Salam wbt,

Apa khabaq semua? ha...baru boleh menaip sikit. letih memasak baru-baru ni. tak sempat nak update. :D

Anyway, as you all know, sebelum ni aku away sekejap, p program PUISI 2010 dengan tema Kembara Tian Xia. Kalau nak update lebih pasal Kembara Tian Xia ni, boleh la klik link berikut. Kawan aku sorang ni jadi peserta, so dia share la sedikit sebanyak.

Pertamanya, aku nak mintak maaf la awal2 sebab tak dapat nak penuhkan impian untuk kongsi gambaq2 menarik sebab aku tak ikut sebarang aktiviti dan jugak gambaq2 pemandangan cantik di sekitar Glendalough telah dengan tidak sengaja terpadam akibat telefon yang baru dinaiktaraf firmware. :,(

On my behalf, aku jugak nak share pengembaraan aku dalam program PUISI 2010 ni.
Walaupun pada asalnya bercadang untuk jadi peserta buat kesekian kalinya (maklumlah tak pernah p PUISI...) takdir telah menentukan aku pergi ke PUISI kali ni sebagai AJK MASAKAN...(highlight tahap gaban!) Memang pengalaman menarik jugak la. Cuma yang agak merugikan ialah aku tak dapat nak ikuti pengisian oleh Ustaz Zamri "Mari Mengaji" memandangkan tempat program dengan hostel agak jauh (25 min walking distance).


Beberapa perubahan terpaksa dilakukan berikutan cuaca yang bersalji termasuk tempat program terpaksa diubah termasuk juga jadual dan aktiviti-aktiviti untuk program PUISI itu sendiri. Walau bagaimanapun, setakat ini, feedback dari para peserta memang memberangsangkan. Walaupun terpaksa berjalan pergi dan balik setiap hari hampir sejam, mereka sangat berpuas hati dengan pengisian-pengisian program PUISI 2010 ni. Memang mengembara la orang kata. ^___^


Aku pulak yang selama ini agak malas memasak telah dilantik menjadi ajk masakan ad-hoc. Walaupun agak keberatan, aku setuju jugak la sebab aku memang tau yang memasak ni letih, walaupun bukan tukang masak utama dan tak ramai orang sanggup masuk dapur. Bekerja dengan Hariz dan Banang (Hafiq Hamid) memang kaboom, THE BEST! Walaupun tugas kami cuma memasak, tapi hariz kata, paling kurang, kita memasak untuk membolehkan orang lain untuk menuntut ilmu. Pergh...salut la dengan bos aku nih! Padan la dia dah berada selama 4 tahun di dapur PUISI.

Makanan yang Hariz dan Banang masak memang tip top. Plus, diorang jugak masak special untuk sorang misterious participant yang tak makan ayam...well, akhirnya tau jugak la sapa yang tak makan ayam tu kan. Tak complaint langsung. Kalau aku, sure dah mengomel sana sini sikit sebanyal. haha. Sori ye cik adik. :P

Anyway, memasak memang memerlukan tenaga. Bukan setakat masak, lap dapur, basuh pinggan periuk segala macam benda yang boleh dibasuh. Plus, (sepatutnya) kena bangun awal dan tidur lambat which is very tiring indeed. Tambahan pulak, since dekat dapur cuma ada 7 orang pada beberapa hari pertama dan tinggal 6 orang pada hari ketiga. Hariz, Banang, Pok (hanif), aku, Kak Safiah dan sorang muslimat dari Galway, Natrah. Mat Rom terpaksa bertolak awal atas sebab2 peribadi. Jadi, setelah beberapa hari di dapur, aku dapat la belajar beberapa perkara especially trick masak nasik manually. Haha, no wonder sebelum ni asyik fail aja. Haha

Jadi, pengajaran yang dapat aku kutip ialah, kita boleh merancang sebaik mungkin, namun Allah punya perancangan yang tersendiri untuk kita. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Walaupun kita tak dapat apa yang kita harapkan, Allah pasti akan bagi sesuatu yang lain sebagai pengganti termasuk sesuatu yang mungkin juga tak pernah mintak, tetapi atas sifat Maha Mengetahui Allah, dikurniakan-Nya kepada kita kerana DIA tahu kita perlukan sesuatu tersebut.

Bersyukurlah dengan pemberian Allah dan sentiasalah membanyakkan amalan bagi menunjukkan rasa syukur. Ustaz cakap, ramai orang boleh bertahmid dan bertasbih di mulut, namun tak ramai yang mampu beramal sebagai tanda kesyukuran. Jadi, marilah sama-sama kita perbanyakkan amalan dan sentiasa berefleksi. Artist yang tah apa2 pun cakap Alhamdulillah bila dapat award you know! 
So apa beza kita dengan mereka? :)

P/s: rajin2 nanti aku letak a few pic, tu pun kalau ada.