiq Rhazif (a.k.a Butcher), RCSI, 2nd Med.


Share/Save/Bookmark

The Game

Ini cerita zaman dlu. Masa sekolah menengah dan jugak KMB sikit2. Begini cerita dia.
Dulu aku main basketball...

Sebelum masuk MRSM Beseri, aku pernah siap wakil sekolah lagi. Tapi kami kalah teruk la. Budak2 sekolah Keat Hwa dan sekolah2 cina lain tu pandai main. Kami ni team belasahan saja. Cikgu Pian siap cakap lagi awal2, kita masuk ni memenuhi jemputan...haha. Lawak betul. Sebelum lawan lagi macam dah mengalah. Adoila...



Lay-up or dunk? Your choice!!!

Tapi walaupun macam tu, kami berlatih sungguh2 la. Setiap petang tu berlatih! Masa tingkatan dua aku sempat main lama jugak la. Sampai masa suka keempat tu, aku masih boleh main lagi. Dalam suku kedua rasanya, skor masih lagi 0-30 kot. macam tu la. Cikgu Pian dengan selamba ja jerit dekat Syafia ka sapa tah, katanya kalau kalah smpi kosong, nanti semua balik jalan kaki. Tapi sebab tengah main, kami pun buat dono jela. Main ja... depa kata. Lepas separuh masa, waktu nak masuk suku ke 3, waktu rehat budak2 sekolah Keat Hwa tu. Depa mai la turun skali tengok game yang tengah berlangsung. Aduh.. sedih masa ni. Kami masih lagi kosong....haha. Cmanya sebelum masa rehat, xdak penonton, so x kisah sangat la walaupun main macam sampah sikit kan. haha. Sekolah ni special sket sbb ada court yg mcm mini stadium, tu pasal depa ja jd host every year.

Sampai la sekali tu, dalam suku ketiga tu a. sapa tah shoot 3 point. MASUK!!!! so kami pun dapat la 3 mata awal....dan lepas2 tu. kami ada la tambah sikit2 lagi. kalah keseluruhan 100+ berbalas 13 kot kalau tak salah. Main kalah mati kan, so kalah tu, terus balik la. Dalam bas balik tu depa duk sembang2. pakat2 tnya berapa kali hg kena block? Dalam erti kata lain ialah how many of your last shot was rejected. Semua pakat2 duk kira, kebanyakannya semua kena reject dalam berbelas2 kali jugak la. aku pun tak terlepas. ya la, dah kita ni pendek, nak jugak buat lay-up, kena la block. yg shoot jauh pun sama jugak nasibnya, hantar straight to the basket, tak naikkan bola ke atas, kena la jugak block... :p Semua duk gelak2 la. Aku pun tumpang sekali walaupun aku junior lg dalam team. Baru form two masa tu kan..haha

Dalam duk gelak2 tu, depa tanya lagi. Tak rasa malu ka kalah teruk sgt? Syafiq dengan tenang dan muka penuh tak bersalah senang ja cakap, "biasa la tu. mmg dah tradisi..." pecah lagi kami bergelak dalam bas tu. Lepas tu syafiq sambung lagi, dia kata "aku tak kisah kalah, tapi malu gila bila kena block bawah basket tu. dah nak masuk dah tu, damn....rejected!" Lebih pedih ialah ketika suku ke-3. Ada penonton pulak masa ni...sebab awal tu bukan masa rehat budak2 sekolah tu. Sekarang waktu rehat. Dekat nak penuh jugak la mini stadium usang tu. Awal tu kalau shoot tapi kena reject pun, tak dak orang luar (ie: penonton) tengok. tapi bila dah ada orang tengok, pergh...sedih seh. haha. Kalau sama2 pemain, depa tak kisah la cuma kalau pemain2 tu cakap2 kat belakang kutuk kata kami tak pandai main ka apa, terpulang la. Tak dak semangat sportsmanship la kalau camtuh. Semua benda relax2 dalam gelanggang sudah la. Kan kan? Penonton bukan main lagi la. siap ada yang duk perli2 tuh. aduh...lebih dari pemain kalau bab2 nak mengata belakang.


Rejected!!!

Tapi bila ada penonton, diorng pun tumpang gelak la sbb kami main mmg hancus...tambah pulak shoot yg last minute kena block kan, aduh la... sungguh2 nmpk smpah org yg shoot tu. Tapi tak pa ja sbb kami ni memang dah diketahui umum jenis yang kalah ja every year, so sebelum masuk wakil tu pun kira dah pekakkan telinga la. Main sudah..we try our best. Ada rezeki dpt jd mcm team perempuan SAINA tahun tu. Menang dengan team Keat Hwa tu....amik satu korang...haha.

Tahun lepas tu pun aku join lagi. Biasa la, once dah wakil sekali, selalunya wakil lagi la tahun depan. Tapi nasib lebih malang buat aku tahun tu (masa form 3). aku sempat main smpi separuh masa ja sbb aku dah buat 5 fouls. Damn... bnyk seh buat foul. Haha, rezeki tak dak tahun tu walaupun kami kalah dengan lebih bergaya (20-63) setelah Sofi dan Azri banyk membantu. Depa tak main last year, aku yang ajak depa join sebab tgk duk main bola tampaq saja walaupun depa boleh la jugak main basketball ni kan. haha.

Dekat Beseri aku tak wakil sebab Nashriq Awe, Rahman, Fira, Afiq mustahil and the geng sgt2 hebat. Tak terlawan aku. so aku pun main waktu petang2 jela dgn classmates aku mcm kimi, haziq, abang hakem hensem (phewwit, sori hakem :P) Ada jugak sekali sekala macam masa minggu aktiviti game basketball mcm tu, tapi aku tak pernah menang kot masa kat Beseri, tak dak medal la pulak seingat aku. ^-^


Kenangan. KMB basketball court

KMB, bermula kembali la zaman kenaikan sikit2. ^^ Aku noob jgk kat sana, tapi layan jelah. Aku selalu main petang2. Bertukar-tukar dgn bola, jogging bersama-sama ijoi, faiq (bukan faiz bob ye :p) faimee dan lain-lain. Waktu sukan rumah tu, aku satu team (Team Ungu) ngan Skepang, Abraham dan semua2. Kitorng johan... Basketball 3 on 3 competition pun kami menang gak. Yang tu masa first year. Skepang jambu abang ref tu kot. haha. mcm berat sebelah aku rasa. tp no worry, asal menang. yeeha. Dekat sini pulak, aku jarang2 main, kdang2 ada la duk shoot dua 3 kali kat RCSI baskteball court tu. Tapi dah lama jugak tak try shoot ni. Malas dah nk ke gelanggang tu sbb dah base kat Beaumont saja sekarang ni. huhu

So, macam tu saja la cerita aku tentang basketball ni. Saja menulis sbb tiba2 teringat kawan2 lama yang duk main sekali tapi dah lama tak jumpa...semua pun duduk jauh2 skrg ni. Nashriq awe, bila mu mau mari sini? Dekat molek German tu... :p summer nnt eh kalau ada rezeki kita jumpa. ^^
okes, adios...

P/s: Pesanan buat pemain lawan, kalaupun dah reject masa kami nak score tu, xyah la nk bising2 dekat penonton pulak. Sedih dowh kami yang memang sedia kalah ni. ^0^


Share/Save/Bookmark

Engraved

Order status:

IPOD SHUFFLE 4GB BLACK PRSNL-ZOO
Image
Engraved

It'll be here by next week, InsyaAllah.
Sebuah hadiah buat hati yang sedang lara.

*EDITED*
-Alhamdullillah...the item safely arrived today (26/03/09). Thanks to my neighbor for accepting the item on my behalf. Thanks also to 'besaq' yang tolong amik td. XD yezza....-

P/s: Buat sahabat misteri di UPM sana, semoga tenang hati dengan keputusan yang bakal diambil. Semoga DIA menunjukkan jalan untuk kamu dan memudahkan segala urusan. Doaku sebuah ketenangan buat hati kamu yang berbelah bahagi. wassalam.


Fighting is prescribed for you and ye dislike it. But it is possible that ye dislike a thing which is good for you, and that ye love a thing which is bad for you. But Allah knoweth and ye know not. (2:216)


Share/Save/Bookmark

$tR3$$

How to know that you actually facing one?
Does loss of concentration count?
What about disease that surfaced out of blue?

too many things happen lately,
too much stuff to deal with,
too many notes to be studied,

I constantly pray that i get back all the peacefulness,
if not better, at least the normal kind,
the kind that i used to have,


O Allah, grant me strength,
and energy that i need to face to the situation,
Thee alone I worship; Thee alone i ask for help.


Share/Save/Bookmark

Life goes on

To my dear friend X,

Past is past. No matter what you do it wouldn't change, maybe not that much even if there are any. No time to sulk and cry over the past. Let alone to drop a tears again for something apart from HIM if you never cry for your sins. It not gonna change anything. Let it be another history of your long long journey. trust me, time will heal. Be wise, move on.


so now, look forward and go straight. No more left or right turns. just go straight. The path is not that clear but you know that the ending is somewhere in front. Once the haze recedes, it may be clearer. Once you see the actual path, move on. Don't just stay put. even if there is a big wall in front, jump if you can, climb it if its too high. move on. If there a big hole, jump across. Try not to fall into. If there is a river, swim or use a bridge if available. Use whatever you can to move forward.

The energy drive? HE will decide. HE will give you the strength. Believe in HIM! You neither get tired nor faint. HE is the one that provide the energy, if there is no food available, HE will send you something else as a replacement. You might find some stall to shop by along the path. You might also meet some nice people give you their extra food. Believe in HIM and everything is doable. Trust in HIM and you journey will be easier.

Pray to HIM to ease your journey, to grant you strength, to guide you from astray, to enlighten the dark path, to protect you against the devil and to be with you all the time.

May you finally reach the ending of this unpredictably long journey in one piece.


Notes:
1. I received a shocking news from afar about this friend of mine. I don't want to elaborate it in detail. enough said that it is something very bad.
2. The same thing kinda happen here too. Luckily that it was not that devastating. Seems like this month is a heart-breaking month maybe. Keep strong and stay focus dude.
3. On the other hand, some people are very lucky to start some good progress towards their dream. May you be able to hold on to the right path.
4. Even the two fiancee should know their limit if you know what i mean.


Share/Save/Bookmark

Brutally Honest

Salam wbt dan slm sejahtera semua,

Ni malam ni aku tujuan satu ja nk menulis ni. sekadar nk kongsi apa yang aku rasa berkenaan beberapa benda yang berlaku kat sekeliling aku. sebelum baca, aku nk bg amaran dulu. sapa2 yang rasa x tahan dgn ayat2 pedas dan bahasa2 kasaq jgn baca. nanti luruh jantung tgk gaya aku menulis entry ni. ok, dah sedia? silakan.



Imej Hiasan semata-mata (edited)


1. orang tanya, hang x p ka international night?
Aku: xpa jelah. thx. aku x bercadang nak ke disko lg. Like i care whatever yang korang panggil tempat tu. for me, its disko! aku bkn x bercadang nk p, tapi aku takut satu benda ja, bnda2 x elok ni aku tkt melekat nnt. korang malaikat, boleh la join. aku setan, tkt2 nnt p aku melekat. korang nasionalis, syngkn melayu, bgus la menari2 tunjukkan kat orang luar budaya kita. :)
aku x pndi bab2 agama ni. aku tau satu benda ja. event suka2 tmbah arak2 ni, xleh p. mak aku pesan tu je. tatau la korang. bdk2 skolah agama pun ada kn. whatever jelah....tp org2 alim pun ada kat sana kan, so event tu halal la kot kn? Hambek satu!!! demi malaysia, agama aku letakkan kat tepi ye. :D
jgn cakap aku baik pulak sbb x p. aku x p sbb dosa aku dah bnyk. kan aku setan. korang xpa la malaikat. aku yg duk dpn comp ni pun dah bnyk dosa lagho. korang baik2...xpa. p ja. bgus gak tu. tunjukkan kita ni bercampur2. lagipun kalau teringin sgt nk tgk camna dalam disko tu, aku usha youtube sudah...ada punya... :)

2. Orang tanya aku lagi, ko xnak masuk usrah ka? nnt mudah kawin? nnt kitorng letak la ko dgn org2 yg ko prefer...buat kerja sama2...
aku cakap: xpa jelah bang. thx. kalau aku masuk sbb aku nk kawin ja, tq so much. aku usaha sendiri rasanya lg ikhlas kot dari nk buat bnda2 baik tp x ikhlas.
-kawan aku yg x join usrah2 ni bila aku crita bnda ni kata sedih sungguh... niat baik, tapi...xpa jelah ye. aku jg diri elok2 pun dah ok. org join usrah2 ni pun ssh gak kalau x pndi jaga diri. kalau tgn pun sampai ringan, kaki goyang2, tup2 masuk kelab malam, duk jadi fitnah pulak kat agama kn? lu pk la sniri.... piap! nah sebijik lagi. nih nak bagi sebijik lagi. kalau yg dah masuk usrah tu, xyah la nk judge2 org nk rasa diri tu hebat pulak. xyah nak rendah2kn org yg x join apatah lg sbb org tu x join kumpulan kita yg kononnya semua betoi! nabi x ajar kot kita membangga diri. aku xtau la btol ka x. aku x hafal sgt hadis2 ni. aku tau dari org2 cakap ja. sahih ka x ka, maaf la ye. gua bukan alim mcm korang. tapi org melayu pun ada cakap, lg berisi lagi menunduk. jgn sbb berisi perut meningkat ja br nk tunduk lena!

3. orang tanya pulak, awat aku kera sumbang?
aku: owh, xdak la sumbang sgt...biasa2 ja. ada ja kawan aku, faiz, rifhan ,yunus, arep, malik, ihsan etc. jgn cakap aku gay plak sbb suma laki. pandai2 la jg hubungan mat oi. mak aku pesan x bg kawan lebih2 ngan ppuan, keep it professional sudah... yang nak kawan btol2 yg nk buat bini sorang sudah... aku cakap lagi, korang yang mesra terlebih awat pulak? xtau batasan? lu x blajaq ka especially yg dlu skolah2 agama? ilmu mana weh? simpan dalam poket? sbb tu org cakap ilmu tanpa amal mcm s***. yang jenis naqib2 pun mesra lebih ngan ppuan awat pulak? bab agama boleh bermesra2? baik ilmu sikit tp beramal woi. sbb tu nabi hantaq Mus'ab p madinah masa awal2 tu. dia br ja pun masuk islam kn kn? abg2 kak2 skolah agama betolkn aku kalau salah ya. aku pun bukan la baik sgt. aku kawan ja ngan ppuan, siap kadang2 main badminton skali lg tuh. apa lu mau cakap ha! tapi mau tau a limit. tambah2 jenis2 naqib2 ni. nak ja aku ketuk pala sorang2. tapi tgn aku lembut, tak macam tgn korang. bgus la. teruskn la kalau lu rasa yg lu buat tu betol. jgn smpi nanti jd fitnah kat agama sudah. nah amik lagi skali!

3. Kebelakangan ni hang macam poyo romantik ja. ada apa2?
aku reply: lu jaga tepi kain seniri boleh? kalau x reti jugak, jaga tepi kain rifhan ka, faiz ka, sapa2 jelah yang lain. bukan aku! ada paham?! tak paham jugak meh datang rumah aku (hanya untuk laki2), aku masak sardin jamu, baru nak faham kot. erk. (apa kaitan nih?) setiap org ada la masa2 dia nk privacy sket. jgn la duk sebok2 konon2 amik berat. selama ni tak pernah kalut nak tanya awat yang la ni baru duk kacau. aku share tu sbb nk bg org2 tertentu baca a. lu apa sibuk! tkt kena awek hg ka yg aku kacau? lepak a bro. ada jodoh x ke mana pun. xdak jodoh, xdak rezeki a. kalau org lain boleh tawakkal, lu xleh ka? yg lu duk usung awek mana tah sana sini tu dulu sapa suruh? konon macam ikhlas, tapi, haprak! kalau ikhlas, kawin jela, duk bawak anak orang p sana sini sapa suruh. sbb xdak pak dia kat sini hang berani a, kalau ada cuba a tgk. tp kalau ada pun pak dia x kisah. rezeki hang la...harapnya ada keberkatan la nnt lepas kawin ya. tu pun kalau kawin...

5. Awat yang hang emo tiba2 ni?
aku kata apa: saja...dah lama teringin nak cakap, tapi aku xdak skill nasihat2 org ni. kalau level iman tu, org2 usrah ni kata kita ni yg paling rendah la. yg jenis duk halang dgn hati saja. membenci kemungkaran tp x buat apa2 untuk ubah. yela...aku x masuk usrah2 ni. kurang minat. nanti dpt hidayah mcm korang, aku rajin la kot. untung la korang dpt hidayah awal2 ni. semoga sentiasa istiqamah la. lagi satu aku x pandai nk tegoq2 orang. xdak hikmah. nnt aku tegoq direct korang cakap aku marah pulak. so aku tulis jela kat sini. sapa2 yg baca, rasa kena batang idung seniri, pandai2 la lu beb. AKU X KISAH APA HANG NAK CAKAP! hambek semua ni kalau rasa kena bkn stakat kat batang idung, patah kaki pun aku x kisah! like i care!!!!

tulus ikhlas,
AKU YANG TENGAH MENGANTUK!

p/s: aku tulis ni setelah dpt inspirasi bila baca blog nih http://keretamayat.blogspot.com/. tgk a bg sapa2 yg ada masa


Share/Save/Bookmark

Nikmat terjatuh


Selepas dua kali terjatuh, aku masih mampu bangun. Menggagahkan diri menentang kesakitan. meneruskan perjalanan panjang yang penuh misteri.

Terjatuh itu satu nikmat,
terjatuh mengingatkan aku
yang terlupa dua kaki masih utuh di badan,
diri ini tidaklah sehebat mana

terjatuh menyedarkan aku dari lena dan
mengejutkan diri ini yang berkhayal bermimpi
membuatkan aku terus bangun
dari tidur yang berpanjangan kembali ke alam nyata

Kalau seorang seorang guru ulama bisa terlepas,
si penunggang basikal bisa terbabas,
seorang juruterbang bisa membuat kapalnya terhempas,
apalah dayanya aku seorang pengemis jalanan,
menghalang dirinya dari terjatuh

dua itu sedikit,
tapi sakitnya tak terhingga,
ditambah pula yang ketiga,
hanya Tuhan saja yang mengetahui segala,

entah apa akan jadi kalau aku tidak terjatuh?,
mungkin masib berlari kencang,
sambil lupa akan nikmat tuhan,
yang selama ini aku dustakan,

namun kini aku bersyukur,
jatuh itu membuatkan aku sedar,
menjadi lebih matang dan berhati agar,
aku tidak terjatuh di tempat yang sama lagi, dua kali.


Share/Save/Bookmark

Salam Maulidurrasul



Harini hari istimewa. Harini hari kelahiran seorang manusia agung. Siapa dia?

Pastinya tidak lain dan tidak bukan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Rasullullah dilahirkan pada tarikh ini lebih 1400 tahun yang lampau iaitu pada 12 Rabiulawal. Atas kesungguhan baginda dalam menyebarkan ajaran Allah ini, kita yang berada begitu jauh dengan baginda masih dapat menikmati nikmat ISLAM. Bersyukurlah kita walau cara mana sekalipun kita menerima nikmat tersebut, baik secara warisan ataupun melalui hidayah.

Semoga di hari kelahiran baginda ini, kita mampu menunjukkan rasa kecintaan kepada baginda dengan memperbanyakkan selawat, membaca/menghafal Al-Quran dan mengamalkan sunnah-sunnah baginda yang lain. Semoga dengan itu kita akan dapat merasa lebih dekat dengan baginda Rasulullah SAW.

wassalam


Share/Save/Bookmark

Angin Musim Bunga

Sempena musim yang bakal berubah, semoga diri kekal dan menjadi lebih baik. Permulaan sebuah episod baru ditemani musim baru.

Secebis roti, tuna dan sebotol pepsi kola,
menjadi teman diwaktu tengah hari,
bersaksikan bangku coklat dan berpayungkan awan biru,
aku menikmati angin musim bunga.


aku hirup angin musim bunga sedalam mungkin,
angin musim bunga kurang sejuk,
tak sendirian angin musim bunga,
ditemani sang cahaya matahari.

angin musim bunga tak lama,
tiga bulan lebih saja,
namun dia telah berjanji dengan temannya,
tahun depan kita jumpa lagi,
waktu dan tempat yang sama

angin musim bunga membuat kanak-kanak tertawa,
melompat ditemani ibu, bapa atau keduanya,
tak endahkan insan lain di sekeliling,
comel, jadi tak kisahlah apa yang dibuatnya.

aku hirup air pepsi kola sambil memerhatikan taman bunga,
macam biasa aku sudahi dengan gula getah,
membawa diri berjalan ke musolla,
sambil menghirup angin musim bunga.




Share/Save/Bookmark

What i think about life lately

1. It is sometimes annoying when people are 'over' in everything that they are doing including a good ones.
2. Life is full of mysteries. One time you predict this going to happen, next moment u realize it wasn't even close. even your past experience sometimes is not so helpful.
3. It is unfair to judge one's belief because if not than, don't call it a belief. what you can do is tell them what you think is true and guide them if they are willing to. NO USE OF FORCE PLEASE!
4. It is good to have an opponent especially in politics coz sometimes when you are toooooooooooo long in power, the tendency to misuse it is TOOOOOOOO great. at least they can tell what you are trying to hide though both side is actually have something in their mind. EVEN IN PALESTINE!
5. It's hard to focus on lecture when you are always sleepy. you might end up dreaming in a class and having a paroxysmal jerks. ^o^
6. Having enough 7 hours sleeps doesn't guarantee you not to take a short nap on class while at the same time, the lecturer is actually staring at you. Phew...
7. you cannot run away from love. be it loving others, wants to be love and etc. but what makes you a wise man is how you handle it.
8. Microbs sucks! big time!
9. 3 months is not too long but unknown length of waiting is pretty devastating.
10. Being patient is a bit difficult lately.
11. you cannot run away from your friend no matter what coz sometimes they are the one u turn to when u need help. Appreciate them!
12. i'm very hungry at the moment. need to take some dinner. ^^

bye...


Share/Save/Bookmark

Harga Sebuah Persahabatan




Tajuk serius kali ni sebab memang akan bercakap tentang perkara yang serius. Persahabatan. Menurut tafsiran aku ialah suatu bentuk hubungan yang lahir antara dua individu hasil perkenalan untuk suatu jangka masa tertentu. Hubungan yang lahir tu tidaklah melebihi dari apa yang umum selalu sebutkan sebagai kawan.

Entry kali ini aku tujukan khas buat seorang kawan lama. Hampir dua tahun dah tak jumpa sebenarnya. Kali terakhir mungkin masa hari-hari terakhir di KMB. Ya, dia rakan sekelasku. Pernah kami sama-sama bertungkus lumus, berusaha untuk menghabiskan program IB. Alhamdulillah, rezeki kami di luar negara cuma belum sempat lagi berjumpa setelah masing-masing ke uni yang berlainan. Dia antara individu yang sangat aku hormati di kalangan rakan-rakanku. Tiada apa lebihnya barangkali rakan aku yang sorang ni melainkan peribadinya aku kira. Dia tidak seperti kebanyakan mereka yang aku kenal. Namun setelah hampir dua tahun dalam kelas yang sama, aku kenal sikit-sikit tentang kawan aku yang sorang ni. Mungkin jugak apa yang aku nampak hanyalah cebisan dari diri sebenar kawan aku ni, tapi kalau cebisan cebisan inilah yang menyembunyikan kumpulan emas di bawahnya, aku yakin tak rugi bersahabat dan berkawan dengan orang yang macam ni.

Sesuatu sebenarnya telah merangsang aku untuk menulis kali ni. Bukanlah untuk memuji dan menyajung seorang kawan. Tapi sebenarnya kerana terkejut setelah aku baca reply YM kawan aku yang sorang ni. Betapa walaupun sudah lama tak jumpa, tapi aku dapat kesan keikhlasan kawan lama aku ni dalam bersahabat. Bagaimana dia tidak langsung teragak-agak untuk menyatakan TIDAK kepada seorang kawan lain yang cuba untuk mengorek rahsia peribadi seseorang. Terserlah di situ suatu ciri individu muslim. Pastinya aku barangkali pun sukar untuk jadi macam tu. Kalau bab bergosip ni, susah la sikit kan. Cuma baiknya, kita jangan mula. Peringatan untuk diri sendiri dan semua.

Akhir kata, lucunya sebuah email menjadi spam, keperibadian seorang individu dan jugak sebuah persahabatan, pastinya akan aku kenang sampai bila-bila.

wassalam.

Yang Ikhlas,
Muaz Adam Mohd Nabil


Share/Save/Bookmark