Malta
2/08/2010 07:51:00 PM
By: Muaz Nabil
Alhamdulillah,
Saya telah selamat pergi dan balik dari bercuti di Malta. Di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman saya di sana. Malta ini memang menarik. Menurut penduduk di sana yang saya temui semasa di dalam kapal terbang, Ambrose dan isterinya, sepanjang tahun Malta cuacanya cerah dengan suhu selalunya melebihi 15 darjah selsius. Namun bergitu, pada bulan 11 hingga Februari, selalunya angin sejuk akan menyebabkan suhu menjadi sedikit rendah dan memang terasa kedinginannya. Bahkan semasa saya melawat tempoh hari, saya terpaksa berbaju tebal ketika berada di tingkat atas bus tour.
St. John Co-Cathedral, Valetta
Ibu negara Malta iaitu Valetta adalah sangat kecil pada kiraan saya. Dalam masa lebih kurang 3 ke 4 jam, anda pasti mampu untuk melalui hampir setiap lorong kecil dan jalan besar di situ. Oleh kerana pada hari saya melawat itu kebanyakan bangunan tutup (Sabtu), jadi saya cuma melalui jalan utama di situ (Triq Ir-Republic) dan beberapa tempat tumpuan pelancong di sekitar Valetta. Saya cuma memerlukan lebih kurang dua jam untuk merawang-rawang di bandar tersebut. :D
Triq Ir-Republic
Antara tempat menarik di Valetta ialah Triq Ir-Republic yang kiri dan kanannya penuh dengan kedai-kedai, sebuah gereja dan beberapa monumen serta dua buah taman di utara dan selatan bandar tersebut iaitu Lower Barakka Garden di utara dan Upper barakka garden di Selatan. Selain Valetta, ada banyak lagi tempat menarik di sekitar negara kecil ini. Antara yang sempat saya jejaki ialah Mdina iaitu ibu kota lama negara ini yang namanya berasal dari perkataan arab iaitu Madinah yang bermaksud kota. Untuk pengetahuan semua, Malta sebelum ini pernah berada selama 220 tahun di bawak kerajaan Turki Uthmaniah. Kesan tinggalan yang jelas saya kira adalah dari segi bahasanya. Pelbagai tempat di seluruh negara ini diambil dari perkataan arab yang kemudiannya diubah mengikut kesesuaian sebutan tempatan. Jalan-jalan di sekitar negara ini kebanyakannya disebut sebagai Triq iaitu dari perkataan arab iaitu Toriq yang bermaksud jalan. Namun begitu, dari segi senibina dan lain-lain, kesan tinggalan Islam langsung tidak kelihatan. Bahkan negara ini penuh dengan chapel, cathedral, dan church.
Lower Barakka Garden, Valetta
Lorong kecil di Mdina, Malta
Selain Malta, saya juga sempat melawat pulau kecil yang turut membentuk negara ini iaitu Gozo. Gozo terletak di barat Malta. Perjalanan ke sana memakan masa 20 minit dengan menaiki feri dari Cirkewwa. Harga tambang feri pun cuma 4.46 euro untuk pergi dan balik. Di Gozo juga terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Tinggalan sejarah, pantai-pantai yang cantik serta bentuk muka bumi yang unik boleh didapati di sana. Ketika di Gozo, saya mengambil keputusan untuk menaiki bus tour. Alhamdulillah saya dapat melawat hampir kesemua tempat-tempat menarik di sana. Azure Window iaitu sebuah gerbang laut adalah antara tempat yang saya cadangakan anda semua pergi jika berkesempatan melawat di sana. Namun begitu, perjalanan anda akan lebih menarik jika anda mampu menyewa teksi atau memandu sendiri itu adalah lebih baik kerana anda boleh menikmati tempat-tempat menarik ini dengan masa sendiri.
Feri ke Gozo
Bas tour di Gozo
Dari segi penginapan, Malta saya kira adalah antara yang terbaik dari segi harga dan kualiti. Dengan hanya 20 euro, anda sudah boleh mendapatkan bilik ensuit di hotel 3 bintang. Namun begitu, harga penginapan di Valetta sendiri adalah agak mahal. Mungkin anda boleh memilih untuk tinggal di kawasan Sliema dan St. Julien. Bas-bas banyak disediakan untuk ke sana dari Valetta. Jika anda bertuah, mungkin anda akan berjumpa dengan penduduk yang ramah dan mempelawa menghantar anda ke pintu hotel macam saya. :D
Terdapat juga sebuah masjid di kawasan berhampiran Valetta. Ianya terletak di kawasan kejiranan Paolo. Oleh sebab kesuntukan masa dan kecuaian sendiri, saya gagal ke sana. Namun dalam perjalanan pulang ke airport, bas yang saya naiki telah melalui kawasan tersebut dan dari kejauhan, saya dapat lihat menara masjid yang cukup cantik. Di sana juga khabarnya ada sebuah sekolah rendah Islam iaitu Mariam Al-Batool School.
penginapan di Malta, Alexandria Hotel
Untuk mendapatkan makanan di Malta adalah sedikit sukar jika anda mencari daging-daging halal. Namun bergitu, mungkin anda boleh berbelanja lebih sedikit dan mendapatkan makanan laut yang sedap-sedap di sana. Walau bagaimanapun, saya bertuah apabila kebetulan berhampiran tempat penginapan saya, ada sebuah kedai kebab turki yang menjual kebab ayam yang halal. Harganya pun agak murah iaitu 4 euro. Sepanjang perjalanan saya di sana, saya dapati ada beberapa kedai kebab yang saya kira mugkin jua turut menjual kebab ayam yang halal.
Populasi Malta adalah lebih kurang 300,000 orang. Kebanyakkan mereka adalah kristian. Terdapat beberapa ribu muslim yang tinggal di sana. Saya turut terserempak dengan beberapa muslimah di sana semasa menaiki bas. Lebih menarik, ada juga orang-orang asia seperti dari Thailand dan Indonesia serta Filipina yang saya termui di sana. Seorang pelajar pengurusan perniagaan yang saya temui khabarnya berasal dari Nepal. Kereta nasional seperti Proton Saga dan Wira turut didapati di sana. Namun begitu, hanya Kelisa keluaran PERODUA yang masih mengekalkan namanya. Model lain keluran PERODUA yang turut mudah didapati di sana kebanyakkan adalah berjenama MITSUBISHI dan menggunakan nama lain. Kancil dan kembara yang diapati di sana juga turut menggunakan nama lain. Menurut Ambrose, di negara ini terdapat berkali ganda kenderaan berbanding jumlah penduduknya. Mungkin juga itu sebabnya trafik di negara ini kelihatan agak sibuk.
Kebanggaan
Rasanya setakat itu dahulu. Saya tidak mahu anda berasa lebih bosan membaca catatan ini sebosan saya yang mengembara seorang diri. :)
Wassalam.
Malta
This entry was posted under
catitan harian,
General,
Perjalanan Jauh
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Feb 8, 2010, 8:24:00 PM
beraninya jalan sorang2
Feb 8, 2010, 8:25:00 PM
ada masalah last minute. orang yang patut join x dpt pergi. membazir la pulak kalau x p.
Tawakkal dan bergerak.
Feb 10, 2010, 11:09:00 AM
Malta nampak menarik [wlopun xpnh dgr nama tmpt ni b4 this] dan kagum sebab depa kekal nama mcm mdina tu....bolehla nk msuk dlm places to visit list :)
Feb 10, 2010, 11:09:00 AM
Feb 13, 2010, 5:09:00 PM
bilelah cikgu nadia dapat berjalan ke luar negara. setakat jadi cikgu ni, macam tak dapat je. huhu, jalan2 dalam mesia je la~ =D
Feb 28, 2010, 9:42:00 AM
salam
travel seorang diri? wow..
sbb tmpt yg x familiar kan
Feb 28, 2010, 9:45:00 AM
cikgu nadia: :D
n n : x familiar, tp best. :D