Alhamdulillah,


Syukur setinggi-tinggi kepada-NYA kerana masih memanjangkan usia misteri ini untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha semalam.

Hari Raya Aidiladha tahun ini ada positif dan negatifnya.
Positif:

1. Kali pertama sambut hari raya aidiladha di bumi Dublin. Last year aku masih di Marsielle , France dan tak pun berkesempatan solat sunat Aidil Adha di sana.
2. Ada satu kelas saja semalam. Mula pukul 8 dan habis pukul 9 pg. Jadi disebabkan solat di Malaysian Hall mula pukul 9.30 pg, aku dan rakan2 dari RCSI (kebanyakannya pelajar tahun 2) sempat untuk bersolat berjemaah di sana bersama duta baru Malaysia di Ireland, Yang Terutama Raja Nazrin Syah. (bukan pemangku sultan perak tu tau. :P)


Some of us. 2nd med RCSI together with Abdul Malek Dredar from USA

3. Abdul Malek Dredar turut sama menyambut Aidil Adha bersama-sama pelajar Malaysia yang lain. Malek adalah antara foreign student yang aku agak rapat dan sangat seronok bila kadang2 dapat bersembang dengan dia ni.
4. Masih boleh berbaju melayu ke kuliah. Happy tgk kebanyakan pelajar melayu lelaki berbaju lengkap. Ada la suasana di Malaysia sikit. haha
5. Malam semalam, aku tak perlu masak sebab semua kedai halal tutup...ditambah dengan rasa malas pulak kan...best sungguh... :D


Selepas kuliah



Bersama coach badminton dan juga jaguh badminton Dublin, Hafyz (4th Med RCSI)

Negatif:

1. Raya kali ni dalam suasana muram. (tiada hari yang cerah) Hujan hampit sepanjang pagi... huhu
2. Tak meriah. Banyak orang ada kelas dan hanya ada satu rumah dua rumah terbuka. Aku hanya sempat ke rumah Tuan Haji Fauzi.


Suasana di rumah Haji Fauzi

3. Aku dan rakan-rakan serumah tak sempat nak masak apa-apa sempena raya sebab semua sibuk.

Apapun, cukup bersyukur sebab masih lagi boleh meyambut Hari Raya dengan sederhana dan alhamdulillah...cuti pun dah semakin hampir menandakan exam dah tinggal kurang dari sebulan. So...jom, kita pulun untuk final exam for Junior Cycle.

Salam Aidil Adha untuk semua...