Iklan



Jom ramai-ramai join go-kart! Gunakan masa cuti ni untuk beriadah bersama-sama...jom hubungi nama-nama yang tertera untuk mendaftar. Tempat adalah terhad, harap maklum.


Share/Save/Bookmark

Camca o..camca


Nasib Camca

Terkejut aku bila kena '
buzz' dengan kawan sorang ni. Dah la masa tu tengah ber'DOTA'. Nasib baik tak kena 'pawn'. Rupa-rupanya sorang sahabat ni mintak aku baca entry blog dia...katanya menarik.

Ayat pertama yang aku nampak kat blog tu nampak sangat familiar pada aku."
apa salah camca sampai kena gelak?". Ayat ni adalah salah satu status YM aku beberapa hari yang lalu. Memang melucukan bila baca entry blog tu sampai habis. Kawana aku tu tulis tentang perbezaan bahasa yang kadang-kadang digelakkan oleh awam berdasarkan pengalanamnya. Ada jugak hamba Allah yang rajin tulis entry macam tu. Haha. Apa-apapun, terima kasih kepada kawan baik aku ni yang meluangkan masa untuk menulis entry tu. Thanks Faris aka Peh.

Tujuan aku tulis entry kali ni sekadar ingin berkongsi pengalaman dan pemerhatian aku. Memang menakjubkan bila difikirkan, walaupun dalam bahasa melayu saja, terdapat begitu banyak loghat-loghat yang berbeza. Ada loghat utara, pantai timur, indonesia (loghat ke ni?) KL dan lain-lain. Tu baru satu bahasa saja, tak kira campur dengan bahasa-bahasa lain lagi. Indah sungguh ciptaan Allah yang menjadikan manusia-manusia ini berbeza bahasanya. Cuba bayangkan betapa banyaknya bahasa-bahasa yang berbeza di muka bumi ni. Apatah lagi loghat setempatnya kan?

Camca dan meeting

Bukannya aku ghasa offended ka apa bila digelakkan ketika menyebut 'camca' dalam salah satu meeting kecil yang aku hadiri, tapi agak menarik kerana seolah-olah perkataan macam tu tak pernah didengari oleh mereka-mereka yang menggelakkan aku (Bahkan mungkin pada masa tu, ianya agak menceriakan suasana meeting tersebut yang pada awalnya memang tak hingin aku sertai). Tapi ghasanya sebagai seorang hamba yang kebanyakan orang menyetujui bahawa kita semua adalah pengembara di bumi yang tidak kekal ini, bukan ka lebih baik kita hargai segala perbezaan yang ada? kita ambil apa yang positif di sebalik perbezaan ini. Bahkan kalau tak salah la, dalam berdakwah pun kita cari persamaan dan gunakan sebagai senjata dakwah kita. Betul tak?


Dakwah dalam situasi semasa

Merujuk situasi semasa, memang aku kagum dengan kesungguhan sesetengah pihak yang kuat menggerakkan agenda-agenda dakwah mereka yang tersendiri. Namun, pada padangan aku, cara sesetengah mereka itu mungkin tidak berapa tepat. Aku tak pasti la macam mana ketidaktepatan tu, cumanya, ada antara diorang ni yang bila approach aku membuatkan aku cam nak lari lagi jauh dari diorng tu. Yang satu group ni pulak aku ghasa agak kena dengan apa yang aku cari mungkin dan takdak la pulak aku jauhkan diri. Bukan niat aku untuk tidak join semua aktiviti-aktiviti berkaitan agama ni, tapi sikap sesetengah pihak tu membuatkan aku ghasa kurang senang. Kalau melihat kepada pengalaman aku dengan para pendakwah ni, tak ramai yang begitu menekankan kepada mencari persamaan. ramainya nak suruh kita ikut saja semua idea-idea yang diorng bawak. Aku tak cakap yang tu salah, tapi kena la tengok jugak apa sebenarnya yang orang-orang yang join group korang ni carik. memang la suma mencarik jalan kebenaran, tapi kebenaran macam mana yang diorng tu nak??!!

Dakwah Kristian dan Dublin

Ingin aku kongsi satu pengalaman la di Dublin ni. Dalam sebulan dua yang lepas, ada 2 orang pendakwah kristian datang (laki dan perempuan), diorng ni kira macam tabligh la kot kat malaysia. jenis yang memang pergi dari satu rumah ke rumah yang lain. yang menariknya, diorng bagi kitorng satu rumah beberapa pamplete tentang kristian dan diorng bagitau diorang akan datang lagi dalam masa seminggu. so kitorng pun baca la pampletes tu. memang terkejut bila tengok ada antara pamplete tu memuatkan ayat-ayat al-quran.
Point yang diorng bawak sangat jelas iaitu untuk menunjukkan persamaan antara kristian dan islam tentang syurga dan tuhan kot kalau tak salah la. So dipendekkan cerita, dalam masa seminggu lepas tu, diorang pun datang la semula...(kali ni 2 orang laki). so sembang punya sembang, last-last terkeluar dari mulut dia yang diorng ni sebenarnya macam tak percaya sangat Quran ni...dan kitorang yang ramai-ramai ni pun dapat la tangkap apa maksudnya bila dia letak ayat al-quran tu...iaitu diorang cuma gunakan ayat-ayat ni untuk menunjukkan persamaan dan gunakan point tu untuk menyeru orang ke arah kristian...tapi alhamdulillah, takde pulak yang percaya kot dengan apa yang diorang cakap tu.

Konklusi

So apa yang aku nak bawak adalah teknik tu penting di sini, tak kira la dalam apa-apa urusan pun. even dalam main dota pun penting, apatah lagi dalam urusan yang sepenting urusan dakwah ni kan? (aku suka sentuh urusan dakwah ni bukan sebab apa, semua orang kat sini asyik bincang pasal tu saja) Bahkan dalam pelajaran sekalipun, teknik tu penting, tak kisah la tekniknya tidor di kuliah sekalipun kn? =p.
Berkenaan camca tadi tu, aku harap semua kita dapat hargai perbezaan yang ada di bumi ini dengan sebaiknya dan menilai apa yang tersirat di sebalik perbezaan tu. Takdak la nanti secara buta-buta nak tolak sebarang perbezaan kn? Even kalau tak salah aku la dalam surah apa tah kat dalam Al-Quran, Allah ada sebut yang DIA menjadikan kita ni berbeza-beza untuk saling mengenali antara satu sama lain...So gunakan kesempatan di bumi ini untuk mencari rakan-rakan dan menolong satu sama lain mencari kebenaran.

P/s: Btw, hobi melancong aku pun dah bertukar sejak datang ke Dublin ni. Aku nak kumpul camca hiasan untuk setiap bandar yang bakal aku lawati nanti. Semoga aku nanti dapat kumpul banyak-banyak camca hiasan...



Share/Save/Bookmark

PALESTINE: PAST, PRESENT AND FUTURE Conference.

Alhamdulillah,

Sedikit kesempatan di celah kesibukan ini, ingin dikongsi bersama untuk memberi peluang agar otak karat yang asyik menelaah buku-buku perubatan ini berfikir sesuatu yang di luar bidang keselesaannya.

Pada hujung minggu lalu, Allah yang Maha Agung telah mengurniakan kesempatan masa untuk saya menghadiri suatu ceramah ('talk') berkenaan Palestin yang disampaikan oleh seorang pemikir Islam kontemporari iaitu Dr. Azzam Tamimi dari Institute of Islamic Political Thought. Sesungguhnya dan sebenar-benarnya inilah suatu ceramah tentang Palestin yang pada saya telah membuka suatu dimensi dalam pemikiran yang selama ini mungkin telah tersalah anggap isu berkaitan Palestin. Terlalu banyak untuk ditulis jika ingin menceritakan apa yang berlaku dari A ke Z. Cukuplah sekadara saya menyimpulkan bahawa ianya memberikan satu pengalaman dan input-input baru tentang Palestin, tidak seperti beberapa ceramah berkenaan Palestin yang pernah diikuti sebelum ini.


Namun beritu, mungkin ada sesetengah idea yang dibawanya tidak dipersetujui oleh pihak-pihak tertentu kerana ada diantaranya yang bertentangan dengan apa-apa yang telah dan pernah kita ketahui sebelum ini. Sebagai contoh, menurut beliau, apa-apa yang berlaku di Palestin sekarang ini lebih kepada pergolakan politik berbanding agama seperti yang kita selalu diomok-omokkan. Ada juga kebenaran dalam hujah beliau yang antaranya telah sedikit pudar dari ingatan ini lantaran tidak banyak mencatit dengan harapan agar dapat ditumpukan perhatian. namun begitu, bagi sesiapa yang berkesempatan pada masa-masa mendatang, cubalah cari beberapa klip di youtube yang ada mungkin memuatkan Dr. Azzam Tamimi. (mungkin bukan berkisar tentang isu Palestin)

Selain itu, di sini juga ingin saya cadangkan sebuah dokumentari keluaran BBC yang menceritakan tentang perjalanan dunia ini iaitu The Power Of Nightmares. Dokumentari ini terdapat dalam 3 episod dan tiap satunya selama satu jam. Pandangan peribadi saya menyatakan bahawa ianya merupakan wadah yang terbaik untuk kita lebih memahami beberapa perkara yang sememangnya tiada kita pelajari dalam silibus di sekolah. Satu hidangan istimewa untuk merasa resipi baru dalam padangan kita tentang kehidupan di dunia ini. ternyata, padangan peribadi ini tidak meleset apabila Dr. Azzam juga mengakui bahawa dokumentari ini adalah antara yang terbaik pernah dihasilkan BBC. 'Tanpa bias' katanya kepada saya sewaktu saya bertemu dengan beliau semasa sesi rehat pada hari tersebut. Mungkin anda ada pandangan lain setelah menontonnya, sama-sama kita bincangkan.
(ps: Anda boleh google dokumentari ini di google video)

Setakat itu sahaja buat kali ini, moga kita lebih peka akan saudara segama kita yang memerlukan bantuan di sana (Palestin). Bantulah dengan apa cara sekalipun, sesungguhnya mereka memerlukan bantuan kita. Semoga Allah memperkuatkan jentera-jentera pertahanan Islam di sana.

Sekian,

Yang Masih sibuk dengan buku-buku dan nota kuliah,
Muaz Adam


Share/Save/Bookmark

Zeitgeist

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana masih lagi mengurniakan nikmat Iman dan Islam kepada hambanya yang banyak bersalah ini.

untuk post kali ini, hanya sekadar ingin berkongsi dengan rakan-rakan sebuah filem dokumentari yang pada pandangan saya begitu berfaedah kerana ianya memuatkan idea-idea yang mungkin selama ini tidak pernah kita fikirkan.

Dokumentari bertajuk ZEITGEIST yang bermaksud 'the spirit of the age' ini cuba mengetengahkan sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan selama ini. Padat dengan isu-isu seperti 9/11 dan a world government serta manipulasi agama dalam politik. Sebuah idea yang telah lama perancangannya berjalan tanpa kita sedari. Sama-sama kita ambil iktibar dan fikir-fikirkan.

Semoga dengan ini kita akan lebih sedar dan berusaha memajukan diri untuk agama dan negara.

Wassalam.


Share/Save/Bookmark