AMARAN: Entri ini sengaja ditulis dalam loghat utara, bahasa pasar, manglish dan agak panjang. Jangan baca kalau mudah bosan atau tengah bad mood.


Hah, apa pulak kali ni yang aku nak merepek kali ni. Sapa tau apa maksud hemoi? Takyah la pi google dalam dictionary.com pulak. Confirm takdak. Ini bukan english word. Tak ramai mungkin yang paham maksud perkataan ni. Budak-budak utagha macam Ahmad Faris, Faiz Fauzi, Shedot, Tisam dan lain-lain mungkin la tau. Ka hampa pun taktau? Kalau taktau gak, maybe perkataan ni digunakan secara lokal saja la kot oleh keluarga aku dan orang-orang kampung yang aku pernah dengaq depa sebut. hehe. 

Oh, sebelum tu mai kita tengok macam mana nak sebut perkataan ni. Sebut dia bukan her-moi, tapi hair-moi. Kalau dulu belajar nak sebut perkataan dalam bahasa melayu kat tadika ka PASTI ka mana-mana ka, kan dulu ada belajar sebut untuk huruf 'H' ha hi hu he he ho. Ha...kita ambik 'he' yang first tu. Moi tu sebut macam besa ja, moi jugak. 


Ok, sekarang kita tengok apa definisi hemoi ni kalau ikut dictionary Kedah-Kamus Dewan.
Hemoi ni maksud dia....kita tengok contoh penggunaan dulu eh? boleh? (ayat di sebelah tidak membawa maksud kata hemoi tu!)

Situasi 1: Amran pi cari kerja. Dia susah. Hidup melarat. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Anak-anak ada 3 4 orang. Dengan hemoinya dia pi jumpa tokey kilang beras yang dia pun tak kenal. "Boss, ada kerja kosong dak? Saya nak jamu (beri) anak-anak saya makan, kesian depa. Saya takdak duit, kerja pun takdak boss. ada kerja kosong tak boss? Kalau takdak pun, saya nak pinjam seploh (10) boleh?"

Situasi 2: Satu pagi di dalam kelas. Cikgu murni (sebab nama ni selalu dengaq dulu-dulu masa tengok cerita lama-lama) tengah ajaq bahasa melayu. Tiba-tiba satu kelas bising. ada bau sesuatu. Ada orang melepas dalam kelas rupanya.... Cikgu Murni toleh belakang dan tanya "Sapa punya kerja ni ha?" Dengan relaxnya ada budak yang duduk kat tengah-tengah kelas tu angkat tangan seraya berkata "saya cikgu!" Cikgu murni yang juga tau macam mana nak guna perkataan hemoi ni lalu bekata "Awatla awak ni hemoi sangat....?" Semua orang pun senyum saja. haha.


Dah dapat tangkap ka maksud hemoi ni? kalau belum jom tengok lagi satu. [hint: hemoi adalah satu bentuk perbuatan dan perasaan (kombinasi)]

Situasi 3: Lutfi seorang pelajar yang macam au au sikit dalam kelas 4M. Budak-budak laki lain dalam kelas tu tak campoq sangat dengan dia. Ditakdirkan suatu petang ada perlawanan bola sepak antara kelas 4I dan 4M. Kelas 4M tak cukup player lagi, sebab budak laki dalam kelas tu tak ramai.  Dalam duk kalut-kalut cari sapa nak main lagi petang tu, Lutfi tiba-tiba menebalkan muka seraya berkata "saya nak main sama boleh?". "hemoi gila budak ni" tiba-tiba Abu yang memang tak sebulu dengan Lutfi bersuara.

Ha...cukup ah, dah banyak contoh dah tu. Dalam situasi 3 tu ada maksud perkataan hemoi tu seniri. Mungkin susah nak tangkap la kot. haha. Tak pandai nak cerita. ^__^ Ok la, bagitau la mudah... nanti lagi bosan nak baca sampai habis. ^O^
Maksud hemoi ialah meminta-minta sambil menebalkan muka...mengurangkan rasa malu...merendah diri dan seangkatan dengannya...paham? Pepatah melayu lain yang membawa maksud yang sama aku rasa ialah macam perigi cari timba (padahal tak salah pun, tapi adat me-layu...nak buat macam mana). Negatif sungguh kan definisi hemoi ni. huhu. Ada definisi lain ka dak ni?

Bagus ka dak individu hemoi ni? Mai kita tengok. 
Dalam hidup ni, mau tak mau ada situasi kita kena jadi macam Lutfi dan Amran. Budak yang dalam situasi dua tu toksah la jadi pulak, dia tu mungkin jujur sangat kot. haha. Naif. situasi tu pun mungkin kurang tepat, tapi layan jelah. 

Seperti yang semua tau, dalam hidup ni tak semuanya berpihak kepada kita. Tak semua benda datang bergolek, berlari apatah lagi memandu kepada kita. Tak semua dikurniakan rezeki datang tanpa usaha. Orang main judi pun kena p beli tiket judi (isu sensitif, jadi kena cross). Ada yang perlu kita kejar dan berusaha untuk dapatkannya. Kata 'hemoi' ni selalunya sesuai digunakan untuk describe orang yang meminta sesuatu walaupun dia tak ditawarkan perkara tersebut. Contoh lain macam orang yang tak layak masuk ke sekolah asrama ka apa ka sebab dia tak lepas saringan kemasukan, tapi dia guna pintu belakang untuk masuk. Contoh lain yang positif sikit ialah dia ni tak la pandai sangat buat kerja, tapi dia offer diri jadi ketua untuk lead sesuatu projek.

Contoh lain yang dekat dengan aku ialah ketika belajar di hospital Kalau tak jadi hemoi dan tak pi jumpa patient, maka tak dapat la nak praktis cara ambik history/her-story dengan pesakit-pesakit. Nanti dalam exam sapa yang susah? Aku... jugak yang susah. Mama pun selalu pesan supaya jadi hemoi sikit terutama bila nak belajar. Rajin pi jumpa lecturer ka bila tak paham, senior ka sapa-sapa ka. So dalam kata lain, hemoi ni jugak boleh didefinisikan sebagai proaktif...setuju dak? Kalau tak setuju ikut la. Tak paksa pun. Hidup ni kalau kena paksa-paksa bukan seronok sangat. Buat benda mudah pun kalau kena paksa sure tension. Apatah lagi benda-benda besaq, mesti lagi tension. Kena kahwin paksa, padahal tak suka pun. tension dak? Jadi ikhlaskanlah hati. Hah, mana pulak melarat ni. back to the topic. ^___^

Aplikasi menjadi seorang yang hemoi ni sangatlah luas. Sejauh saujana mata memandang...Dari mencari ilmu sampai la sebesaq-besaq benda macam beribadah dan kawin (pun satu ibadah kalau niat betul). Ha, ke sini  semula pulak tiba-tiba. Cukup takat tu, takmau ulas panjang. Paham-paham seniri la no huraian dia. 

"Barangsiapa menikahi perempuan hanya kerana kemuliannya, Allah tidak akan menambahkan kepadanya kecuali kehinaan.
Barangsiapa menikahi seorang perempuan hanya kerana hartanya, Allah tidak akan menambah kepadanya kecuali kefakiran.
Barangsiapa menikahi seorang perempuan hanya kerana keturunannya, Allah tidak akan menambah kepadanya kecuali kerendahan.
Barangsiapa menikahi seorang perempuan kerana ingin menjaga mata, memelihara kemaluan dari perbuatan zina, atau menyambung tali persaudaraan maka Allah akan mencurahkan keberkatan kepada keduanya" 
(HR Thabrani)


Tak percaya ka dalam ibadah pun kena jadi hemoi? Cuba bayangkan kalau diri anda seorang yang baloq (pemalas) untuk beribadah, tak ka rugi tu? So kena la jadi proaktif dalam beribadah. Rajin-rajinkan diri  pi masjid ka (cakap untuk diri sendiri), rajin sedekah ka...rajin posa ka...baca dan faham maksud ayat-ayat Quran ka...banyak la pendek katanya. Kalau jenis duk rasa diri hebat, tak pernah hemoi dengan Allah swt, tu yang duk jadi sombong tak ingat dunia tu. Jadi insensitive dengan dosa dan sebagainya. Kenapa dengan Allah pun kena hemoi? Allah kan Maha Pencipta, kita ni hamba saja! Hamba woi, hamba! Ingat tu!. So dah hamba, buat la cara hamba, kena la sentiasa meminta-minta. Ada pahem? Cukup-cukup la sombong dengan manusia, tak jadi hemoi dengan manusia tak rugi sangat. Tapi kalau tak hemoi dengan Allah, hm...taktau la. Syurga tu milik Allah. Boleh ka nak buat hemoi mintak masuk kalau dah mati nanti padahal kat dunia dulu hidup tak pernah ikut syariat? Lu pikiaq la sendiri. Ok?


So...takat tu sajalah dulu. Saja nak kongsi pasai hemoi ni. Moga-moga boleh dijadikan pengajaran buat yang membaca. Kalau dah baca tu, lepas ni boleh la kongsi-kongsi dengan kawan-kawan. Aplikasikan rasa hemoi ni dalam kehidupan seharian. Baru la hidup sentiasa merendah diri. Kalau orang tak pandang pun takdak la kecewa menonggeng. kan kan? :)

Dua tiga hari ni down sikit. Taktau la pasai apa. Tapi tak sampai la kecewa menonggeng. Pasai tu nak kongsi supaya dapat release sket dan hampa semua dapat ambik sedikit sebanyak pengajaran. huhu. ok la. selamat pagi untuk semua. Dah nak subuh. mau sambung buat benda lain pulak.

wassalam.
+++++++++++++++++++++++

1. Tahniah buat naqib aku, Dr. Mofaz dan isteri, Dr. Ili yang baru sahaja dikhabarkan bergelar bapa dan ibu. Semoga bidadari yang dikurniakan Allah kelak akan meneruskan perjuang membela agama ini :) Hadiah graduation eh? :p

2. Tahniah juga buat Dr. Syafiq yang baru fresh graduate dari RCSI yang bakal melangsungkan perkahwinan bulan 6 ni. Barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fi qair. I am happy for u. 

3. Happy birthday untuk kawan aku Yunus Shaharuddin yang menyambut birthday ke 23 hari ni. Balik JB eh? haha, enjoy la yer.