Exam

InsyaAllah, bermula esok (26.5.08) sampai 6.6.08 aku dan kawan-kawan 1st year serta pre-med RCSI akan berjuang untuk exam final bagi tahun satu ni. So, harap kawan-kawan semua doakan kejayaan kami. Semoga segala usaha yang kami lakukan ini diberkati dan segala urusan dipermudahkan.

Selamat Berjuang dan salam peperiksaan untuk semua.

Wassalam.

ps: kepada kawan-kawan uni lain yang dah bersiap-siap untuk pulang ke malaysia, selamat berangkat...


Share/Save/Bookmark

Selamat Hari Guru

Sekadar ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para guru yang pernah berjasa mendidik diri ini yang sekarang nipun masih lagi menuntut ilmu. Segala jasa cikgu-cikgu semua tak mungkin saya mampu balas. Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik cikgu-cikgu.

Takkan mungkin terdidik seorang perdana menteri mahupun seorang peniaga pasar malam tanpa seorang guru. Guru ialah seorang insan yang mengajarkan sesuatu kepada seseorang lain. Jadi, segala yang kita belajar di dunia ini ilmunya diturunkan oleh seorang guru. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghargai para guru kita.


Khusus ditujukan penghargaan ini kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar mahupun masih mengajar di:

1. Pasti Islam Langgar, Kedah
2. Sekolah Kebangsaan Langgar, Kedah
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah
4. Maktab Rendah Sains Mara Beseri, Perlis
5. Kolej Mara Banting, Selangor
6. Royal College of Surgeons in Ireland
7. Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi, Kedah
8. Di mana2 sahaja di muka bumi ini... :)


Tak lupa juga buat Mama tercinta yang juga seorang cikgu kepada anak-anak di rumah dan di sekolah. Juga buat ibu-ibu saudara dan bapa-bapa saudaraku yang memilih jalan untuk menjadi pendidik anak bangsa.

SELAMAT HARI GURU 2008.


Mama bersama Iman dan Syuhaib


Pn. Khuzaimi, Pn. Bahariah, Pn. Badriah


Pn. Fauziah, Pn. Jarini


Pn. Hasni dan Pn. Asima


Pn. Azlinda

TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU SEMUA

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

petikan dari sajak Usman Awang
1979

Sekian,
Salam peperiksaan.


Share/Save/Bookmark

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu




Mama,

Along tau bahawa kasih sayang mama tak pernah berbelah bahagi walaupun along ini kadangkala lupa dan leka akan tanggungjawab along sebagai seorang anak.
Berkat kesabaran dan kesungguhan mama, along kini sudah belajar banyak belajar tentang kehidupan dan mula mengenal erti dunia.
Dari sebesar telapak tangan, along dahpun menjadi seorang dewasa. Namun, segala pengorbanan mama dalam membesarkan along dan adik-adik tidak akan bisa dibandingkan.
Dalam sebuah teratak kecil yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah rumah indah, kami semua banyak belajar tentang kehidupan.
Penat lelah mama dan baba membesarkan along dan adik-adik tak mungkin mampu kami balas.
Biarpun jarang kita bersama, perasaan rindu along pada mama dan keluarga tak pernah padam.
Teruskanlah usaha mama mendidik anak-anak dan juga anak-anak mama di sekolah
Kentalkan segala azam yang masih membara untuk melihat anak-anak mama berjaya.
Maafkan segala salah dan silap along pada mama.
Doakan kejayaan along di perantauan.
Semoga mama bergembira di rumah bersama Sanak dan Baba.

Selamat Hari Ibu.
Salam rindu dari perantauan.

Yang ikhlas,
Along.




Share/Save/Bookmark

Sailing Trip -Part 2

As the sun was about to set, the party started. Kitorng start with the BBQ. Alhamdulillah and thanks to Malik and Abdul Rahman who bought lots of halal chicken and halal chicken burger to Lough Derg. Actually kitorng kena potong seniri semua ayam2 tu coz diorng x mintak pakcik kedai potongkn sbb nk jimat. Sbb too many peha ayam yg diorng beli, so pakcik kedai tu kenakan kos tambahan untk potong, jd kitorng pun kena la potong seniri2.

Habes satu hal...tgh potong2 tu pulak, banyak anjing2 jinak ni cuba pulak nak join sama. Harem betol la...luckily ada irish2 yg berjaya membawa anjing2 tu main kat tempat lain. Kesian gak kat one of the dog tu coz it lost one of its fingernail n it bleeds alot! Poor doggy!


-Abg pemotong daging- :D

Dalam pokul 7 petang lebih kurang, kitorng dah bleh start makan2. alkisahnya pun semua org gembira...makan ayam n burger dgn satu troli dunnes roti..troli tu pun diorng bawak skali actually. haha. letak kat tmpt beg dalam bas.

So lepas dah makan kenyang sket, kitorng pun start masuk dalam n mula la bersembng2. we chosed to hang around at the last table coz x ramai sgt org. tgh2 best bersembng, ttba ada org dtg ajak main card kat situ. so aku pun join la. this time the game is called rapid or sth camtu la. kiranya maksudnya laju. for those who doesnt know how to play this card game, tnya la ye sapa2 yg tau. :P

at first i just observed Malik and Margaret playing the card but after Malik lost twice to Margaret who doesn't seem to show any pity for that gentleman, a rookie ultraman volunteered himself to replace Malik and that ultraman was me... :P

Since I'm still a beginner, so x kisah la kalau kalah. in fact, that was the first time i play this type of card game after last night of 'Texas hold em'. As expected i lost twice also but nevertheless, i got a new experienced of playing a card game... :D

Then since more people are coming to watch us at that table, Malik decided to play 'spoon' so that more people can join in n not just being an observer. again, another new game for me. in this game, for each turn, a player will be kicked out. There was about 7 to 8 of us playing that game and Malik turn out to be the winner while i was kicked out when there was only 5 of us left. (poor me aite? :])

Khusyuk ber'Spoon'

...part 3 will be continued later...



Ps: want to know what happened next mlm tu? wait eh. :D


Share/Save/Bookmark

Mee Goreng Bujang

Ni ada satu resipi masakan yang ingin aku kongsi dengan semua. wahahaha. Namanya adalah Mee Goreng Bujang. Sebab namanya bujang, terus ja masuk ke cara membuatnya, bahan2, anda carik sendiri la ye dalam cara membuatnya. :D

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan pada masa yang sama sediakan mee. (Kalau guna mee maggi, pastikan anda lembutkan dahulu mee tu dengan air panas beserta sedikit minyak. Kapasiti mee bergantung kepada kapasiti yang anda mampu habiskan)
2. Tumiskan satu atau 2 biji bawang putih. (paling simple la ni)
3. Potong daging burger kecik2. (sukatan berapa keping nk guna tu, ikut kapasiti mee dengan nisbah 1 paket mee:1 daging burger)
4. Goreng daging burger yang telah dicincang halus td.
5. Basuh ikan bilis atau apa sahaja bahan lain yang anda rasa nak goreng jugak.
6. Goreng bahan-bahan lain itu bersama daging burger yang sudah tersedia dalam periuk panas tu selepas lebih kurang 5 minit menggoreng daging burger.
7. agak dah rasa okay dengan bahan-bahan goreng td, masukkn mee.
8. Masukkan 2 biji telur. Kacau rata kesemua bahan-bahan dalam belanga.
9. Masukkan sedikit garam dan gula (secukup rasa)
10. Masukkan apa-apa perencah masakan yang anda suka. Pada masa yang sama, teruskan mengkacau belanga tersebut. (this step is an option)
11. Masukkan sedikit toyu (kicap) dan sos (sebarang jenis sos yang anda suka. Aku suka cili).
12. Setelah berpuas hati mengkacau, rasa masakan tersebut.
13. Masih belum berpuas hati? tambahkan apa2 yang kurang.


TADA....siaplah bihun goreng bujang.....


As simple as it sounds

Pesanan penaja:
1.Masakan ini kurang sihat sebab tiada sayuran. So lepas makan, minumlah jus buah-buahan ataupun masukkan sekali sayuran semasa menggoreng tadi, ok?
2. Lagi satu, jangan lupa padamkan api dapur tu... :)
3. Makan jgn lupa tuhan! (ie: Baca bismillah dan doa makan)

-SELAMAT MENCUBA-



Share/Save/Bookmark

Rindu

Syukur kepada Allah S.W.T yang mengurniakan rasa kasih sayang dan rindu sebagai satu fitrah kepada semua hambanya.


Masjid Zahir, Alor Star, Kedah [gambar hiasan]

Entah mengapa tiba-tiba rasa rindukan segala benda skrg ni. bnyk benda yang sudah tiada di sini aku rindukan. Rindu sama keluarga, kampung halaman, rakan-rakan di kejauhan, cikgu-cikgu, perasaan-perasaan, masakan mama dll. Jejari ni pulak tiba-tiba saja seolah-olah dirangsang oleh median, radial serta ulna nerve untuk bergerak laju menulis entry ni. moga intrinsic muscles di tapak tangan ini terus gagah menjalankan tugasnya selagi mana hayat kekal dikandung badan.

Mungkin lepas terbaca blog sorang kawan ni menyebabkan aku rasa rindukan semua ini. Aku sedar yang ada antara perkara-perkara yang aku rindui ini takkan dapat dihilangkan dalam masa terdekat. Moga Allah S.W.T terus mengurniakan kesabaran dan kekuatan untuk aku hadapi segalanya.

Dengan exam yang makin dekat (lagi 3 mgu), semoga aku dapat fokus untuk belajar.

Ganbatte!!!


Share/Save/Bookmark