Alhamdulillah, cuti Easter Break bermula esok sampai Khamis depan. Seminggu penuh termasuk hujung minggu. Padat. Sepatutnya aku habiskan masa menelaah nota-nota yang melambai-lambai dan mengejar aku setiap masa itu. Tapi kali ini aku memilih untuk membawa diri, (cewah!) menenangkan fikiran. Untuk tujuan itu, persekitaran baru diperlukan. Aku memilih Paris setelah penat mengajak Faiz!

Malam nanti kalau tiada halangan, aku, Faiz, KA akan memulakan pengembaraan 4 hari kami di "kota cinta", Paris. Kapal terbang dari Dublin bertolak jam 6.30 pagi, jadi kami terpaksa tidur di lapangan terbang. Ikutkan hati, mahu saja aku tidur di rumah dan naik teksi keesokan paginya. Namun setelah meneliti semula, aku fikir tiada guna menghabiskan duit menempah teksi pagi-pagi buta ini kerana aku masih tidak akan berkesempatan untuk subuh di rumah. Jam 4.30pagi kami sudah perlu berada di lapangan terbang. Mahu tidak mahu, subuhnya masih di sana, jadi aku memilih untuk ke lapangan terbang malam ini juga.

Di sana nanti insyaAllah kami akan disertai Faris dan seorang rakannya (kedua-dua mereka dari German). Besar kemungkinan, Hilmi, rakan lama aku dari Beseri yang sekarang sedang menyambung pelajaran di Rennes, Perancis juga akan turut serta. "Aku harap sangat hang dapat join Mi, maklumlah lepas ni macam dah tak boleh nak jalan-jalan dengan hang dah kan..?" ^O^. Aku doa semuanya positif ya.


View Larger Map

Doakan kami semua selamat pergi dan balik serta dimudahkan segala urusan di sana nanti.

Wassalam.