Harini tiba-tiba rasa nak menulis pulak lepas lama tak menulis kat sini.
Banyak benda berlaku dalam 2 3 minggu ni. Assignments yang tertanggung-tanggung (jangan ikut perangai ni!), belajar pasal budak-budak comel dalam paediatrik dan lain-lain lagi. Kesian bila tengok budak-budak kecik ni yang dah kena masuk hospital awal-awal usia macam ni.

Antara perkara terbesar yang berlaku dalam 2 3 minggu ni ialah rasa down dan malas. Motivasi diri agak kurang kot , so rasa susah nak gerak sendiri-sendiri kebelakangan ni. Patutnya benda yang boleh habis dalam satu dua jam tertangguh sampai berbelas-belas jam. Bayangkan satu nota power point yang boleh dibaca kurang dari 1 jam hanya boleh betul-betul habis lepas 12 jam! Bukannya banyak sangat distraction, tapi lebih kepada kurang motivasi. Haih. Ni lah yang pada aku adalah cabaran terbesar duduk kat luaq negara ni. Anyway, harapnya tak berlaku lagi lah lepas ni benda-benda macam ni. In fact, bila cuba trace balik apa sebab yang berlaku, rasanya aku sendiri pun tak sure. Idiopathic. Haha.

So, sekarang aku dah halfway through rotation paediatrics ni, ada lagi 3 minggu, lepas tu exam on the last week tu. Tak pasti la setakat ni apa yang dah lekat dalam otak ni. Minggu depan (mula Ahad), aku akan ke Drogheda semula macam waktu aku buat rotation GP dulu-dulu. Tapi kali ni akan ke hospital Drogheda. Jadual dah dapat dah tadi. Nampak macam pack sungguh. Harapnya sempat la aku nak study sama.

Apapun, harap korang semua terus mendoakan agar aku diberi kekuatan untuk menempuh tahun-tahun terakhir pengajian ni insyaAllah. Semoga dengan berkat doa korang semua, Allah SWT akan mempermudahkan urusan aku dan rakan-rakan lain di sini.
Jumpa lagi di lain masa no.

Wassalam.