Alhamdulillah, berakhir sudah program CCMB anjuran PPIMI pada minggu lepas.

Aku sangat bersyukur kerana dikurniakan kesempatan untuk mengikuti semua program yang dianjurkan bermula dengan crash course bahasa arab hinggalah kepada penutupnya iaitu Kursus Pra-perkahwinan.


Para peserta Kursus Pra-perkahwinan bergambar kenangan bersama Ustaz Erfino

Aku kira program anjuran PPIMI ini sangat menarik dengan aktivitinya yang meliputi segala aspek hidup. Bukan kerana ingin menyokong si Eros (Pengarah CCMB), tapi personally program ini memang merangkumi pelbagai aspek kehidupan bersesuaian dengan temanya "360 eyes on I". Aspek seperti Perbankan Islam, rekreasi, kehidupan berkeluarga, hiburan dan sebagainya tampil pada kali ini untuk tatapan pada pelajar di sini. Tahniah buat para AJK yang bertanggungjawab. Terutamanya pada team Bila Tuhan Berbicara (BTB). Sangat menarik!


Al-Qamar di MASAI

Namun ingin aku timbulkan persoalan di sini ialah kenapa program ini pada pendapat aku tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pelajar di sini? Hanya yang begitu menarik perhatian adalah apabila O'Flannagan lecture theatre penuh dengan mereka yang ingin berhibur waktu malam MASAI. Program-program lain pada kiraan aku hanyalah begitu sedikit kehadirannya jika ingin dinisbahkan dengan jumlah pelajar di sini (Dublin).

Babak-babak dalam pentomen BTB

Yang lebih menyedihkan, kaum sejenis aku la... yang paling sikit dalam mana2 acara sekalipun. Bahkan masa Simposium IMAM pun dengan jelas dapat dilihat, sikit sangat jumlah kehadiran lelaki berbanding perempuan. Mana perginya semua lelaki ek? Aku yang kadangkala duduk terperap depan komputer ni sari suntuk pun boleh kuar, apatah lagi mereka yang bukan dari jenis aku? pelik gila!

Apa2pun, Aku harap program2 yang lebih mantap dan tersusun serta sekali lagi meliputi segala aspek kehidupan dapat dihidangkan untuk para pelajar di sini agar kami semua dapat menambahkan nilai diri ini seperti yang sering diperkatakan. "Rugi kalau datang overC tp balik jadi sama macam mahasiswa kat malaysia". huhu.
Semoga semua yang menyertai program ini dapat memanfaatkan ilmu untuk kebaikan bersama.