Andai aku mampu,
akan aku bukakan segala rahsia hati ini,
dalam bait yang paling sempurna,
biar kau sedar dan tahu,
akan ikhlasnya aku.

andai aku mampu,
akan aku jadikan segala impian,
segala cita-cita dan angan-angan,
semuanya sebagai kenyataan,
agar engkau bahagia.

namun,
aku hanyalah seorang insan kerdil,
tak siapa pada pandanganmu,
aku sedar dan kerana aku masih waras,
tidak aku luahkan segalanya,

aku tahu,
bukan tempatku sempurna untuk dirimu,
jikapun engkau tahu rasa hati ini,
mungkin juga tiada bezanya.

apalah guna bercakap dengan puteri kayangan,
kalau sekadar di pintu istana,
sedangkan si puteri,
menunggu putera idaman,
yang pastinya,
bukan aku.