Hati Ini




Topik kali ni pun macam dah hampir menjelaskan semuanya bagi mereka2 yang hampir dgn aku. Susah, sukar dll. tak terkata kekacauan yang berlaku. Bukan ada sebab yang jelas pun. entah mana silapnya. mungkin sebab orang kata bila kita jauh dari suasana yang baik, kita makin hanyut? Mungkin. Segalanya mungkin boleh menjadi penyebab. Risk factor dah banyak, so...mungkin segala galanya akan berubah apabila sampai masanya kelak. Menunggu masa yang sesuai sakit sungguh. Entah bila pun tak tahu. Moga diberi petunjuk.


Keserabutan

Tapi sebenarnya bukan saja soal hati yang menjadi masalah. Ada lagi lain-lain hal. semuanya memerlukan perhatian. Pelajaran terutamanya. Nota??!!! Argh....bertimbun. rasanya kalau betul2 habiskan setiap masa dengan baca nota saja pun, habes satu hari suntuk tanpa buat apa2. Tambahan pulak dgn banyak benda sampingan (internet, movie dll), bertambah sukar hidup. Mungkin masanya dah sampai kot untuk give up semua benda2 yang lain ni. Perjuangan memerlukan pengorbanan. Dah sampai masanya barangkali. Tapi, kan baik kalau tidak bersendirian? ^O^
Sabarlah wahai hati. Tenanglah engkau, mudah-mudahan ada hikmah di sebalik semua ni. belom pun mencuba, tapi...tunggulah dulu ye.

Kelas sudah hampir sebulan bermula, satu module (Biology and Epidemiology of Disease atau singkatannya BED) dah habis. Sekarang ni tengah belajar module cardiorespiratory (CR). Kali ni semuanya perlu masuk ke otak tepat2. Ilmu ni bakal digunakan sepanjang hayat insyaAllah. Kalau masa junior cycle bnyk teori2, kali ini di Intermediate cycle, bahagian praktikalnya mula kelihatan. Setiap hari pergi dan balik ke Beaumont memang agak memeritkan. demi secubit ilmu aku gagahkan jugak. walaupun tidoq di dalam lecture, mudah-mudahan ada keberkatan di sebaliknya. Oh, bagi sesiapa yang rasa ada petua untuk elakkan tidoq di dalam lecture yang lampunya mmg malap mcm lampu tdoq, silalah membantu. Kerjasama anda sangat diharapkan.


If any of them is me, it would be the one on the rightmost

Berbalik kepada soal hati tadi. Aku rasa eloklah diuraikan semuanya sebenarnya. Tapi bimbang sungguh. Sungguh-sungguh bimbang. Padahal niatnya memang untuk benda yang baik, tapi perlaksanaannya lebih susah dari nak membuat benda yang tak elok. Syaitan sungguh! Kalau benda tak elok (korang pikir sniri la) mudah....saja. Tapi bila nak membuat sth yang baik, lain pulak jadinya. was-was dll. semua elemen jahat ada. Dua persoalan besar sebenarnya. takpa sajalah. mungkin x sesuai dikhabarkan di sini barangkali. apapun aku rasa masalah utamanya cuma satu saja. Ketidakpastian yang membawak kepada kebimbangan. Eh, dah dua pulak kn? ^^
tambah satu saja, boleh kot.

apapun, aku simpulkan semuanya di sini:
we are blessed with a very short time to live yet so many things to explore and uncountable riddles in between. i wish that it is easier to get the message across. :(

P/s: sorang kawan tanya aku tadi, mana aku cilok bnda ni. tah la, ttba rasa nak berpuitis sikit2. ^-^
selamat pagi semua...


Share/Save/Bookmark

Inside Hamas

I found this documentary in Ninjavideo.net This is just another point of view concerning HAMAS. Nothing wrong to look from different angle. Don't judge them just by looking from this angle. The conflict is much more complicated! Let us pray to Allah S.W.T for the peace of Palestine.


Share/Save/Bookmark

all in one

Cuti antara semester aku habiskan dengan sedikit melancong (4 hari ke UK), menghabiskan buku Trust me, I'm a junior Doctor, menonton pelbagai filem, bermain games, berehat dan membeli belah. Terpaksa sebenarnya membeli belah ni. Hanya ada sehelai baju lengan panjang formal saja sebelum ni yang aku bawak dari Malaysia untuk ke hsopital. Itupun sebeb wajib berpakaian formal ketika berangkat ke Dublin buat pertama kali. Baju lain kebanyakannya aku tinggalkan di Malaysia. Rezeki Zara tengah ada jualan murah. Tak dapat harga ni kat Malaysia cik kiah oi! seluar Emmer Zecne kat malaysia pun lagi mahal tau. :p Pengalaman 3 hari di Liverpool dan satu hari di Manchester memang menarik. Nampak gayanya mungkin akan ke Liverpool buat beberapa kali lagi untuk tahun-tahun mendatang. Abang Husnee dan keluarga cukup untuk membuatkan aku ke sana lagi. Buat Erfan dan Emirul, nanti Uncle Muaz datang lagi. Rasa tua la pulak bila budak-budak ni panggil uncle.






comel kan si Erfan? siapa yang comelnya? :p


Emirul and Erfan. -Photo cilok from FB-

Bandar Liverpool dah habis dikhatam. InsyaAllah lepas ni kalau siapa-siapa mahu ikut pun boleh. Nak rasa masakan ibu-ibu sekali sekala, apa ruginya berjalan jauh sikit kan? Buat Alwi dan Ben, terima kasih banyak-banyak. Both of u really made my day so meaningful in Mahchester. Maaf juga terpaksa susahkan kalian yang baru lepas menduduki peperiksaan.

salji di dublin


Di hadapan rumah 26

Sekali lagi tahun ni aku diberikan kesempatan. Menerima kehadiran salji. Ramalan cuaca agak tepat tahun ni. Ketika di liverpool lagi khabarnya semenanjung UK dan Ireland akan menerima cuaca sejuk yang agak melampau. Tidaklah semelampau di russia ya Pidud kn? ^.^ Tapi syukur. Salji lagi dublin tahun ni. Tahun lepas walaupun aku hanya sempat merasa 10 minit salji di Stephen Green park (sambil makan tengah hari), tahun ni lebih menarik. Salji lebat hinggakan ada yang hampir mencecah satu inci lebih. Grand canal pun beku seketika permukaannya. Salji buat kali terakhir ahad minggu lepas ( kalau tak salah) memang berbeza. lorong-lorang berhampiran rumah aku semuanya putih. Sungguh. Tak pernah aku rasa pengalaman macam ni lagi. Aku belum pernah ke ski resort ye untuk pengetahuan semua. jadi, ini perasaan normal tau. :D


Beku

Sempat jugak aku meluncur beberapa kali dengan kasut aku kat atas jalan tu. pagi buta. semua orang tidoq lagi...

Grand canal


semester baru
Alhamdulillah, setakat ni semuanya masik lagi okay. Dari kelas sehinggalah ke praktikal. semuanya masih lagi seronok. mungkin lantaran persekitaran baru. entahlah. semua sesi praktikal untuk group aku setel within a day. sesetengah kumpulan ada yang jadualnya berterabur dan dua sesi pada hari yang berbeza. Jadi ini bermakna dalam dua minggu pertama (last week and this coming week), almost all my class will start at 10am. Praktikal "venopuncture and cannulation" serta "suturing" memberikan satu ruang untuk mempelajari sesuatu yang baru secara total
.

Sebelum ini pernah aku diajarkan suturing. tahun lepas, masa simposium IMAM. lainnya kali ini, Dr. Waleed ajarkan lebih dari satu teknik. Walaupun kebanyakannya hanyalah untuk tujuan kosmetik, namun menjahit luka dan lain-lain ini berbeza dengan jahitan biasa. Menarik pada pandangan aku. Untuk sesi "venopuncture and cannulation" aku agak kekok. terutamanya cannulation. entah berapa kali aku cucuk-cucuk "tangan" tu. selepas beberapa kali, barulah cecair merah tu kelihatan memenuhi ruang kosong di belakang jarum besar tu. lucu. nampak mudah, tapi...
makanan menjadi satu masalah di Beaumont. Mahal dan kebanyakannya tidak halal. Aku rasa kebanyakan orang memilih untuk bawak makanan sendiri. Aku setiap pagi burger ataupun egg benjo. Makan tengah hari dihadkan dari pukul 1.15 hingga pukul 2 ptg untuk pelajar-pelajar perubatan di kantin staff. Menariknya, kopi dah teh PERCUMA!
Pergi balik dari hospital ke rumah memakan masa satu jam untuk satu hala.
Kelas makin banyak dengan kebanyakan
lecturer yang hampir kesemuanya konsultant dan doktor-doktor dalam bidang masing-masing cuba menghabiskan kuliah secepat mungkin. khabarnya mereka tinggalkan kerja untuk datang memberi kuliah. peliknya, pelajar tak sanggup meninggalkan rumah untuk mendengar kuliah. ironi.


Hari Kekasih?
14 Februari. Semalam. Sebut saja tarikh ni, semua orang sedar apa yang berlaku hampir di mana-mana sahaja. Sambutan hari kekasih. Aku tak sambut. Banyak sebabnya. Telah la dengan bertentangan dengan ajaran Islam ditambah pulak dengan tiada siapa yang nak disambutnya. lucu.Tapi hari ini turut memberi kesan dalam kamus hidup aku. Besar jugak. Bukan sebab dapat buah hati, tapi sebab dimudahkan beberapa urusan. Terkesan jugak rupanya ya? hm....satu, Aku memberanikan diri berbincang tentang pelan masa hadapan dengan mama dan baba. Alhamdulillah,syukur keluarga aku tidak menghalang. Kata mama "Istiqarah dulu, semayang hajat semua, Ingat ayat tu (mama tujukan pada ayat Quran yang bermaksud "wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik ialah untuk wanita-wanita yang baik"). Mama dengan baba takdak halangan. bila- bila pun takpa." Alhamdulillah... sungguh-sungguh aku bersyukur. Setidaknya sebelah pihak sudah bersedia. Bila pulak agaknya sebelah lagi akan muncul? besar persoalan tu. Aku hanya mampu berdoa dan berusaha sedaya mampu. semoga dipermudahkan segalanya. InsyaAllah ^-^
Gembira sungguh hari ini. Macam di atas bulan. ya ka? Bukan sebab apa yang lebih gembiranya. keduanya, tiket balik ke Malaysia pun dah siap. Murah sungguh. Alhamdulillah. Setahun lebih tak balik tau! Rezeki cathay pacific tengah ada sale. Boleh buat simpanan lebihan budget tiket balik malaysia. takpun beli SLR ataupun Ipod ka? kn? kn?
lagi satu sebanbnya, insyaAllah kalau takdak aral melintag, bulan april ni akan ada rombingan Kedahan ke Paris. Kawan-kawan baik dari serata negara ( 3, 4 saja pun) berjumpa di sana. Tak sabar rasanya nak ke kota cinta tu. Angin musim bunga kata faiz. Harapnya Hilmi turut dapat serta. Mudah segala urusan nanti kan abg Hilmi kn?






penutup

Panjang pulak la kan bila dah lama tak menulis ni. Malas dicampur kurang kesempatan. sekarang tengah mood layan lagu-lagu dari kumpulan Pendulum. Google la ye. untuk info lanjut. lebih kearah instrument. tapi agak laju melodinya. Akhir kata semoga semua kawan-kawan sentiasa sihat sejahtera dan rajin-rajin selalu. Selamat pagi dan assalamualaikum. tidoq la pulak ye. bye...


Share/Save/Bookmark