Andainya aku mampu
12/13/2008 08:59:00 PM
By: Muaz Nabil
Andai aku mampu,
akan aku bukakan segala rahsia hati ini,
dalam bait yang paling sempurna,
biar kau sedar dan tahu,
akan ikhlasnya aku.
andai aku mampu,
akan aku jadikan segala impian,
segala cita-cita dan angan-angan,
semuanya sebagai kenyataan,
agar engkau bahagia.
namun,
aku hanyalah seorang insan kerdil,
tak siapa pada pandanganmu,
aku sedar dan kerana aku masih waras,
tidak aku luahkan segalanya,
aku tahu,
bukan tempatku sempurna untuk dirimu,
jikapun engkau tahu rasa hati ini,
mungkin juga tiada bezanya.
apalah guna bercakap dengan puteri kayangan,
kalau sekadar di pintu istana,
sedangkan si puteri,
menunggu putera idaman,
yang pastinya,
bukan aku.
akan aku bukakan segala rahsia hati ini,
dalam bait yang paling sempurna,
biar kau sedar dan tahu,
akan ikhlasnya aku.
andai aku mampu,
akan aku jadikan segala impian,
segala cita-cita dan angan-angan,
semuanya sebagai kenyataan,
agar engkau bahagia.
namun,
aku hanyalah seorang insan kerdil,
tak siapa pada pandanganmu,
aku sedar dan kerana aku masih waras,
tidak aku luahkan segalanya,
aku tahu,
bukan tempatku sempurna untuk dirimu,
jikapun engkau tahu rasa hati ini,
mungkin juga tiada bezanya.
apalah guna bercakap dengan puteri kayangan,
kalau sekadar di pintu istana,
sedangkan si puteri,
menunggu putera idaman,
yang pastinya,
bukan aku.
Andainya aku mampu
This entry was posted under
soal hati
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dec 20, 2008, 9:43:00 AM
when the exact time comes, Allah will ease your path to it :)
Dec 20, 2008, 12:17:00 PM
insyaAllah...
Dec 20, 2008, 3:54:00 PM
ni sajak ka gurindam nih?hihi:P
Feb 28, 2009, 5:13:00 AM
bangga nya ade jgk org ske lgu westlife..i'm a big fan of westlife for almost 10 years!bkn sng nk jmpe pmint diowg yg len..huhu.. trutamanye laki...so, as a big fan of westlife, i would like to say thx cos mnt lgu diowg...huhuhuhu...
bangga nya...
Feb 28, 2009, 5:47:00 PM
haha, personally i think ramai ja lelaki yg minat. at least some of my friend do likes them but its just that they didn't disclose it. afraid of being said jiwang mb. lol