Liku kehidupan
1/31/2011 05:27:00 PM
By: Muaz Nabil
Mode idiopathic headache
Takziah buat rakan-rakan dan kenalan di Mesir. Semoga Allah sentiasa memelihara kalian dari segala fitnah dunia dan kerosakan. Gerun pun ada bila membaca khabar-khabar dari sana. Perjuangan perlu diteruskan dan mudah-mudahan diberi ganjaran untuk mereka.
Buat rakyat Mesir sekalian, selamat maju jaya. Mudah-mudahan pemimpin zalim tersebut mendapat balasan sewajarnya.
Khabar terbaru menyatakan dia berlindung di negara haram Israel. Kalau betul, memang sah dia adalah kuda tunggangan selama ini.
Islam pasti akan menang, itu janji Allah. Berjuanglah kalian sehingga titisan darah terakhir. Pastinya balasan terbaik menanti di sana. ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! Walillahilhamd.
**********
Terus
Pandang depan
lupakan kisah silam
masanya barangkali dah tiba
Jauh ke dalam infiniti demi sebuah masa depan.
Bertahun pasti untuk menyembuhkan luka sedalam itu
Apapun semoga Allah kurniakan insan terbaik buat kamu
Pada aku cukuplah seseorang yang disenangi kerana agama dan akhlaknya
Bonus mungkin jika kecantikan dan harta turut bersama apatah lagi jika keluarga turut serta
Aku terus berjalan menusuri denai-denai kecil penuh berduri untuk sampai ke penghujung yang kekal
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbul 'Alamin
Kurniakanlah aku dengan petunjuk
berikanlah aku sedikit kesempatan
berikanlah aku secebis kelapangan
untuk membuat sebuah keputusan
Semoga bahagia yang didamba itu
kekal hingga ke hari pembalasan
juga terbaik untuk masa hadapan
yang kekal dan pasti
serta abadi
*********
Tadi jumpa patient schizophrenia, sedih dengar cerita hidup dia. Dulu dia kerja computer programmer dan kemudian addicted dengan cannabies. Lepas tu dia hilang segalanya dan diuji pulak dengan penyakit Crohn. Oh, mudah-mudahan Allah jauhkan aku dari dugaan dan cabaran yang tak mampu ditanggung. Kiranya diuji, aku berdoa agar diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk menempuh dugaan dan ujian tersebut.
Liku kehidupan
This entry was posted under
catatan harian,
General,
Hasil seni?,
Kawan,
Kenangan lama,
love,
pengalaman,
Peribadi,
Personal,
Semasa
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Feb 1, 2011, 1:18:00 AM
yg tulisan hijau koko tu tulis sendiri ka? menarik sbb dia jd bentuk rumah.
anyway, ameen to the duaa.
Feb 1, 2011, 6:16:00 PM
aah. tulis sndiri. cuba menjadi artistik. :P
jadi rumah ka? intentionally is a tree. hehe