Sesungguhnya Allah SWT menjadikan hati itu sangat unik. Jasad raksasa itu mungkin boleh dipaksa-paksa, namun hati yang kecil itu akhirnya penentu segala.


Hidup
tujuannya satu cuma
menjadi hamba buat pencipta
maha berkuasa maha segala
DIA yang memiliki semua

Hidup
kadang tersasul kadang terlupa
menjadi adat diri tak sempurna
usaha kebaikan perlu sentiasa
sebab diri ini memang hina

Hidup
Sentiasa usaha untuk bahagia
tapi Allah itu lebih tahunya
niat dan hati para hamba
juga rezeki untuk semua

Hidup
penuh luka dan lara
ada suka ada duka
manusia ini pelakon sementara
sampai masanya diambil jua
pergi buat selamanya

Catatan:
  1. Kepada sesiapa yang berkenaan, terima kasih kerana berusaha.
  2. Al-Fatihah buat senior SMKAK (Nadmin) yang baru kembali ke rahmatullah beberapa hari lepas. Semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan roh orang-orang beriman.
  3. Target untuk habiskan buku yang telah dibeli tahun lepas tapi tak sempat dibaca. La Tahzan.