Entiti yang sangat bersemangat!
4/30/2010 12:23:00 PM
By: Muaz Nabil
Entiti yang sangat bersemangat!
Bidadari Syurga
4/25/2010 03:55:00 PM
By: Muaz Nabil
Ada sebuah buku. Baru saja aku habis membacanya. Judulnya sama dengan judul entri ini. Ceritanya bekisar di sekeliling golongan sahabat (muslimat) yang menyumbang kepada Islam di zaman Rasulullah. Mereka adalah serikandi-serikandi Islam yang telah banyak berjasa dalam menyumbang kepada agama ini. Anak yang lahir diasuh sebaik mungkin agar dapat mengenal Islam dan berjuang menegakkan kalimah Allah. Ada antaranya terpaksa berdepan dengan siksaan semata-mata untuk mempertahankan syahadah mereka. Sungguh besar jasa yang disumbangkan golongan sahabat-sahabat Rasulullah ini.
Walaupun banyak berkaitan sejarah, cara penyampaiannya sesuai untuk kanak-kanak yang baru mau kenal dengan Islam. Teringat zaman aku kecil-kecil dulu. Ada juga buku yang lebih kurang sifatnya. Tak salah aku berkenaan Saidina Hamzah dan Khalid Al-Walid. Dari situ aku kenal sedikit sebanyak berkenaan sirah. Siapa itu sahabat Rasulullah yang digelar singa Allah dan siapa itu pedang Allah. Ada juga buku lain seperti siri penyiasat berlima yang menjadi kegemaran aku pada waktu itu.

Sungguh, dengan membaca dapat menambah banyak ilmu pengetahuan. Zaman sebelum aku berkenalan rapat dengan internet, banyak buku yang aku sempat baca. Namun semuanya sudah tidak lagi sebegitu di kala ini. Apa mungkin terlalu banyak masa yang aku habiskan di sini? Aku jugak kadangkala bingung. Mencari titik tolak di mana mulanya aku kurang membaca buku-buku selain buku pelajaran.
Ada beberapa lagi buku dalam simpanan aku yang aku sedang cuba habiskan sedaya mungkin. Kebelakangan ini, satu buku dalam 3 bulan pun agak sukar aku habiskan. Summer ini menjadi target untuk aku habiskan kesemuanya. Mampukah aku? mungkin apabila internet tidak lagi menjadi rakan karib aku terutamanya di malaysia, aku mampu melakukannya?
Ya Allah, aku berdoa kepada Mu, engkau berikanlah aku kesempatan untuk menambah ilmu selain yang bersangkutan dengan ilmu perubatan ini. Berikan aku ruang untuk membaca sebanyak mungkin agar aku dapat menambah ilmu pengetahuan dalam diriku. Engkau jadikanlah aku hambamu yang patuh, taat serta tidak lalai dan leka dengan perkara yang sia-sia. Engkau berkatilah masaku dan hidupku. Sesungguhnya kepada engkaulah aku berserah dan memohon perlindungan.
P/s: Selamat Hari Lahir ke-23 buat sahabatku, Ahmad Faris Ismail. semoga Allah panjangkan usiamu dalam keimanan dan ketaqwaan kepadanya. Semoga segala urusan dunia dan akhiratmu diberkati dan diredhai serta dimudahkan Allah swt. Semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke akhir hayat.
Bidadari Syurga
An Old TV
4/15/2010 06:25:00 AM
By: Muaz Nabil
An Old TV
My dear angel
4/12/2010 10:21:00 AM
By: Muaz Nabil
My dear angel
Pejuang
4/06/2010 10:57:00 PM
By: Muaz Nabil
"Makan-makan?" sambungnya. Aku hanya tersenyum. "Malay?" dia menambah lagi soalan.
Pejuang
Bersawang
4/06/2010 12:09:00 PM
By: Muaz Nabil
Pengalaman rotation di hospital memang menarik. Saya dah habiskan 6 minggu rotation. Beaumont, Bons Secour, Cappagh, dan terbaru di St. Mary Hospital. insyaAllah dalam 2 minggu lagi, modul student selective component bakal bermula (SSC). Ini bermakna final exam untuk Intermediate cycle 3 (IC3) sudah semakin hampir, lebih kurang 8 minggu sahaja lagi. Peperiksaan ini sangat penting kerana ianya merupakan tanda aras samada anda layak atau tidak untuk meneruskan pengajian peringkat clinical nanti. Paling kurang bagi universiti saya. OSCE atau singkatan bagi Objective Structured Clinical Examination merupakan satu pepriksaan yang wajib dilalui oleh semua pelajar kolej perubatan. Peperiksaan ini merupakan saringan untuk menentukan samada pelajar kompetent atau tidak untuk memasuki clinical years. InsyaAllah saya akan mengambil peperiksaan ini di pertengahan Jun nanti. Yang pasitnya 22 jun saya sudah di Malaysia insyaAllah! ^___^
Pokok-pokok kini mula berdaun. Taman-taman di sekitar Dublin pun sekarang ini sudah makin cantik dan bewarna warni selari dengan musim bungan itu sendiri. Kebanyakan bungan kini telah mula ditanam semula. Mungkin seminggu dua lagi, St. Stephen Green Park akan dipenuhi dengan bunga-bunga tulip yang cantik-cantik belaka. Buat adik-adik yang baru di Dublin ini, gunakanlah peluang ini untuk menikmati keindahan ciptaan Allah ini. Walaupun di tanah air pokok-pokoknya berbunga sepanjang tahun, namun musim bunga di sini ada kelainannya dan keistimewaan tersendiri. Ada satu taman yang saya kira sangat indah di sini, namun saya sendiri belum sempat melawat taman bungan tersebut iaitu Botanical Garden yang berhampiran dengan Bons Secour Hospital. Sebelum ini saya tidak pasti di mana taman tersebut, namun ketika membuat rotation di hospital, saya melalui taman ini setiap hari, malangnya ketika itu, tiada bunga yang cantik-cantik lagi kerana cuaca masih sejuk. Paling menarik pada musim bunga tahun ini, salji turun pada minggu lepas selama hampir satu hari. Salju musim bunga.
Hati itu berfitrah mencintai dan dicintai. Selepas lama berfikir, saya rasa semuanya makin jelas. Jika dahulu hanya sekadar untuk memenuhi ruangan kosong itu, kini saya makin jelas. Ada tujuan yang lebih besar di sebalik itu. Ianya merupakan sesuatu yang bakal menentukan kelangsungan jalan hidup yang dipilih. Jika sesuatu chemical reaction itu perlukan pemangkin, tidak salah jika manusia juga menuruti fitrah yang sama. Anda boleh analogikan pemangkin itu sebagai seorang motivator dalam kehidupan manusia. Jika kehidupan itu dianalogikan sebagai tindak balas kimia, motivator itu fungsinya untuk memastikan kehidupan itu sentiasa penuh dengan semangat untuk berjuang. Siapalah yang lebih baik untuk menjadi seorang motivator melainkan seorang teman di sisi untuk sentiasa memperingati. Tanpa si motivator, kehidupan itu akan terus jua berjalan menurut kadar yang ditentukanNYA. Namun mampukah diri yang lemah ini terus berjuang untuk 30, 40 tahun akan datang sehingga nyawa ini tamat tarikh pinjamannya.Akhir kata, saya harap kalian semua sentiasa mendoakan agar segala urusan dimudahkan untuk saya dan rakan-rakan.
Ma'assalamah.
Bersawang
