Pekedai dan gula-gula
1/05/2010 04:54:00 PM
By: Muaz Nabil
Exam minggu depan, tapi aku rasa terpanggil untuk buat satu entry rinkas setelah terbaca satu entry dari seorang kenalan di UK. Boleh klik sini untuk membaca. Khas untuk adik-adik yang baru di luar negara dan juga yang bakal ke luar negara barangkali. Sebelum baca entry ini, anda wajib baca dahulu link diatas untuk memahami isu dengan lebih lanjut.
Tadi ada karang satu karangan pendek aku tulis, tapi sebab panjang (baca "pedas") dan takut ada yang terluka di sana sini. Aku ambik rumusan sahajalah dari apa yang aku karang tadi. Plus sedikit sebanyak pengalaman aku di bumi asing ini.
1. Bilamana anda sampai di sini, anda akan disogok dengan segala macam kebaikan yang tujuannya untuk mengajak anda menyertai aktiviti-aktiviti persatuan-persatuan di sini. Alhamdulillah, semuanya untuk kebaikan anda. Bagi sesetengah pelajar, ianya membuka mata agar mereka sedar, datangnya ke luar negara tidak hanya sekadar belajar. Ada nilai tambah individu yang cuba dititikberatkan oleh persatuan-persatuan di sini, baik dari segi ilmu mahupun kemahiran. Maka dengan itu, anda berhak memilih untuk menyertai mana-mana yang anda rasakan sesuai dengan diri anda. Malangnya kadang-kadang seolah-olah wujud persaingan yang aku kira kurang sihat. Almaklumlah, penilaian aku ini penilaian orang yang kurang berilmu...orang lain jauh lebih hebat ilmunya...Ada pelajar yang selepas berkenalan dengan persatuan-persatuan ini, menjadi aktif berpersatuan dan ada yang macam aku, memilih untuk kekal pasif. Tahniah buat yang aktif berpersatuan. Aku kagumi kelebihan anda membahagikan masa.
2. Bagaimana seorang pekedai yang baru mula berniaga, semua persatuan akan cuba menaikkan nama masing-masing dengan menganjurkan segala macam aktiviti untuk anda. Namun perlu diingat, ianya tidaklah berkekalan. Sampai suatu ketika, apabila anda sudah tidak menyumbang, maka di masa itulah anda akan terbiar terkapai-kapai. Pada masa itu, mungkin tidak ada lagi sahabat-sahabat yang anda kenal selama ini yang sering mengajak anda ke program-program. Bahkan ada yang apabila anda telefon mereka, sengaja tidak diangkat hinggalah kemudiannya anda tepuk belakang mereka yang sedang memandang telefon mereka tengah bergetar dalam mode silent. agaknya berfikir patut atau tidak aku angkat telefon bila mamat yang tak aktif ni join barangkali Yang ada hanyalah mereka yang setia di sisi anda tanpa mengharapkan sesuatu dari anda. Itulah sahabat sejati. Tapi harus diingat, tak semua sahabat sejati akhlaknya baik. Mudah disimpulkan, pemberi gula-gula akan berhenti memberi apabila gula-gulanya sudah kehabisan. Jadi sebagai seorang yang sudah matang, anda perlu pandai untuk berdikari. Jangan mengharapkan orang untuk semua benda. Kalau nak ke masjid depan rumah pun harapkan orang, maka anda patut tahu di manakah tahap anda dalam ertikata berdikari itu.
3. Apabila dihantar untuk belajar di luar negara, anda perlu ingat bahawa anda datang bukan untuk dicucuk hidung dan ditunjukkan itu dan ini, mesti buat itu dan ini. anda sepatutnya sudah punya fikiran yang cukup matang untuk membezakan baik buruk sesuatu perkara. Kalaupun anda tidak menyertai mana-mana persatuan berunsurkan kerohanian, anda sepatutnya boleh membuat penilaian berdasarkan asas-asas agama yang anda pelajari. Kalau anda jenis yang perlu diketuk setiap masa untuk berbuat sesuatu kebaikan ataupun barangkali ibadah-ibadah asas, maka tempat anda adalah dalam persatuan berbentuk kerohanian ini. Jika tidak, anda akan hanyut dibuai kebejatan nilai-nilai kebaratan ini. Pendek kata, jika anda suka dimanja-manjakan, maka tempat anda adalah bersama persatuan-persatuan ini.
Oh..panjang la pulak. cukuplah sekadar itu sahaja. Nanti kita sambung pulak. Kalau yang senang-senang, intai-intai situasi yang berlaku di Mesir. Sedih sungguh bila ada yang sanggup berhasad dengki semata-mata akibat rasa tidak senang dengan persatuan yang lain. Wallahualam.
P/S: Maaf buat persatuan-persatuan pelajar di Ireland ni kalau ada yang terasa hati. Aku menulis se"neutral" yang mungkin untuk panduan adik-adik yang sudah hampir 3 bulan di bumi asing ini. Salah aku tidak menulis lebih awal ketika aku masih betul-betul neutral. *sigh*
Selamat tahun baru jugak... :)
Selamat tahun baru jugak... :)
Pekedai dan gula-gula
This entry was posted under
General,
Peperiksaan,
Peribadi,
Perjalanan Jauh,
Personal,
Semasa
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jan 19, 2010, 6:28:00 PM
hahaha...adakah menyesal sbb sudah tidak natural???anda super natural kini..hahaha
Jan 22, 2010, 8:39:00 AM
tak menyesal menjadi x natural, cumanya sesal kerana lambat ditulis artikel ni saja. :)