Bujang Simple
1/05/2011 11:13:00 PM
By: Muaz Nabil
Simple cooking for today sebab:
1. On call sampai pukul 10 malam (alasan).
2. Malas! Tak sangat la sebab ada tambah2 bahan lain dalam megi tu ye dak?
3. Esok nak balik dublin?
Teh Ais Lemon dan Megi Special |
So harini cuma masak megi istimewa walaupun hajat awal nak buat ayam goreng KFC. Macam mana nak masak? Baca bawah eh? :p
A. Daging ayam (chicken breast) dipotong sesedap rasa dan dicampak ke dalam air panas yang sedang dipanaskan atas dapur.
B. Masukkan perencah tomyam megi dalam air panas beserta ayam tadi.
C. Masukkan dua paket megi lepas 5 minit.
D. Sayuran campur (frozen) segera dimasukkan setelah rasa ayam dah cukup masak.
E. Masukkan potongan tofu telur (kalau rajin) atau apa2 lagi yang boleh dicampak bagi menyedapkan rasa (untuk yang lebih rajin sahaja)
F. Pecahkan beberapa biji telur (secukup rasa) dalam campuran bahan2 tadi dan teruskan didihan selama 3 minit lagi.
G. Siap untuk dihidang (dalam mangkuk besar kalau ada). Kalau takdak, makan ja terus dalam bekas tu, mudah sikit nak basuh nanti. LOL
minuman special:
Air sejuk segelas dicampur dengan serbuk teh ais lemon segera yang tak perlu air panas untuk dibancuh. Tanda2 kemalasan memuncak.
Tada...bismillah dan makan sambil tengok AFV. Jangan sembur laptop sudah ye kalau gelak tu. o_O
Wassalam
P/S: cincai cincai kira rajin jugak la ye dak sebab tak makan megi kosong? ROFL
Bujang Simple
This entry was posted under
gambar,
General,
Resipi Masakan,
Semasa
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jan 6, 2011, 11:42:00 AM
nice, baru pagi td aku layan megi kosong dgn air panas jer utk sahur, malas tahap cipan nk masak atas api, hahaha.
air masak jer, xder bancuh2 =P
Jan 6, 2011, 12:37:00 PM
lol. see, im not that lazy. yeay! haha
Jan 6, 2011, 8:05:00 PM
malam ni si ezreen n haziq masak special
ayam kunyit (sbb nak exam dah) pastu telur ayam masak apa ntah.
makan makan banyak, pastu rasa malas nak blajar
Jan 8, 2011, 10:43:00 PM
Selamat exam EE