Selamat Hari Ibu
5/11/2008 09:02:00 PM
By: Muaz Nabil
Selamat Hari Ibu
Mama,
Along tau bahawa kasih sayang mama tak pernah berbelah bahagi walaupun along ini kadangkala lupa dan leka akan tanggungjawab along sebagai seorang anak.
Berkat kesabaran dan kesungguhan mama, along kini sudah belajar banyak belajar tentang kehidupan dan mula mengenal erti dunia.
Dari sebesar telapak tangan, along dahpun menjadi seorang dewasa. Namun, segala pengorbanan mama dalam membesarkan along dan adik-adik tidak akan bisa dibandingkan.
Dalam sebuah teratak kecil yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah rumah indah, kami semua banyak belajar tentang kehidupan.
Penat lelah mama dan baba membesarkan along dan adik-adik tak mungkin mampu kami balas.
Biarpun jarang kita bersama, perasaan rindu along pada mama dan keluarga tak pernah padam.
Teruskanlah usaha mama mendidik anak-anak dan juga anak-anak mama di sekolah
Kentalkan segala azam yang masih membara untuk melihat anak-anak mama berjaya.
Maafkan segala salah dan silap along pada mama.
Doakan kejayaan along di perantauan.
Semoga mama bergembira di rumah bersama Sanak dan Baba.
Selamat Hari Ibu.Berkat kesabaran dan kesungguhan mama, along kini sudah belajar banyak belajar tentang kehidupan dan mula mengenal erti dunia.
Dari sebesar telapak tangan, along dahpun menjadi seorang dewasa. Namun, segala pengorbanan mama dalam membesarkan along dan adik-adik tidak akan bisa dibandingkan.
Dalam sebuah teratak kecil yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah rumah indah, kami semua banyak belajar tentang kehidupan.
Penat lelah mama dan baba membesarkan along dan adik-adik tak mungkin mampu kami balas.
Biarpun jarang kita bersama, perasaan rindu along pada mama dan keluarga tak pernah padam.
Teruskanlah usaha mama mendidik anak-anak dan juga anak-anak mama di sekolah
Kentalkan segala azam yang masih membara untuk melihat anak-anak mama berjaya.
Maafkan segala salah dan silap along pada mama.
Doakan kejayaan along di perantauan.
Semoga mama bergembira di rumah bersama Sanak dan Baba.
Salam rindu dari perantauan.
Yang ikhlas,
Along.
Selamat Hari Ibu
This entry was posted under
Family
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
May 13, 2008, 9:26:00 PM
aku rase kalau ko pakai tudung, mesti muke ko same mcm mak ko.. heheheh.. no offence.. bak kate org, anak laki2 kalau ikut muke mak, sejuk dipandang.. :P
May 15, 2008, 10:40:00 PM
ceh. ada je ko ni.
May 16, 2008, 7:30:00 AM
setuju2 =p
May 16, 2008, 12:03:00 PM
:)