Nasib Camca

Terkejut aku bila kena '
buzz' dengan kawan sorang ni. Dah la masa tu tengah ber'DOTA'. Nasib baik tak kena 'pawn'. Rupa-rupanya sorang sahabat ni mintak aku baca entry blog dia...katanya menarik.

Ayat pertama yang aku nampak kat blog tu nampak sangat familiar pada aku."
apa salah camca sampai kena gelak?". Ayat ni adalah salah satu status YM aku beberapa hari yang lalu. Memang melucukan bila baca entry blog tu sampai habis. Kawana aku tu tulis tentang perbezaan bahasa yang kadang-kadang digelakkan oleh awam berdasarkan pengalanamnya. Ada jugak hamba Allah yang rajin tulis entry macam tu. Haha. Apa-apapun, terima kasih kepada kawan baik aku ni yang meluangkan masa untuk menulis entry tu. Thanks Faris aka Peh.

Tujuan aku tulis entry kali ni sekadar ingin berkongsi pengalaman dan pemerhatian aku. Memang menakjubkan bila difikirkan, walaupun dalam bahasa melayu saja, terdapat begitu banyak loghat-loghat yang berbeza. Ada loghat utara, pantai timur, indonesia (loghat ke ni?) KL dan lain-lain. Tu baru satu bahasa saja, tak kira campur dengan bahasa-bahasa lain lagi. Indah sungguh ciptaan Allah yang menjadikan manusia-manusia ini berbeza bahasanya. Cuba bayangkan betapa banyaknya bahasa-bahasa yang berbeza di muka bumi ni. Apatah lagi loghat setempatnya kan?

Camca dan meeting

Bukannya aku ghasa offended ka apa bila digelakkan ketika menyebut 'camca' dalam salah satu meeting kecil yang aku hadiri, tapi agak menarik kerana seolah-olah perkataan macam tu tak pernah didengari oleh mereka-mereka yang menggelakkan aku (Bahkan mungkin pada masa tu, ianya agak menceriakan suasana meeting tersebut yang pada awalnya memang tak hingin aku sertai). Tapi ghasanya sebagai seorang hamba yang kebanyakan orang menyetujui bahawa kita semua adalah pengembara di bumi yang tidak kekal ini, bukan ka lebih baik kita hargai segala perbezaan yang ada? kita ambil apa yang positif di sebalik perbezaan ini. Bahkan kalau tak salah la, dalam berdakwah pun kita cari persamaan dan gunakan sebagai senjata dakwah kita. Betul tak?


Dakwah dalam situasi semasa

Merujuk situasi semasa, memang aku kagum dengan kesungguhan sesetengah pihak yang kuat menggerakkan agenda-agenda dakwah mereka yang tersendiri. Namun, pada padangan aku, cara sesetengah mereka itu mungkin tidak berapa tepat. Aku tak pasti la macam mana ketidaktepatan tu, cumanya, ada antara diorang ni yang bila approach aku membuatkan aku cam nak lari lagi jauh dari diorng tu. Yang satu group ni pulak aku ghasa agak kena dengan apa yang aku cari mungkin dan takdak la pulak aku jauhkan diri. Bukan niat aku untuk tidak join semua aktiviti-aktiviti berkaitan agama ni, tapi sikap sesetengah pihak tu membuatkan aku ghasa kurang senang. Kalau melihat kepada pengalaman aku dengan para pendakwah ni, tak ramai yang begitu menekankan kepada mencari persamaan. ramainya nak suruh kita ikut saja semua idea-idea yang diorng bawak. Aku tak cakap yang tu salah, tapi kena la tengok jugak apa sebenarnya yang orang-orang yang join group korang ni carik. memang la suma mencarik jalan kebenaran, tapi kebenaran macam mana yang diorng tu nak??!!

Dakwah Kristian dan Dublin

Ingin aku kongsi satu pengalaman la di Dublin ni. Dalam sebulan dua yang lepas, ada 2 orang pendakwah kristian datang (laki dan perempuan), diorng ni kira macam tabligh la kot kat malaysia. jenis yang memang pergi dari satu rumah ke rumah yang lain. yang menariknya, diorng bagi kitorng satu rumah beberapa pamplete tentang kristian dan diorng bagitau diorang akan datang lagi dalam masa seminggu. so kitorng pun baca la pampletes tu. memang terkejut bila tengok ada antara pamplete tu memuatkan ayat-ayat al-quran.
Point yang diorng bawak sangat jelas iaitu untuk menunjukkan persamaan antara kristian dan islam tentang syurga dan tuhan kot kalau tak salah la. So dipendekkan cerita, dalam masa seminggu lepas tu, diorang pun datang la semula...(kali ni 2 orang laki). so sembang punya sembang, last-last terkeluar dari mulut dia yang diorng ni sebenarnya macam tak percaya sangat Quran ni...dan kitorang yang ramai-ramai ni pun dapat la tangkap apa maksudnya bila dia letak ayat al-quran tu...iaitu diorang cuma gunakan ayat-ayat ni untuk menunjukkan persamaan dan gunakan point tu untuk menyeru orang ke arah kristian...tapi alhamdulillah, takde pulak yang percaya kot dengan apa yang diorang cakap tu.

Konklusi

So apa yang aku nak bawak adalah teknik tu penting di sini, tak kira la dalam apa-apa urusan pun. even dalam main dota pun penting, apatah lagi dalam urusan yang sepenting urusan dakwah ni kan? (aku suka sentuh urusan dakwah ni bukan sebab apa, semua orang kat sini asyik bincang pasal tu saja) Bahkan dalam pelajaran sekalipun, teknik tu penting, tak kisah la tekniknya tidor di kuliah sekalipun kn? =p.
Berkenaan camca tadi tu, aku harap semua kita dapat hargai perbezaan yang ada di bumi ini dengan sebaiknya dan menilai apa yang tersirat di sebalik perbezaan tu. Takdak la nanti secara buta-buta nak tolak sebarang perbezaan kn? Even kalau tak salah aku la dalam surah apa tah kat dalam Al-Quran, Allah ada sebut yang DIA menjadikan kita ni berbeza-beza untuk saling mengenali antara satu sama lain...So gunakan kesempatan di bumi ini untuk mencari rakan-rakan dan menolong satu sama lain mencari kebenaran.

P/s: Btw, hobi melancong aku pun dah bertukar sejak datang ke Dublin ni. Aku nak kumpul camca hiasan untuk setiap bandar yang bakal aku lawati nanti. Semoga aku nanti dapat kumpul banyak-banyak camca hiasan...