1st Post- intro
2/08/2008 07:44:00 PM
By: Muaz Nabil
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t yang telah banyak mengurniakan rezeki dan kasih sayang kepada hamba-hambanya. Di kesempatan ini ingin diriku yang kerdil ini ingin merafakkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran atas segala kurniaaNya. Walaupun diri ini tidak sempurna, perjuangan mencari kesempurnaan itu tetap diteruskan.
Wasilah perjuangan itu banyak cabangnya, setiap insan bergelar hamba di bumi sementara ini pastinya mahu memilih jalan sendiri berdasarkan asas-asas yang telah dipelajari semasa di sekolah mahupun di mana saja. Tidaklah elok kiranya akal fikiran yang telah diberi tunjuk ajar dan ilmu ingin dikongkong bagaikan lembu yang dicocok hidungnya!
Asas-asas agama yang telah dipelajari pastinya tidak akan disia-siakan bagi mereka yang peka dan sedar akan keadaan sekeliling. Tahap kepekaannya pula mungkin berbeza-beza untuk setiap insan dan hal inilah yang patutnya ditekankan dan bukanlah wasilah tadi. Namun harus diingat bahawa wasilah jua penting kerana kejayaan agama hanya akan berlaku dengan mengikuti segala sunnah yang ditunjukkan Rasulullah S.A.W.
Suatu kesimpulan untuk post pertama ini adalah usaha untuk membuka minda itu penting dan sama pentingnya dengan wasilah perjuangan yang harus dibawa. Melirik keadaan masyarakat dan persekitaran semasa, minda jumud yang masih lagi tertutup itu perlu dibuka dengan cara yang betul dan berkesan agar masyarakat tidak makin jauh dari jalan kebenaran. InsyaAllah.
pemburu,
8.2.2007
Bumi Asing

Subscribe to:
Posts (Atom)