Simpan Duit

Recently i made a survey by asking some of my friends (though it was more like a voluntary answer to my YM status) about how many euro can they really save in a month out of the 935 monthly given by the MARA. So here are some of the answers.

saudari M: insyaAllah bleh save paling kurang 300.. paling lebih 500+..
saudari I: 300
saudara M: aku simpan 300
saudara H: aku rasa setakat ni around 400+
saudara Y: dalam 300 lebih
saudara C:tgu aku nk kira dulu

fuyyo...!!! seems like some of them can really make a lot of money from the scholarship. imagine if in a month you can save up to 400. in one year you can have about 4800!!! this is good...try to convert it in RM! :)



Sikit-sikit, nnt jadi bukit

the reason i did this survey was just to know either i always OVERspend my money or not coz sumtimes i can only save around 250+ only. huhu. but anyway, hopefully i'll be able to increase the monthly saving amount after this. if not up to 500 like saudari M, maybe up to 350 pun jadilah..hehe

Btw, whats the use of saving money ni? why not we just use it for daily usage mcm mkn2 kat Kebab Klub ka, apa ka? why do we need to save? hehe....bnyk jawapan ni...haha
yg slalu dgr, org cakap saving ni utk nnt bleh jalan2 masa cuti...bleh travel...
other jawapan yg agak best bunyinya utk nnt nak wat hantaran kawen...rofl.
apa2pun, in the end, the need to save money ni adalah untuk kegunaan masa depan... sapa yg dpt simpan bnyk, nnt mudah la sket nk wat any urusan nnt2. apa2 jelah, kawin ka, beli rumah ka, kereta ka...apa2 saja yg memerlukan duit la. Tp dalam keseronokan simpan utk beli brng2 ni, jgn lupa simpan sikit untuk bayar balik kat MARA tau.. :p

Akhir kata, berjimat cermatlah untuk masa depan. Jgn x jimat, sbb kalau smpi tahap membazir, nnt jd kawan syaitan plak...tp makan tu mkn jgk tau. Jgn kedekut smpi nk makan pun berkira sudey... :]

selamat menabung untuk semua...

p/s: kepada yang bertanya tentang sambungan sailing trip, insyaAllah weekend ni akan diusahakan... :)


Share/Save/Bookmark

To My best Old Friend

Just a short entry in conjunction with my best old buddy who's turning 21 today.
We met like since we were seven years old and Alhamdulillah, until today, the friendship still remain strong. Though we only had been a classmate for 6 year which is up until standard 6, i'm so grateful and thankful that the friendship remain as strong as if we were really close together all these while. Seeing each other only during school holiday and exchange stories was so fun. Really miss those great moment that we spent together.
The last time we met was during his visit to Dublin. InsyAllah may we meet again this July. [Wait for my arrival in Düsseldorf... :) ]
May both of us remain as a close friend till the end of our life.
Happy 21st birthday Ahmad Faris Ismail. May Allah always grant you strength and a better life ahead.

Bray, Ireland


Share/Save/Bookmark

RCSI sailing Trip to Lough Derg

Lough Derg = tasik derg (sebutan yg betul ialah lah deraagh)


Pelik kan bahasa gallic ni? hehe. anyway, tu bukanlah ceritanya...
mai nak habaq bagi, cerita untuk entry kali ni ialah tentang pengalaman 3 hari 2 mlm semasa aku ikuti sailing club pnya trip. macam tajuk tu cakapla... =D

Around Lough Derg Yatch Club House

Hari pertama
masa bertolak: 5.20 ptg
smpi sana: 9.30 mlm lbh kurang lepas singgah kat McD dan rehat sebentar.

aktiviti pertama: cari bilik. Dapat tgl kat bilik 4 org di sebuah BnB yang sangat cozy. Tinggal bersama dengan 2 pak arab (Malik dan Rahman) serta arip basiran.

Abdul Malik, Abdul Rahman dan Arif

kedua: potong kuku dan salin persalinan untuk beradu.
ketiga: Tak jadi tidor, sebaliknya main card game 'texas hold 'em' (yg ni sama macam kat dalam filem casino royal). actually this is my first card game and i learned lots of weird terminology such as flush, royal flush, 4 of a kind and etc. Actually mmg susah gambling ni. mmg 100% bergantung pada nasib...dan sebab tu haram!! even bleh wat trick camna pun, still card tu yg menentukan samada menang ataupun kalah. Surprisingly, i won quite a lot in the beginning sebelum kalah balik lepas tu. =p
Btw, kitorng x guna duit tau, just pakai cip2 yang gantikan nilai duit ja. so mmg tak hilang apa2 pun. Jgn salah anggap ye. hehe. Masa ni jugak la berkenalan dgn lebih rapat bersama 3 lagi jiran kitorng iaitu student2 pre-med iaitu Abdul Rahman(lain dari yg kat bilik sy tu), Marwan dan Abdullah.
keempat: tidor dan bergambar kenangan. =)

Hari Kedua
satu: subuh 4.30 pg secara jemaah dan tidor semula secara jemaah. (bgn dalam pkol 10 pg pun secara jemaah) hehe.
kedua: mandi manda di BnB dan bersarapan di club house
ketiga: Tolong menolong pasangkan tiang layar dan lain2 peralatan utk kapal layar laser tu. Masa ni tak belajar bnyk lg terminology yg pelik2. masa belayar ptg nnt, br belajar dari Rob. kadang2 x ingat semua pun, agguk jela tnda hingat semua...haha

Rahman : Abdullah : Malik

empat: Belayar buat kali pertama. Lisa navigates kapal layar besar yang boleh muat 7 org serentak. She was so skillful and not to forget, gorgeous! =p
-Beginner mcm aku dianjurkan untuk cuba kapal ni dulu sebelum belayar dengan kapal yg lebih kecil-
lima: Rehat dan lunch walaupun belum buat apa2 kerja berat lagi. isi saja tangkinya ya pak...haha. Sumbat roti dan sup saja. sini diorng x makan nasik. roti pun rotilah... waktu ni jugak aku sempat berkenalan dengan beberapa org classmates yg sebelum ni taknah perasan pun diorng dalam kelas tu. haha. In fact, diorng pun cam terkejut to know that we are in the same class. nampak sangat la diorng pun x ambil kisah sangat...!!
enam: solat di bilik dan kembali ke club house. Masa ni mmg sangat2 tension! ingatkan dah tak jadi belayar dah petang tu! dah la kita ni belum lagi merasa belayar betul2. hampes gle!! Setelah letih menunggu sambil berborak2 dengan para peserta lain, akhirnya muncullah si Rob yang tinggi lampai tu. dia pun terkejut sebab semua orang lepak2 saja. mcm dah puas belayar. hampes betol. nasib baik la si Rob ni baik. dia ajak sesapa lagi yang belum belayar dengan bot kecik tu join dia. Yeay!!! Tapi still terpaksa tunggu giliran lagi bila Rob decided untuk bawak pompuan dlu. ala...jd gentleman la pulak si Rob masa2 ni..tak best btol. hehe
ketujuh: Akhirnya setelah puas menunggu, dapatlah jugak belayar. Si Rob ni memang pakar. dia dah main kapal layar ni sejak umor 7 tahun! skrg dah 20 thn dia tu! kira la ye dah bpa lama dia main bnda ni. hehe. Akhirnya aku dapat gak pengalaman kontrol bot tu dengan senirinya. aku kontrol both the rotor n the main sail pnya sheet (tali layar). awalnya memang gempak la jugak buat beginner cam aku ni. tp, lepas je sekejap...teka2, apa yg berlaku.
Pengalaman buruk berlaku di sini. haha. Cuba teka apadia?
Kapal yang aku control tu capsized...haha. abes la basah baju dan seluar smua. sejuk plak tu! nasib baik si rob ni cekap, dia dapat kembalikan kapal tu kepada posisi asal dengan cepat gak r. so takdak la kebas sgt kaki yang kesejukan ni. Sejuk gle air tu


lapan: Naik ke club house dan bancuh teh panas. Lepas tu trus balik ke bilik dan panaskan badan dengan air panas. lega...petang tu jugak, semua org bersiap sedia untuk BBQ parti...wahahaha. nak tau apa yg berlaku masa parti tu?

*****

tunggu sambungan entry ni ok. Esok kita sambung lagi cerita na. dah mengantuk. huhu. selamat malam...



Share/Save/Bookmark

Kinar- [the meaning in Malay]

Sekadar ingin berkongsi lirik lagu yang unik lagi comel ini.
Mudah mudahan kita dapat mengambil pengajaran dari liriknya, bukan sekadar mendengar lagu sambil bergembira sahaja. Wassalam





Here's the translation of Kinar.
(Translated by Akh Asyrafdinni)

adakah kamu tengok burung kenari, dubu dubu tor (bunyi burung dalam bahasa arab)
suaranya sangat merdu, tanyalah pokok (kalau tak caya)

Salam termanis dan ukhwah terindah
Wahai bunga yang cantik di tengah hari
Aku ada benda hendak cakap nie
Dengar baik-baik tau

Wahai dhub, wahai kamu-kamu yang comel
Rabbul Jalil menganugerahkan suara yang merdu
Aku tidak bakhil, aku pergi ke semua rumah
Aku menyanyi dan terbang
Dan aku ziarahi tekukur
Walaupun aku kecil tetapi amalku seperti orang besar

Aku selalu ucapkan subhanal karim, subhanal 'azim
Bunga yang paling bahagia
Waktuku berharga, 'azamku takkan sengek (i.e tegak sokmo la)
Dan tuhan membantuku dan merezekikanku buah-buahan

Dan kamu semua diberikan nama oleh Ar-Rahman
Dan negara berbahagia menjadikan semua diri kamu terbilang
Binalah hidup dan kaut semua waktu
Siapa yang luput waktunya akan terlepas kereta api.

credit to :
1. http://eldalila.multiply.com/journal
2. Ibtisam Ismail, Adelaide. (nah amik ni) :=)

Ps/ nantikan kemunculan entry berkenaan pengalaman selama 3 hari bersama rakan-rakan semasa mengikuti RCSI Sailing Trip di Lough Derg dalam masa terdekat.


Share/Save/Bookmark

Cuti-cuti musim Bunga

Alhamdulillah, berakhir sudah program CCMB anjuran PPIMI pada minggu lepas.

Aku sangat bersyukur kerana dikurniakan kesempatan untuk mengikuti semua program yang dianjurkan bermula dengan crash course bahasa arab hinggalah kepada penutupnya iaitu Kursus Pra-perkahwinan.


Para peserta Kursus Pra-perkahwinan bergambar kenangan bersama Ustaz Erfino

Aku kira program anjuran PPIMI ini sangat menarik dengan aktivitinya yang meliputi segala aspek hidup. Bukan kerana ingin menyokong si Eros (Pengarah CCMB), tapi personally program ini memang merangkumi pelbagai aspek kehidupan bersesuaian dengan temanya "360 eyes on I". Aspek seperti Perbankan Islam, rekreasi, kehidupan berkeluarga, hiburan dan sebagainya tampil pada kali ini untuk tatapan pada pelajar di sini. Tahniah buat para AJK yang bertanggungjawab. Terutamanya pada team Bila Tuhan Berbicara (BTB). Sangat menarik!


Al-Qamar di MASAI

Namun ingin aku timbulkan persoalan di sini ialah kenapa program ini pada pendapat aku tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pelajar di sini? Hanya yang begitu menarik perhatian adalah apabila O'Flannagan lecture theatre penuh dengan mereka yang ingin berhibur waktu malam MASAI. Program-program lain pada kiraan aku hanyalah begitu sedikit kehadirannya jika ingin dinisbahkan dengan jumlah pelajar di sini (Dublin).

Babak-babak dalam pentomen BTB

Yang lebih menyedihkan, kaum sejenis aku la... yang paling sikit dalam mana2 acara sekalipun. Bahkan masa Simposium IMAM pun dengan jelas dapat dilihat, sikit sangat jumlah kehadiran lelaki berbanding perempuan. Mana perginya semua lelaki ek? Aku yang kadangkala duduk terperap depan komputer ni sari suntuk pun boleh kuar, apatah lagi mereka yang bukan dari jenis aku? pelik gila!

Apa2pun, Aku harap program2 yang lebih mantap dan tersusun serta sekali lagi meliputi segala aspek kehidupan dapat dihidangkan untuk para pelajar di sini agar kami semua dapat menambahkan nilai diri ini seperti yang sering diperkatakan. "Rugi kalau datang overC tp balik jadi sama macam mahasiswa kat malaysia". huhu.
Semoga semua yang menyertai program ini dapat memanfaatkan ilmu untuk kebaikan bersama.



Share/Save/Bookmark

A picture worth a thousand words. 2 pictures?

Assalamualaikum,


Lama la pulak tak post apa2. Kebelakangan ni macam sibuk sikit actually though banyaknya macam saja2 buat sibuk. :)
well, anyway, hanya sekadar ingin berkongsi kegembiraan ber'go-kart' bersama-sama dengan kawan-kawan last time. sangat2 menyeronokkan!!! itulah saja yang dapat digambarkan dengan kata2, lainya, hanya mereka yang berada di sana saja dapat merasainya.
Pengalaman pertama kali bermain go-kart memang sangat menyeronokkan. Litarnya walaupun jenis indoor, tp agak ok la dengan segala macam kemudahan yang disediakan. Keseronokkan juga bertambah apabila mata terpantas dapat dicatatkan. YEAY!!!! Tambah menarik lagi, Ustaz Erfino juga turut serta. Ustaz dapat no 2 keseluruhan tu!!!! tahniah2.
apa-apapun, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada saudara rifhan dan semua2 ajk yg bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini. moga2 semuanya mendapat berkat dan diredai Allah.

Sekian.


Share/Save/Bookmark